HARI INI HARI ISNIN. JOM KITA UPDATE BLOG!

HARI INI HARI ISNIN. JOM KITA UPDATE BLOG! | Hai korang, apa khabar? Rasa macam dah lama sangat tak hai hai kan? Hahaha biasalah kalau cuti hujung minggu, memasing semua bizi dan banyak urusan, makanya kalau ko update blog pun pageviews pun sendu hahaha. Dah nama pun cuti, sapa ajelah nak duduk depan laptop blogwalking dan membaca blog kan? Kecuali kalau hari Ahad semalam ada yang bekerja.

Biasa blog Sis ni kalau Sabtu Ahad, memang Sis akan update posting info, lirik lagu dan media release aje, sekadar bagi blog tu update, kalau hari lain memang tak dan nak update semua tu, sebab banyak cerita lain nak di kongsi, so hujung minggu aje la Sis buat draft (Jumaat mula draft) dan buat autopost, janji blog tu ada juga update. Orang nak datang baca ke tak ke, lantak lerr kan..

Tapi kalau hari biasa memang kalau boleh Sis elakkan update media release, bukan sombong tapi Sis lebih suka cerita hal sendiri dan juga aktiviti Sis aje. Kalau ada pergi jemputan media pun, Sis akan cuba update ikut gaya Sis, taknak terlalu formal sampai nanti kalau Sis copy media release tu pun, Sis sendiri tak faham apa yang Sis update hahahaha.

Senang cakap, Sis kalau boleh taknak orang bukak blog Sis, mereka rasa macam bukak surat khabar. Kesan paling besar, pageviews korang akan mendadak jatuh huhuhu...gituler berdasarkan pengalaman..

Better lebih baik Sis menulis berdasarkan pengalaman Sis, lebih mudah nak bercerita. Kadang kalau takde cerita, dan terlalu memang sibuk, takde idea, haaa barulah Sis copy media release tu, sebab nak settlekan kerja lain, kalau tak, nak tunggu idea sendiri, sampai ke sudah tak update nanti, kesian pihak yang mengharap kerja kita kan, walaupun free.

Free ke bayar ke, bilamana kita dah pergi, update tetap kena update, janganlah buat 'bodoh', sampai ke sudah, benda yang nak di minta promosikan tu dah habis tarikhnya, pastu baru kita update, tak ke kelakar namanya. Hahaha ni relaiti, ramai aje yang buat kerja gile gitu.

Bagi Sis kalau ko tak sempat, haaa copy je media release tu, mereka dah sediakan kan, tapi kalau ko rasa nak menulis ikut gaya ko, haaa sila, tapi tolonglah adjust masa ko, dan lagi satu, kau jangan pertikaikan hasil kerja orang lain, lantak dialah nak update macam mana gaya, kita punya kerja pun belum tentu sempurna, ye dakkk..

Lain orang lain caranya. Dia nak update media release ke apa ke, bior, tu cara dia. KIta buat dan selesaikan kerja kita sudah. Lain-lain hal sendiri mau ingat. 'Lu Fikirlah sendiri' hahahaa.


Panjang pulak membebelnya hahaha.

Dan untuk dipermudahkan semua urusan kita pada hari Isnin ni, jomlah kita baca sedikit doa hari Isnin ni agar semua urusan kita akan dipermudahkan dan berjalan lancar. Ingat! Jangan lokek sangat nak menadah tangan tu ya.

Doa Hari Isnin .

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu n kasih sayangMu yg berkekalan dlm menjalankan tugas dan kewajipan. Hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan kewajipan.

Ya Allah, peliharalah kami dan lindungilah kami dengan penuh ria'yah agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya. Kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun dan ta'at untuk beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

Aaamiinn..

Okay dah, jom kita masak dulu kemudian settelkan kerja rumah then kita update blog!..
OkayBye.


P/S: Rindu Lake Toba!! Tatie, NeyNey dan Zafir! Jom travel lagi yokk!

8 comments:

  1. SALAM KAK LIN. SAYA PUN TAK ADA IDEA NAK UPDATE. SEKARANG BANYAK UPDATE DRAMA TERBARU YANG AKAN DISIARKAN DARI SUMBER-SUMBER TERTENTU. PAGEVIEW DAH DROP SEKARANG NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...berdasarkan pengalaman kalau kita update yang copy&paste je, PV akan drop habis...makanya kenalah membebel update aktiviti harian..lagipun memang asal tujuan blog kena menaip kan, so jomlaa kita mulakannya hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe hari ini hari Selasa, jomlah update blog hahahaha

      Delete
  3. Amin

    Doanya...
    Semangat berblog sy masih sendu..kahh2..sadis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jangan sendu-sendu, luangkan masa sikit untuk blog tu hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.