SEKEJAP DAH MASUK BULAN FEBRUARI 2020 KAN?

SEKEJAP DAH MASUK BULAN FEBRUARI 2020 KAN? | Kann kann kann..kejap dah bulan Februari, tup-tup dah 1 Februari 2020. Cepat betul masa berlalu. So apa dah yang korang capai setakat sebulan tahun 2020 ni? Tahniah buat mereka yang dah capai target mereka setakat sebulan masuk tahun baru ni. Yang belum capai target tu, kena sabar dan kerja lebih keras lagi.

Sis? Sebulan tahun 2020 ni belum lagi dapat mencapai target apa-apa, sebabnya Sis takde letak apa-apa target pun untuk tahun 2020 ni. Cuma berharap, kemelut yang Sis hadapi seorang diri yang bermain dalam kepala hotak Sis ni, yang Sis hadap yang Sis rasa, yang Sis lalui ni akan cepat berakhir. Nak cerita pun susah, tapi one day Sis akan ceritakan di sini, mungkin akan jadi viral satu hari nanti. Itu yang Sis harapkan.

Buat masa ni Sis hanya perhati dan memerhati aje. Bak kata orang, sarung tebuan kau jangan jolok, sedangkan gunung berapi meletup pun takde bagi signal, apa lagi kalau Sis ko yang meletop ni hahaha mau bergegar satu Pasir Gudang kang, so hati-hatilah bagi 'yang makan cili' tu ya..


Oh! Ya bulan Februari ni adalah bulan tahun lompat kan, setiap 4 tahun baru dapat jumpa tarikh 29 Februari ni. So ini tahun kita akan jumpa 29 Februari ni kan. Terus teringat sahabat Sis yang menyambut hari lahir pada 29 Februari.

Yang bestnya, walaupun kawan Sis tu takde menyambut hari lahirnya setiap tahun, tapi kan, anak-anaknya setiap tahun belikan hadiah untuk Ibunya. Dan bila tiba aje tahun ke-4 untuk sambut hari lahir Ibunya, hadiah-hadiah itu di serahkan kepada Ibunya.

So korang bayangkan betapa banyaknya hadiah yang sahabat Sis dapat dari anak-anaknya ketika menyambut hari lahirnya pada 29 Februari tu hahahaha. Bestkan! Untung tau mereka yang lahir pada 29 Februari ni, sentiasa muda 4 tahun hahaha..ye laaa 4 tahun sekali baru meningkat umur hahahaha..


Dan juga bulan Februari ni di katakan bulan berkasih sayang, orang putih kata Valentine's Day ek. Korang sambut ke? Uishhh jangan taksub sangat, nanti terpesong akidah tu. Apa yang kita tau ye kita tau tapi fahamkan dulu, jangan main ikut-ikutan aje apa yang orang buat. Tak memasal kang kena kecam.

Kita buat dek je sudah le tarikh 14 Februari tu. Untuk mereka yang sambut, biarlah. Yang kita ni yang faham, kita diam je sudah. Dulu kita kurang ilmu yaa, semua benda nak di sambutnya, sekarang dah tua ni, banyak membaca, so eloklah diam aje. Cakap lelebih kang kata kita ni 'alim' sangat hahaha..Yee sebab Sis ko dah pernah kena dengan ayat tu, serik oii..Baik diam dari komen.

Okaylah, terpanjang pulak menaipnya..Korang masak apa harini? Sis harini masak petang sikit, sebabnya nak keluar sekejap dengan anak-anak beli barang, Suami pun pergi memancing laut, selepas Sunuh dah gerak tu, harap dapatlah hasil memancing tu lumayan hehehe...maybe malam baru sampai, so Sis masak lewat sikit harini.

Cadangnya nak masak semur ayam kampung. Menu kegemaran Suami ni. Kita tunggu dan lihat.
Okaylah, anti sambung lagi ya.

Selamat berhujung minggu buat semua.
Bye.


P/S : Terima kasih Suamiku.. Isterimu suka akan hadiah yang di berikan..walaupun, bukan purple ๐Ÿ˜›

14 comments:

  1. Rare ye nak jumpa orang lahir 29 Februari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..ada dua orang sahabat Sis mearikan besday 29hb Feb ni Beeha hehehe

      Delete
  2. pejam celik dah masuk bulan februari, sekejap je masa berlalu. ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, masa cepat berlalu dan pantas...kita kena kejar masa ni..

      Delete
  3. Aien tak pernah jumpa lagi orang lahir 29/2. ada anak buah kembar tiga 28/2, yg tahun tu ada 29. nyaris2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww kembar tiga ek...bestnyaaa..kalau dapat date 29/2 tu lagi menarikkann...

      Delete
  4. Salam februari
    teringat lagu Alleycat

    ReplyDelete
  5. masa memang tak kan tunggu kita.. cepat sangat berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Siti...penuhi masa dengan aktviti berfaedah..sebab masa tak boleh rewind hehehe

      Delete
  6. cepat yer dah bulan februari kan..

    ReplyDelete
  7. kawan aku dua orang lahir bulan ni, tapi bukan 29 februari lah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kawan Sis lee lahir 29/2, special gitu...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.