Header Ads


SALAM 1 REJAB 1441H BUAT SEMUA


SALAM 1 REJAB 1441H BUAT SEMUA | Alhamdulilah dah masuk bulan Rejab dah. Jangan lupa baca doa Rejab selalu dan juga amalkan amalan-amalan kebaikan sepanjang bulan Rejab ya. Bila dah masuk Rejab, makanya tinggal hanya 58 hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Cepatnya!! Syukur puasa dah habis ganti dah. Korang macam mana? Dah ganti puasa?

Waktu post ni korang baca, Sis berada di KPJ Pasir Gudang dah. Kenapa? Almaklumlah, kesihatan kena jaga, macam biasa le medical check kesihatan setiap 3 bulan sekali. Sepatutnya semalam, tapi Sis minta tukar hari ini.

Semalam mood menyiapkan kerja-kerja posting yang perlu Sis hantar lusa nanti. So gigih menyiapkan semalam, supaya senang masa Sis tak kelam kabut.

 Yup! Rezeki, Sis menjadi Ghost-Writer di salah sebuah Hospital di Johor ini untuk posting sebanyak 5 post di laman web mereka dan majalahnya. Now dah tiga posting Sis hantar, tinggal dua lagi. Rezeki tu tanpa di sangka-sangka.

Mengenai apa? Mengenai pengalaman Sis mengalami Fibroid dan juga sewaktu jalani pembedahan menggunakan Laparoscopy. Tapi ada selitkan juga tentang kanser payudara Emak Sis.

Maaf tak boleh nak bagitau Hospital mana dan di mana, semua dah atas perjanjian, maaf ya.

Itulah rezeki ni ada je memana, antara cepat dan lambat. Cuma jangan putus asa, berusaha dan terus berusaha. kalau ko seorang blogger, haa teruskan menulis sebaik mungkin dan sekerap mungkin. Mungkin ada salah satu penulisan korang yang menarik perhatian mereka di luar sana, seterusnya mereka ingin guna khidmat penulisan korang 'di belakang tabir'.

Sis lebih suka macamtu tau sebenarnya. Lagi jenis yang kita kerjasama tu tak cerewet. Mereka ikut gaya dan cara penulisan kita. Jenis Sis suka santai-santai, tak suka cara dan gaya penulisan formal, mungkin sebab Sis surirumah, bukan pelajar atau seorang yang memang 'penulis'.

Yang baca blog Sis, tau lee gaya dan cara macam mana Sis menulis kan, tak suka memaksa nak menulis, biar nampak natural, kang paksa-paksa Sis ko stress kang! hehehe..


Harini pun pergi KPJ ni pun harap-harap semuanya baik-baik aja. Sebabnya sejak menjak ni tekanan darah agak tak berapa cantik, mungkin sebab stress sangat Sis. Yaaa ingat duduk rumah tak stress ke? Ingat surirumah tak stress ke? ..

Sis laa orang paling senang nak dapat stress sebenarnya. Doktor dah berapa kali pesan, agak rasa stress, bawa berehat dan cool down. Tapi tu leee, kang macam-macam dalam kepala otak ni fikir. Kadang tak boleh kontrol. Cuma sejak-sejak ni cuba kontrol gak, agak rasa stress, bawa tidur je. Lantak le kalau tidur time apa sekalipun. Janji tidur hilang semuanya.

Stress kenapa? Sis mula stress sejak-sejak ni bila duduk sengsorang. Yaa sejak-sejak ni Suami banyak kerja, balik lewat, anak pulak kerja pun balik lewat. Sos memang kat rumah tu sengsorang je. Tu yang kadang buhsan gile, mulalah stress. Arghhhh tak suka perasaan tu...

Tu yang kadang, bukalah youtube kat TV tu, bukak zikir penenang hati kuat-kuat. Lega gak rasa. Nanti dah jam 10pm ke terus je naik, paksa mata tidur. Kadang boleh tidur, kadang susahnya ya ampunn! Dan kalau mood okay, Sis tunggulah Suami balik, sambil menaip di blog.

Entahlah...bukan kita tak cool down, bukan kita tak relax, tapi kalau stress tu datang, memang tak boleh kontrol. Apa ada depan mata nak ku balingnya..Allahuakbar bantulah aku..

Eh okaylah panjang plak membebelnya. Masa ni tak taulah dah selesai ke belum urusan KPJ nya. Mudah-mudahan semuanya baik-baik aja.

Nanti kita sambung lagi ya.

OkayBye.


P/S: Jangan kena warded ye sudah!! ...arghhhhh stress aku!!

8 comments:

  1. take care sis.. jgn stress2 ok.. tahniah juga utk job ghost writer tu.. dilah pun suka cara penyampaian mcm sis.. tak formal.. lebih santai.. biar kita buat cara kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Dilah, rezeki..
      Makaseh juga sentiasa dusi datang membaca bebelan Sis hehehe

      Delete
  2. take care sis Lin. ^^ Best jugak jadi ghost writer ni. :)

    Apapun jaga kesihatan ya sis. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best memang best, tapi kena siapakan schedulenya sebelum due hehehe...idea pun kadang tepu..thanks Aien

      Delete
  3. alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. jaga diri baik-baik ye. semoga sentiasa sihat selalu. lots of love <3

    ReplyDelete
  4. suka gila aku tengok gambar ni masa ko post kat ig story...bunga sakuraaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu le nampak kawan share, aku terus save hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.