MASAK LEMAK KUNING IKAN KURAU BUAT SUAMI

MASAK LEMAK KUNING IKAN KURAU BUAT SUAMI | Kesahnya mulanya ikan kurau ni nak di masak kari, tapi bila call Suami tanya nak masak apa, Suami minta masak lemak pulak, so terjadilah Ikan Kurau Masak Kuning. Buka peti ais ada timun sebatang dan tomato sebiji, Sis potong masukkan ke dalam kuah ikan tu.

Lagipun sayur takde nak masak sayur, jadilah ada timun sebatang dan tomota tu masuk dalam ikan. Korang pernah masak ke ikan kurau ni? Ikan kurau ni agak susah gak nak jumpa di pasar. Ini pun Sis dan Suami beli di pasar pagi Kong Kong sana. Sekilo RM25 tak silap.

Agak mahal tapi memang sedap, lembut ikannya, kena pulak ikan baru, lagi laaa manis rasanya. Ikutkan kat dalam peti ais tu dah macam pasar ikan gak, penuh dengan ikan sesaja. Semuanya hasil dari pancingan Suami. Ada ikan bawal emas 3 ekor, siakap sekor dan juga ikan unga 2 ekor. Besar-besar pulak tu. Tunggu giliran nak di masak hahaha.

Cuma ikan kurau ni Suami minta masak dulu, so Sis masakkan aje laa.



Perghh nampak kuning giler kan hahaha. Mungkin faktor cahaya yang buat dia nampak kuning sangat. Lagipun Sis pun malas nak edit aihh..tangkap terus je upload, so gini ler kejadiannya. Janji rasa tu sedap!

Yerr Sis letak daun limau purut dalam masak lemak ni, serai takde, so gantikan daun limau, pun sedap rasa dia uii...yerr memang sedap! Suami makan bertambah-tambah Sis ko nengok. Lupakan dietmu sebentar ya Suamiku hahahaha. 

Memasak ni kan ada masanya sedap sangat, selalu tu sedap jer, tapi kalau kena moodnya jadi sedap sangat hahaha. Sendiri masak sendiri angkat bakullah tapi memang sedap, so cakap sedaplah..


Korang tengok, dia punya sedap tu, masak je terus makan, tak tahan nak menunggu Suami balik makan, so Sis makan dulu hehehe. Puashati makan, masak sekor, yang makannya berdua aje. Anak Sis,Yana pulak dua tiga hari ini takde di rumah, sibuk menemani kawan baiknya untuk persiapan perkahwinan kawan baiknya tu.

So memang masak untuk berdua ajelah. Tu pun kadang bila dah masak makan sengsorang dulu, ermmm sedihnya lahai..belum tua dah makan sengsorang...kadang emo giler Sis ko time makan tau..

Arghh tak boleh teruskan dah, kang mengalir air mata ni.
Okaylah nanti sambung lagi. Sis nak gosok baju untuk jemputan kahwin harini dan kemudian ada event dengan adik beradik Sis semua.

Selamat berhujung minggu buat korang semua!
Bye.


P/S: Harini nak pakai baju baru yang Suami belikan hehehe..hijau sangat okay!

8 comments:

  1. X pernah beli ikan kurau lagi...nanti bleh la beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa si pasar ikan kurau ni SA..kalau jumpa belilah, sedap isinya...

      Delete
  2. selalu dengar masak lemak ikan masin kurau...ni ikan fresh pulak ekk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, yang ni ikan fresh, tak payah asin-asin hehehe

      Delete
  3. Sedapnye
    kalau wak tentulah pilih kepala dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Wak sama dengan kita..kepala dah cop dulu hahahaa

      Delete
  4. Masha Allah..sedap sangat sis! Sedap sangat! Tak pernah makan ikan kurau nii.hohooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn nak jumpa kat pasar pun susah Nona...kalau ada tu beli dan cubalah masak, sedap..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.