Header Ads


YANG NAK KAHWIN SUAMI ORANG, SILA BACA PESANAN LELAKI INI DAHULU


YANG NAK KAHWIN SUAMI ORANG, SILA BACA PESANAN LELAKI INI DAHULU | Bila berbicara soal kahwin lagi atau poligami memang masing-masing mempunyai pendapat dan pendirian tersendiri yang tak pernah habis. 

Nak cerita menaip panjang bab ni takut tak selesai 3 hari 2 malam korang membacanya kang hahaha. Tapi pesanan lelaki ini sangat 'deep' bila Sis ko seorang perempuan dan seorang Isteri membacanya. Biasalah orang perempuan ni memang sensitif sikit kalau bab kahwin suami orang ni! . Ye dak?

Sebenarnya Sis tertarik cerita ini setelah membaca dari Oh! Media mengenai pesanan "deep" yang diluahkan oleh lelaki ini. Yelah, kalau perempuan bagi nasihat macam ni mungkin biasalah, tapi bila lelaki yang bagi nasihat macam ni, agak rare sikit.

So kalau ada di antara korang yang sedang main cinta dengan suami orang tu, silalah hadam dulu baik-baik ya.

Meh kita baca dan hadamkan sama-sama ..


Kepada perempuan, sebelum terima suami orang jadi suami kau dan kau merelakan diri untuk menjadi madu:

1- Periksa dulu suami orang tu mampu ke nak tanggung lagi satu keluarga? 
Tanya atau cek betul betul income dia. Silap-silap selama dia bawak kau keluar atau belikan hadiah mahal-mahal kat kau, dia pakai duit bini dia. Kah !

2- Buat sikit background check kat bini dia a.k.a bakal madu kau tu! 
Bukan apa, mana tau bini dia tu cantik. Lepas tu kau percaya lah laki tu cakap kau cantik. Tak lama lepas kahwin dengan kau, dia jumpa perempuan lain yang lagi cantik dari kau.. kau pun terima nasib yang sama. Padan muka! Its karma bitch!

3- “Bini I tak boleh pregnant U. I nak anak, zuriat keturunan I.. sebab tu lah i nak kawin lagi satu”..
Ini antara alasan paling popular lelaki nak kawen lagi. Kalau laki tu cakap macam tu kat kau, suruh dia tunjuk laporan medical check up yang membuktikan ‘pisang dia masih boleh berbuah’.. Lelaki ni ego. Dia yang mandul, tuduh isteri pulak yang tak subur. Suruh pergi cek pakar, dia cakap “dia tau lah, bukan dia yang mandul sebab keturunan dia tak pernah mandul, semua dapat anak!”

4- Berfikir guna otak! Umur lelaki yang kau nak kawin tu dah 55 tahun, bini 1st dah 50 tahun. Kau pulak baru 27 tahun. Lepas kawen setahun, kau pregnant. Tak sempat kau beranak, laki kau mati. Anak kau lahir jadi anak yatim. 
Kau ingat masa sebelum kau kawen, Lelaki kau tu kaya, tapi sebenarnya lelaki kau tak ada apa apa harta. Kau tinggal lah sebatang kara! Dah kena jaga baby sorang sorang. Menangis pun tak guna sebab ada otak kau letak ntah kat mana. Bongok!

5- “Wife I sekarang dah lain U.. Dulu masa mula mula kahwin, hari hari cantik. Sekarang, huduh 24 jam. Pakai lipstik pun tak mau! Tak macam U, pandai bergaya, cantik, pandai berdikari! 
Kalau kau percaya cakap lelaki ni kau bodohlah dik! Tak yah aku explain panjang panjang!

6- Ini khusus untuk retis. Kau ingat kalau kau bukan retis, laki tu nak kat kau? Kah kah kah! Shame on U!
Susah payah kau bina nama, buat reputasi dalam bidang seni, last last kau rosakkan nama baik kau sebab kawin dengan laki orang! Buat malu Zed Zaidi ja sebagai presiden Seniman! Eh…

7- Kenapa pilih lelaki yang tak pernah puas dengan apa yang dia ada? Dia dah ada bini, dah ada anak. dah lama bina keluarga. Tapi kenapa masih nak kat kau?
Kau pernah fikir perkara tu tak sebelum terima dia? Kau tahu, tapi kau penting kan diri. Kau hanya fikir bahagia kau saja! Kau selfpig (selfish+pig) kan sebenarnya!

8- ” I nak kawen lagi satu sebab nak ikut sunnah Nabi. Kan elok tu! Awak pun nanti dapat Payung Emas kat syurga! Awak tak nak ke?”.. kata si lelaki kepada bini pertama bila kantoi kawen lain. 
 Eh, Time nak kawen lebih dari 1 ikut sunnah Nabi. Padahal, Time dating sebelum kawen ngan perempuan tu siap bawak pergi bercuti tido satu bantal, kongsi satu baju. Tak cukup dia tunggang bini muda, Agama pun dia nak tunggang jugak! Jaha**m!

Kesimpulan: Sebenarnya tiada istilah menumpang kasih bila kau kawen dengan laki orang! Tanyalah setiap isteri pertama, tak pernah mahunya dia nak bermadu! Kau nak tumpang rumah orang, tapi tuan rumah tak bagi izin. Tapi kau masuk jugak ikut pintu belakang, lepas tu separuh rumah tu kau buat jadi rumah sendiri. Eh tu bukan kata tumpang dah tu! Tu kau dah macam zionis rampas rumah orang lain!

Semoga semua wanita yang menerima madu tabah menghadapi hari hari yang mendatang!
Bermadu adalah sesuatu perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang sudah berkahwin namun ramai wanita terpaksa menempuhi dugaan ini biarpun tidak rela. Ada yang sangat bercerai berai gara-gara tidak mahu bermadu. Dalam situasi begini, siapa yang harus di salahkan? ..


P/S: #SisSharing Gelak sendiri Sis baca pesanan-pesanan tu hehehe...

27 comments:

  1. hahaha nice sharing!

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    ReplyDelete
  2. haha..macam zionis yer kak si perampas ni kan. setuju sangat! Semoga allah perlihara rumah tangga kita semua dari orang ke tiga .

    ReplyDelete
  3. bagus jugak ada lelaki yang macamni, bukan yang jenis anguk-anguk setuju je bila kawan lelaki dok sibuk kata jom tambah bini...

    saya pernah kata kat edy, kalau dia ada hati nk kawin lain sila bagitau saya awal-awal sebab saya nak mintak cerai atau paling tak saya nk mintak nafkah 5k sebulan dan sebiji rumah... hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Hahhaha.. Padu nasihat dia ni.. Memang terbaik setiap yg dia kata tuuu

    ReplyDelete
  5. pesanan yang da biasa orang sebut, tapi ni dari sisi lelaki..

    ReplyDelete
  6. seriau bila cerita bab poligami ni, minta jauhla hendaknya. biasa bila diorang ni dah suka laki orang bukan dia kisah nak cek background laki orang tu. moga dengan adanya perkongsian macam ni bolehla menginsafkan diorang tu

    ReplyDelete
  7. Bila lelaki berbicara..bila sesama jantina pesan dianggap jeles..nah ni lain jantina(lelaki) yang bagi pesanan pada wanita...sila hadam paling halus kan Sis.

    ReplyDelete
  8. punya serius saya baca. tetiba sampai zed zaidi. apa kaitan. hahahahahhahahhaa

    ReplyDelete
  9. Sesungguhnya sy tak sanggup dimadukan. 😅 Tp keliling ena ramai pololigami termasuk mil. Jadi tak berani cakap lebih. Diam je 😂

    ReplyDelete
  10. ayah kita berpoligami...mmg hancur sangat isntitusi kekeluargaan..susah sebenarnya sangat nak adil...last2 bercerai-berai...sampai dah tua pun bercerai..dan paling sedih anak2 tak rapat antara satu sama lain..lebih pada bw diri and favor pd mak..sebab mak yang jaga dan membesar sama... mcm kes pakcik pula..dia kahwin dua...mmg nmpk cam adil saksama...anak2 pun baik satu sama lain..tapi bila dah tua..bini tua dan muda buat hal sendiri..masing2 duduk dengan anak..tinggal la pakcik tu terkontang-kanting...kejap kat sana kejao kat sini...bila jumpa dia mcm kesian sebab dia pakcik yg baik...even anak2 semau syg kat dia tapi bini..bila dah tua...mungkin dendam kecil lama..so anak2 dah besar..dowang dah tak perlu kehadiran suami ni

    ReplyDelete
  11. faham sangat sebab datang dari keluarga berpoligami. Kalau dulu boleh lah terima alasan sebab orang perempuan bergantung sepenuhnya dengan lelaki tapi sekarang ni orang perempuan boleh hidup sendiri & jauh lebih bagus. Eloknya cari la lelaki bujang yang baik budi pekerti daripada hancurkan rumah orang lain.

    ReplyDelete
  12. Hahaha....... good post! Younger guys, mualaf is an option. But married men memang mintak Simpang la.

    ReplyDelete
  13. setuju dengan pesanan dia. Kenapa perlu rosakkan rumah tangga dan kebahagian orang ye? zul tak faham betul. sebagai anak memang rasa kecewa dan sedih bila hidup dalam keluarga yang berpecah belah. Kadang manusia ni tidak menggunakan akal untuk berfikir secara rasional and then orang lain jadi mangsa.

    ReplyDelete
  14. Adoi tepuk kepala je mampu! Kalau ikutkan nak tepuk kepala para perampas & bakal2 perampas😆

    ReplyDelete
  15. Betul lah tu ckp dia..sis pun dah merasa dn mmg susah nk terima semua ni..so jalan terbaik..baik hidup sendiri

    ReplyDelete
  16. nasib baik saya bukan suami orang lagi. hehe apa2pun setuju dengan senarai kt atas tu. :)

    ReplyDelete
  17. Ada laki macam ni. Marina bagi pilihan je. Bukan nak bongkak. Perempuan kalau bekerjaya better hidup solo bersama anak-anak daripada menanggung sakit hati

    ReplyDelete
  18. Isu berat ni tapi bila baca ayat sis rasa nak gelak pulak. Tak pepasal nama zed zaidi kena petik.. adoyai. Tapi bila kata-kata nasihat ni datang dari seorang lelaki, memang padu beb

    ReplyDelete
  19. suami orang kalu boleh take noted jugak. jaga hati isteri.. jangan nak pikir nafsu sendiri je. bak kata pepatah, nak di kerjar tak dapat, yang dikendong bercucuran gitu

    ReplyDelete
  20. Ada betulnya nasihat tu. Kita sebagai orang perempuan pun boleh fikir. Sape je rela bermadu. Kalau betul ada pun keluarga tetap berpecah belah. Anak-anak jadi kurang kasih sayang. Moga dijauhkan jodoh dengan suami orang.

    ReplyDelete
  21. Setuju sgt dgn pesanan itu. Ikut sunnah konon. Banyak lagi sunnah nabi yg kita sebagai umatnya boleh ikut & teladani

    ReplyDelete
  22. mungkin lelaki melayu ni fikir dia ada 'kuasa'. tak pernah cukup. tak fikir ke wife tu sanggup tinggal family for him. yang perampas pun sama naik. haih.

    ReplyDelete
  23. amalakan madu lagi bagus kerana banyak khasiat..

    bermadu atau beracun..sendiri mau pilih la

    ReplyDelete
  24. gigih betul kita baca article ni sampai habis. macam kita pulak nak cari laki orang hahahahha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.