Header Ads


KETAM MASAK LEMAK SANTAN SESEDAP RASA


KETAM MASAK LEMAK SANTAN SESEDAP RASA | Bila tengok menu ni, rasanya dah lama tak makan ketam, ermmm tup-tup Suami ada belikan ketam sebelum Sis berangkat ke KL kelmarin. Nanti bolehlah masak ketamnya. Tapi menu Ketam Masak Lemak Santan ni, menu minggu sebelumnya, duk laa dalam draft lupa nak publishnya hahaha.

Tapi takpe, walaupun menunya dah selesai di makan, tapi gambarnya masih ada dalam simpanan, so kita kongsi gambarnya aje laa. Kot mana tau harini ada yang tengah cari idea nak masak apa kan, so kalau ada ketam tu, haaa bolehlah masak ketam lemak santan ni ek.

Alaa resepi biasa-biasa aje, sama je macam masak lemak santan yang lelain, cuma kalau masak ketam lemak santan, Sis kurangkan pedas sikit, sebab takut kotlah menyedut sepit dan isi ketam tu, sekali tersedak kang, mampos kepedasan kan, so kurangkan cili aje. Biar dia rasa sesedap rasa jerr..haa gituu...


Entah kenapa masa masak ketam lemak santan ni, mata ketam tu kemain terjojol perhatikan Sis ko, agaknya dendam sungguh dia kat Sis ya. Habis keturunannya Sis ko masak lemak hahahaha. Sekali pandang kelakar, dua kali ko pandang kelakar seramm oii hahaha.

Tapi dont worry, kita buat dia, sekali kena ngap! hilang mata terus hahaha..adeii apa yang Sis ko membebel ek.. nampak sedap kan lemak santan tu, mestilah sedap, kalau Sis yang masak tentulah sedap muahahahaa..masuk bakul angkat sendiri.

Gitulah kalau dah masak lemak santan, fikir plak nak lawankan dengan lauk apa ek, ermmm makanya terjadilah menu yang serba ringkas tapi sedap di makan, yang pasti kenyang perut seisi keluarga.


Tu dia, bak kata Suami, kenapa masak bebanyak ni, kang bazir aje, Sis memang akan jawab, takkan bazir punya, nanti licinlah tu, haaa sekali betul, memang licin semua. Lagilah kalau ada anak bujang Sis, apa je masak kompom semua licin. Alhamdulilah.

Anak-anak sesekali balik, memang akan Sis masak lebih sikit. Kadang dah masak ketam, tapi masakkan juga lauk ayam, then sayur. Sayur bendi adalah kesukaan kami sekeluarga juga. Bendi masak goreng bertelur. Kemudian ada rezeki Suami, Sis jumpa jering di kedai, haa belikan, juga rebus telur asin dan goreng ikan asin sikit. Lengkap semua. Sambal belacan aje dalam peti ais.

Bila dah siap, makan berjemaah anak beranak, meriah! Sambil makan sambil borak hal dan cite memasing. Lelama sedar-sedar, lauk atas meja lciin habis hehehe.. Indehnyaaaa kann...

Sis seorang yang bahagia bilamana apa yang Sis masak, masakan tu akan habis di makan, tak kisahlah masak time apa sekalipun, rasa bahagia tu sampai ke dalam jiwa! Susah nak cakap perasaan itu, tapi gitulah. Walaupun orang makan tak puji, tapi bila masakan tu licin, bahagianya rasa...

Gitulee ceritanya Ketam Masak Lemak Santan. Harini Sis masak simple-simple aje sebab dah mula Eat Clean hehehe. Sejak Suami kata dia taknak makan malam, so Sis buat Eat Clean untuk diri Sis. Senang gitu. Tapi ada masa sebelum balik kerja, Suami col gak tanya masak apa hahahahaha..nak juga makan air tangan Isteri kann ..

Okaylah, nanti sambung lagi..nak sambung nengok Netflix Locke & Key..gile suspen seram ar citenya!


P/S: Esok nak buat Dadih laa, lama tak makan Dadih..

16 comments:

  1. kita pun kalau masak ketam masak lemak ni tak buat pedas sangat, Lin, karang pijor bibir, haha. Kalau udang atau ayam, oklah pedas sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, samalah takut sedut-sedut kang pijor bibir hahahaha

      Delete
  2. DAPNYA DAPAT MAKAN KETAM. laki allergic ketam. Tak buleh la nak masak untuk makan sorang. Makan tak ada geng paling bosan. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kalau nak makan masak tapi Suami kena masakkan lain la ek Aien...

      Delete
  3. Wak kalau beli ketam, pilih yang betina
    yang berat2 tu biasanya ada telur di sebalik cengkerangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu ada gak betina Wak, tapi pelik, kat pasar jualnya banyak jantan ajeeee

      Delete
  4. wah..sedapnya menu kat atas tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Cik Nor, sesekali mengetam kannn hehehehe

      Delete
  5. Lama tak makan ketam masak lemak santan sis. Tengok ni rasa berkobar lak nak cari ketam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi, jom le ke pasar cari ketam hahahah

      Delete
  6. sedapnya.... dah lama tak masak ketam gini kak, tapi kene beli hujung minggu jelah, kalau masak hari biasa selalunya tak termakan... edy balik lewat je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sama Sis, lama tak masak lauk ketam meriah gini...selalu kalau nak makan, gi kedai je hahahaha

      Delete
  7. lama tak masak ketam.Sebab kalau masak pun, dak Naura tak nak.So masak apa yang dia nak makan je...kalau teringin beli yang dah siap je..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masak takde geng nak makan, memang putus selera kann..kena ada geng, baru best menyepit hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.