Header Ads


SABUN AKEF, PRODUK MUSLIM TERBARU DI PASARAN


SABUN AKEF, PRODUK MUSLIM TERBARU DI PASARAN | Korang pernah dengar dan tau ke mengenai Sabun Akef ni? Sejujurnya Sis juga baru pertama kali mengenali dan mencuba Sabun Akef ni. Sabun Akef ni adalah produk muslim #bmf dan baru dipasarkan di seluruh Malaysia di Pasaraya dan juga jualan online melalui stokis dan agennya.

Cerita bab sabun ni Sis memang agak cerewet, tanyalah Suami dan anak-anak Sis. Sis jenis akan kekal guna pada satu jenama kalau Sis dah suka. Senang cakap, Sis ni jenis setia orangnya gitu muahahahaa. Yaa Sis agak sukar nak menukar sabun kalau dah suka akan satu bau tu. Tapi Sis suka mencuba sesuatu yang baru, so kita cubalah guna Sabun Akef ni.


Sabun Buatan 100% Bumiputera

Pakagingnya menarik perhatian, color pink gitu. Tapi sekali pandang, Sis fikir ianya sabun untuk baby tau, rupanya sabun cuci baju hehehehe. Terdapat dalam dua jenis haruman, yaitu Rose dan juga Blosson.

Sis tertarik dengan Sabun Akef ni sebab satu pek 2L macam tu mempunyai fungsi semua dalam satu dan menggunakan teknologi Jepun micro capsule perfume gitu!. Maksudnya korang tak payahlah guna softener atau pelembut lain lagi, hanya guna Sabun Akef ni untuk cucian baju korang hinggalah selesai, dan pakaian korang keluar dari mesin basuh tu terus wangi, lembut dan mudah di gosok.

Menarik tak? Haperrr? Tak percaya?..Sebab korang belum cubanya!


Wangi, Lembut Dan Mudah Di Gosok

Korang tak bolehlah nak samakan dengan produk jenama besar sedia ada tu. Yang itu dah memang mempunyai nama dan melekat di hati pengguna. Tapi Sabun Akef ni masih lagi baru, dan masih lagi dalam proses untuk memperbaiki apa yang kurang dan tak cukupnya mengikut dari feedback semua pengguna.

Bagi Sis yang dah seminggu lebih menggunakan Sabun Akef ni, walaupun Sis ni pengguna tegar kepada jenama sabun lain, tapi Sis jujur mengatakan, Sis suka Sabun Akef ni sebab kewangian dia tu boleh tahan kekal lama juga, bilamana Sis mencuci tudung-tudung Sis, tuala, telekung dan juga cadar Sis. Wangi dan kelembutan pada Sabun Akef ni ternyata sama setanding dengan sabun yang Sis guna sedia ada.

Dan jimat pun jimat. Takdelah korang nak tuang banyak kali dalam mesin tu haa, tuang sekali ikut keperluan pakaian korang then tunggu siap, tak payah nak tambah pelembut ke apa ke. Wangi tetap ada, lembut pun lembut, yang penting nak gosok tudung tu senang.


Mudah DiBawa Dan Harga Jimat!

Kalau cucian pada baju tu, ikutlah kesesuaian pakaian pilihan korang. Bagi Sis kalau baju ni banyak jenis material, so kalau nak wangi dan  lembut tu guna yang mana, kalau nak bersih atau lebih bersih yang mana, tu korang buat pilihan sendiri yang mana lebih bagus.

Untuk pakaian rumah memang Sabun Akef ni sesuai, tapi untuk pakaian lasak, rasanya takut nanti korang komplen tak bersih plak. Haa Sis bagitau dulu ya berdasarkan pengalaman Sis menggunakannya.

Contoh: Kalau Suami Sis jenis kerja pakai overall, jeans dan kerja terdedah dengan minyak dan bahan chemical, so Sis kena gunalah sabun yang lebih kuat fungsinya, dan tentulah harga sabunnya pun mahal sikit, huhuhu.

So untuk jenis macam pakaian Suami Sis tu agak tak sesuai dengan Sabun Akef tu. Kena guna sabun yang kuat fungsinya lagi. Sebab tu Sis lebih suka mencuci guna Sabun Akef ni waktu mencuci pakaian dalam, tudung, telekung, tuala dan cadar, memang wangi, lembut dan mudah gosok.

Pek 2L ni pun korang senang nak hangkut dari beli pek botol besar tu. Dari segi harga pun jimat. Mana nak dapat harga begitu tapi semua dalam satu. Untung tak untung?


Mana nak dapat Sabun Akef ni? 

Sabun Akef ni korang boleh dapatkannya di sekitar Bandar Dato Onn, Adda height, Sri Pulai, Pulai Perdana, Bukit Mutiara Dato Onn dan mungkin dah banyak juga tempat lain yang boleh korang nampak penjualan Sabun Akef ni.

Atau, kalau korang nak lebih mudah, beli aje secara online melalui Stokis atau Agen Sabun Akef yang SAH!. Seluruh Malaysia mereka cover hokay!. PERCUMA penghantaran di SELURUH MALAYSIA lagi!

Paling mudah beli online Sabun Akef di Shopee. Semuanya di hujung jari anda.

Pencarian Stokis Dan Agen

Dan untuk bulan Februari ni pun, bagi sesiapa yang nak cari duit raya atau duit tepi, haaa boleh daftar sebagai Stokis dan Agen dengan Sabun Akef ni. Banyak keuntungan yang korang akan dapat.

Dan untuk menjadi Stokis atau Agen Sabun Akef ni, korang bolehlah hubungi https://sabunakef.wasap.my/ untuk mendapatkan lebih lanjut info dan cara menjadi stokis dan agen.

So apalagi, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dah masuk bulan Mac hahahaha.


Korang yang nak mencuba Sabun Akef ni, silalah, Sis sangat rekomended sebabnya produk muslim kita, siapa lagi nak support kalau bukan kita. Bagus pun bagus, harga pun murah, senang nak bawanya, dan tidak mengandungi LEMAK HAIWAN. Tu yang penting ya!.

So gunakan tanpa was-was!

Sabun Akef 
Harga Jualan (rm15.50 untuk 2L)
Harga Stokis (RM8.40/pcs), untung RM7.1/pcs
harga Agen (RM10.41/pcs), untung RM5.09/pcs

Jana pendapatan tambahan dengan menjadi agen dan stokis sabun basuh baju Akef.

Facebook : Sabun Akef
Instagram : @sabunakef 


P/S: Kalau tercium tudung Sis yang wangi tu, haaa keharuman Sabun Akef le tu hehehe..

36 comments:

  1. alaaaaa tak dapat nak hidu keharuman tudung sis. hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nanti ada rezeki ku pos tudung ku hahahahaa

      Delete
  2. wah..bagus ni..kna bli jgk ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, area Pantai Timur ada stokis dan agennya Cik Nor..

      Delete
  3. menarik packagingnya kak... mudah nak di bawak ke mana-mana dari botol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, 2L tu senang nak bawak kemana-mana...

      Delete
  4. sgt2 recommended! bau harum semerbak satu rumah uolls..hahaha harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..kalau yang menyidai kompom lebih wangi, macam Sis guna dryer so keluar mesin baru le dapat cium harumnya...

      Delete
  5. comelnya 2L... kecil macam ni senang nak bawa ke dobi. Hehehe... selalu saya terpaksa bawa guna botol kecil sendiri kalau pergi dobi...sebab packaging asal tu besar. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yang botol tu kalau yang kecil okay jer, tapi kalau yang beso 5kg tu, kuss semangat nak bawaknya...beli 2L gini senang nak bawa kan..

      Delete
  6. cantik packaging dia. macam produk baby. hehe. saya suka sabun basuh yang wangi dan ada bau segar. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  7. comelnya packaging macam sabun baby. Harga pun murah lah untuk 2L dengan kelebihan bau wangi. Tak payah letak downy dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn color dia tu sweet macam sabun baby...betul harga murah, jadi stokis dan agen lagi murah..

      Delete
  8. First time saya dengar Jenama Ini. Insya’Allah product bumiputera Saya akan support. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kalau jumpa nanti, try laa beli yaa..

      Delete
  9. wow a new Muslim product, good to know this. I congratulates to the new brand. Wish it's getting good business soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, its muslim product...you can try it...

      Delete
  10. Tengok sabun ni nampak lebut dan bagus untuk baju serta kuli pemakainya lebih selamat dan juga dijamin buatan tempatan. Tapi ada tulis Japan tu untuk apa tak jelas hehehehe.. #BMF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yang Japan tu adalah ia menggunakan teknologi jepun micro capsule perfume Maha...so wangi dia tu melekat macam minyak wangi..

      Delete
  11. Ingtakan sabun untuk baju baby..ehehe..kiut je packaging dia..nama pun sempoi je..Produk muslim ye..nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam Sis masa mula nengoknya hehehe..

      Delete
  12. Cutenya nama brand ni hshehe. Siapa nama akeef mesti excited

    ReplyDelete
  13. Bila sis sebut wangi rasa macam sampai sini baunya... haha. Padahal tengah basuh kain juga ni. Tapi bukan pakai sabun akef la sebab so far tak jumpa lagi kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...kannn kalau cuci then sidai, pergh wangi satu rumah DikBee..pakai telekung dia wangi je bau lepas cuci..

      Delete
  14. Kita suka la bila produk muslim makin banyak dipasaran sekarang! Nama pun comel je pstu jaminan halal dah pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kena promotekan baru orang tau, kalau tak orang tak tau ianya produk muslim..

      Delete
  15. Replies
    1. Samalah kita, kita guna dua-dua tapi lebih harum bau Rose..

      Delete
  16. wah bagus ya makin banyak produk2 macam ni buatan muslim. Tak pernah lagi nampak jenama ni dekat hypermarket sini. nt kalau ada insyaAllah boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, supermarket ke hypermarket coming soon...kalau nak beli, beli kat shopee tu haa..murah pun murah..

      Delete
  17. Dekatnya dengan kg mertua. Wah~ nak cuba jugak ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ye ke? Nanti bolehlah mencubanya yaa...wangi tau..

      Delete
  18. tak pernah cuba lagi ni, insyaALlah nanti boleh try. thanks for info

    ReplyDelete
  19. wahhh comelnya packaging tu! kalau packaging dah lawa ni bau isi dalam pun mesti lembut dan wangi yang macam diperkatakan. Baguslah ada produk muslim buatan orang kita. kene support ni!

    ReplyDelete
  20. okay bolehlah lepas ni support produk ni, produk muslim pulak tu :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.