Header Ads


MASAK MEE BANDUNG SEPERIUK UNTUK EMAK


MASAK MEE BANDUNG SEPERIUK UNTUK EMAK | Hahahaha sekali baca tajuk, kuss semangat seperiuk katanya. Ye lerr seperiuk, sebab masak dalam periuk, bukan kuali, kalau masak dalam kuali namanya sekuali hahaha.

Kan sebelum ni Sis bagitau yang Emak Sis ada di rumah Sis, so semalam sebelum adik Sis datang nak bawa Emak balik Sis masakkan Emak Sis Mee Bandung Mak Pon yang cepat dan sedap tu. Memang senang kerja Sis bilamana nak makan Mee Bandung dengan menggunakan pes Mak Pon tu. Semudah ABC ajer ko hahaha.

Yaa dah banyak kali cuba, semua yang pernah makan Mee Bandung Sis semua kata sedap, tapi sedapnya datang dari Pes Mee Bandung Mak Pon tu. Tapi tak taulah kalau jenis air tangannya pulak, sebabnya, baru-baru ni ada kawan Sis membeli pes Mak Pon ni, dia komen kata, sedap lagi pes Mee Bandung Adami, ermmm so sedap itu subjektif la kan. Sedap di tekak Sis, tak semestinya sedap kat tekak orang lain.

Sama juga kalau makan kat kedai, pergi 5 kedai makan pun, belum tentu semua ko kata sedap. padahal yang ko pergi tu semua kedai viral hahahaha.


Mee Bandung ni banyak cara dan gaya boleh korang masak. Ada yang kuahnya letak isi daging, ada juga masak kosong hanya telur, tapi semalam pergi kedai Sis beli kerang. Rebus, kopek dan masuk dalam kuah Mee Bandung, jadi perencah tambahan dalamnya, sedap kata Emak.

Bahan-bahan lain pun sama, ikutlah selera memasing, cuma semalam Sis lupa nak goreng tauhu hahaha padahal dah beli tauhunya. Bila Emak tanya baru ingat, nak goreng dah malas dah hahahaha. Untuk kali ni Sis letak fishcake, taugeh (kena banyak, kesukaan Sis), sawi, udang rebus dan juga bawang goreng. Takde lada sebab kuahnya sudah agak pedas.

[Baca Juga] : Pes Mee Bandung Mak Pon 


Dan semalam dapatlah makan bersama budak yang dah kurus ni ha, Mia. Yaa Mia dah kurus sangat, jauh beza dengan dia yang montel dulu. Siapa yang kenal Mia dari penceritaan dalam blog Sis sebelum-sebelum ni, mesti tau badannya dulu gemuk gebu montel, tapi sejak dah masuk sekolah, kurus aje dia. Aishhh rindu plak Mia yang gemuk.

Now Mia dah umur 6 tahun, dah sekolah dah. Bijak sekarang cuma kepoh dia tu dah kurang sikit, banyak diam dan tersengeh-sengeh aje, mungkin sebab giginya depan dan bawah dah rongak agaknya hahahaha. Tapi molot banyak tanya hahaha. Ye la budak macam ni otaknya tengah berkembangkan, so layankan aje.

Nak tengok Mia yang dulu gebu? Hahahaha


Haaa tu dia, gebu dan gemuk hahahaha...geram betul Ayyom!! Masa ni umurnya nak masuk 3 tahun, now umur 5 tahun, tak ke cepat sangat dia mengurus tu? Huhuhu..dan sewaktu dia gemuk, idolanya adalam Abam Bocey huhuhu..siap pandai cakap 'Gemuk is Awesome' huhuhu...so dia tak kisah gemuk katanya dulu tau...tapi sekarang dah kurus plak..

Takpelah Mia, janji awak sihat! Kurus pun cantik, senang Mama Mia nak belikan baju sekarang hehehe kalau tak ada je tak muat hahaha.

Ayyom je ni, bilalah nak kurus ek hahahahaha...takpe, Ayyom selesa dengan badan Ayyom sekarang, nampak montok gitu, dari kurus melidi melengkung cengkung gitu hahahahahaha. Opsss..

Eh dah ler, melalut plak dari Mee Bandung ke cite kurus, okaylah nak stop jap, nak meratah Mee Bandung semalam yang ada sikit lagi tu dalam periuk, kang petang nak keluar sekejap ada meeting gan Puan Sunah..

OkayBye.


P/S: Teringin nak makan Oden! Arghhhhh sedapnyaaa....

16 comments:

  1. Replies
    1. Kann Kak, kurus sangat dia Kak..huhuhu rindu Mia yang gemok..

      Delete
  2. Sedapnya mee bandung. akak pernah tak buat mee bandung, pastu pecah2 kan biskut marie letak dalam dia? Tips ni ada satu makcik yang meniaga mee bandung ajar hahah. Dia kata boleh bagi lemak mee bandung. Syaza pernah try, memang sedap. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uitss tak pernah plak buat begitu Syaza, sedap ek> Nanti nak trylaaa...

      Delete
  3. bestnya mee bandung.. nanti nak try usha la mana-mana kedai kejap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cari jangan tak cari..masaalahnya, dapat tak? Hehehehe

      Delete
  4. Sedapnya mee bandung.. lama pula tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat makan, memang nikmatnya, jangan selalu, jemu nanti..

      Delete
  5. Fav ni mee bandung. Kalau seperiuk kite bertambah-tambah macam makan nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann sebab tu masak seperiuk, Emak makan bertambah-tambah..hehehe

      Delete
  6. Sedapmye
    Wak pun kalau masak mee segera seperiuk.

    ReplyDelete
  7. ni lah akibatnya takda pintu doraemon. takleh nak merasa makan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha selamat takde, kalau tak ada gak memalam curi masuk makan ek hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.