Header Ads


KORANG PERNAH RASA STRESS TAK SELEPAS BANGUN PAGI?


KORANG PERNAH RASA STRESS TAK SELEPAS BANGUN PAGI? | Pernah rasa macamtu? Bohong kalau takde kan, sikit banyak dalam kehidupan mesti yang ada bangun pagi je dah stress. Sis sendiri pun ada alaminya. Bukannya apa, kekadang tu, bangun tidur je terus benda yang kita tak nak fikir, tiba-tiba eh dia datang, haaa lagi ingat lagi sakit hati, lagi geram, tu yang jadi stress.

Manusia mana yang takde masaalah, walau surirumah macam Sis ni, manusia mana yang tak pernah di sakiti? Walaupun orang nampak kita tersenyum, dan manusia mana aje yang tak pernah rasa sedih, geram dan macam-macam perasaan dalam hati yang di pendam seorang diri tanpa dapat di lepaskan. so mananya kita ni tak stress kan?. 

Bukan Sis tapi rasanya ramai di luar sana macamtu. Even kawan Sis sendiri pun ada ciri-ciri seperti di atas, kadang bila dia cerita pada Sis, terus menangis Sis sama-sama. Sebab mungkin Sis faham akan keadaan dia. Tapi tu laa kita hanya pendengar dan memberi nasihat, yang kena ubah diri dia supaya tak stress, diri dia sendiri.

Sebab tu kadang Sis banyak mendengar keluhan kawan-kawan terhadap masaalah mereka, diri Sis ni jadi di belenggu dek masaalah tu tau. Kadang tiba-tiba bangun pagi stress bila fikir masaalah orang. Macam nak jadi HERO nak selesaikan masaalahnya, tapi fikir balik, aishhhh masaalah aku sendiri pun aku tanggung sendiri huhuhu..

Oleh sebab itulah kekadangnya, bila otak Sis mula fikir je masaalah mereka atau masaalah Sis, cepat-cepat Sis ubah cara berfikir. Terus bayangkan apa nak masak harini, apa nak makan harini, apa nak update blog harini, so masaalah-masaalah yang tadi tengah fikir tu, tiber hilang terus. Terus rasa lega. 

Suami kadang cakap, Sis ni terlebih emosi, banyak sangat fikirlah, fikir bukan-bukanlah, suka bersangka buruklah, tapi hakikatnya apa yang Sis tiba-tiba fikir, apa yang Sis bayangkan, ianya nanti mesti akan jadi kenyataan, bukan suka bersangka buruk yang memain, huhuhu kadang sendiri pun rasa pelik. 

Entahlah, memang stress oi kalau bangun pagi stress. Sampai kadang tu sambung tidur balik lepas Suami pergi kerja, sebab nak lenyapkan apa yang Sis fikir. Aishhh susahnya jadi seketul Sis Lin ni, terlalu banyak fikir hahahaha.

Dan baru-baru ni, Sis ada baca satu buku ni, katanya..selepas solat Subuh, walaupun dah berdoa ketika dan selepas solat, dia kata cubalah baca doa-doa yang membolehkan kita rasa lega katanya. Dan Sis cuba, alhamdulilah, ada le juga rasa 'aman' dalam hati ni. Takde terlalu banyak fikir masaalahnya. 

Korang kalau nak cuba, cubalah, lagi harini hari Jumaat kan, bulan Rejab pulak tu, so perbanyakkan berdoa dan mohon pada Allah moga di tenangkan hati kita, dan dijauhkan segala bencana. Untuk diri kita dan juga untuk semua yang rapat dengan kita.

Jom kita angkat tangan dan berdoa. 



Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu mari kita ikuti doa ini untuk dijadikan amalan.

Doa Hari Jumaat 

Ya Allah dipagi Jumaat yang mulia  ini berilah kami rahmat Mu Ya  Allah, letakkan kami dalam  perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami,  kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah kami memohon Ya Allah,  kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami

Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya.

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.

Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

Aaamiinn ..


P/S: Harini nak masak Asam Pedas Ikan Bawal Emas, hehehe siapa nak join makan, PM tepi..

40 comments:

  1. biasa stress tu kak oi, lagi-lagi kalau subuh hari dah hujan bangun pagi tu stress mikir jalan yang akan jem sana sini, stress bab kerja tu biasa... cuma tulah dana jenis tak suka pikir hal kerja sampai ke rumah... heheheh jenis balik rumah urus rumah bermalas-malasan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...siapa-siapa pun kalau dengo jem phewww stress membawa ke malam rasanya selagi tak balik sampai rumah kan Dana hahahaha

      Delete
  2. stress nak gi keje kak ... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Selalu rasa stress bila bangun pagi sebab teringat nak kejut anak2 yg susah bangun pagi.. haha.. tp anak2 relax je.. ibu dah nak jadi naga dah.. haha..sabo je la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phewww stress yang ko rasa ni Dilah, Sis ko faham sangat, sebab dah melaluinya hahaha

      Delete
  4. tq sis for sharing.
    terbaik ni.
    pagi td borak dgn member yg kena vertigo (ntah betul ntah tak ejaan ni).
    akibat drpd stress :( sian dia.
    boleh la aida share entry ni dgn dia. buat bacaan di ptg jumaat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel perasaan kawan Aida tu, siann dia..perasaan stress tu susah nak hilang kalau diri kita sendiri tak bawa cool Aida..please help your fren ya..

      Delete
  5. stress waktu pagi tu memang wajib lah nak pulak kalau kena hadap jam pergi kerja. Memang rasa nak marah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, samalah Suami Sis juga, tiap kalai belum kuar rumah, jem tu dulu dia sebut...

      Delete
  6. alhamdulillah. sekarang dah takda sangat rasa stress bila bangun pagi tu. i'm shaklee lover kan. heheheehehe

    ReplyDelete
  7. Pernah! Rasa taknak pergi kerja sebab tak tahan nak menghadap jammed dalam perjalanan tu memang stress huhu. Tapi gigih jugalah demi sesuap spaghetti haha. Thanks sharing the doa! Boleh masukkan dalam skrip doa lepas solat hee <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, awal pun jem, lanbat pun jem, sama kesnya dengan Suami...

      Delete
  8. Pernah juga rasa stress bila bangun tidur. Ubatnya zikir supaya hati kita tenang. Stress ni nanti mengundang bermacam penaykit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ezna, sekarang itulah banyak Sis amalkan, memang tak jadi satu kerja kalau layankan stress ni..

      Delete
  9. This a very good post. Thank you for sharing. Saya akui Saya pun selalu rasa stress Bila bangun pagi. Terutamanya Bila ada tugas penting yg masih x slesai. Thank you for your tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome Fadima..moga bermanfaat buat semua ..

      Delete
  10. As a Christian, we practice morning prayer too. It makes the rest of the day better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...same the Muslim also but it up to yourself to cooldown ourself..

      Delete
  11. Thanks sis lin atas perkongsian ini. Manusia mana yang tak ada stress kan? Kita buat cool pun datang juga. Dengan doa zikrullah, insyaAllah dapat menenangkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Auni, semua orang ada masaalah, antara kita boleh kontrol dengan tidak aje..

      Delete
  12. Memang kadang kadang ada rasa stress sebab banyak benda nak kena fikir terutama sekali bila dah ada anak anak kan. Lain anak lain ragamnya. Lepas tu fikir pulak apa yang kena uruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mimie, kalau ada anak kecik , tahap stress dia boleh jadi KingKong hahaha

      Delete
  13. kita biasa stress klau tidur lepas asar dan bangun masa magrib. hahahaha. memang benci btol perasaan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorr...tapi ada betulnya juga laa Madi, pernah gak Sis rasa tu..tapi tu lee, setan bergayut time tu laaa juga kannn...

      Delete
  14. Sha akan stress bila anak2 dan encik suami relax je bangun, mandi siap lambat2 sedangkan waktu dah suntuk untu ke sekolah... hahaha.. masa nie rasa dah bertukar jadi singa tapi deme cool je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha adeii i feel u Sha, masa tu macam dah nak bertukar jadi KingKong ek hahahahaa

      Delete
  15. Ada jugak stress pepagi..tp sis ni jenis malas nak layan sangat, kalau sis layan makna sis tak akan bangun2 dari katil..hehehe. Sis ni kalau stress memang ubat dia tidur je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sama juga kita kadang, tiba masa stress membuta aje laaa hilang semua...

      Delete
  16. Betul kita setiap pagi kalau bangun nak pergi kerja memang ada stress ini risau juga kerana hari ni dah fikir padal kerja yang datang sebelum ini ok lagi hurmmm... Terima kasih atas tips dan juga doa yang diberikan harap dapat kita amalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kalau stress pi je Langkawi Maha, kompom tak stress, dengan Sis ko sekali hilang stress nengok TikTok korang hahahaha

      Delete
  17. Terima kasih di atas perkongsian ini Sis Lin. InsyaAllah nak amalkan lepas nie sebab ada masa tu memang bangun dengan tidak cergas dan rasa bosan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Rawlins...Sis sekarang kalau stress, Sis nengok je TikTok korang..hilang stress aku hahahaha

      Delete
  18. Yupp, tambah2 lagi bila ada kerja yg xsiap dan kena submit. Ya Allah stress nya. Tp biasa kalau ada benda nk kne submit, mmg xleh nak tidur. Tidur pon beberapa jm je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Zharif, yang bekerja jangan cakaplah kan...yang duduk rumah pun stress lagi kan yang bekerja huhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.