KARIPAP SEDAP PASAR TANI KEKAL PERMAS. Dah berkali-kali ke Pasar Tani Kekal Permas untuk sarapan pagi, tapi tetap juga singgah beli karipap sedap ni. Sebenarnya dia da nama dia karipap ni cuma Sis lupalah.
Dan lupa juga tangkap gambar banner peniaga karipap ni. Sebab tiap kali pergi mesti ramai orang beratur. Ada satu kali tu, kena tunggu kejap karipapnya di goreng, so booking bayar then kami belilah barang basah dalam pasar.
Sebiji karipap ni RM2, tapi jujur Sis cakap, sizenya besar dan isi dalamnya penuh mampat!. Ada banyak jenis inti. Yang Sis ingat ada; Daging Kentang, Daging Kentang Telur, Ayam Kentang, Ayam Kentang Telur dan satu lagi lupa laaa, dia ada 5 jenis.
Harga semua sama, Sis suka Daging Kentang. Memang beli tu mesti panas-panas, dah 3x beli belum pernah dapat yang sejuk. Memang sedap! Suami pun suka, tapi dia makan seketul, Sis makan 2 ketul hahahahaa..
Kalau korang masuk dari pintu masuk depan tu, haa dia betul-betul depan masuk pasar tu di bahagian kedai-kedai makan depan tu. Meriah weyyy kalau datang hujung minggu ke sini. Kitaorang kalau ke sini apalagi, makan Capati Rusuk Kambing lerrr, atau Nasi Ambang, memang sedap.
Kalau korang dari pintu masuk, sebelah kiri hujungg tu, kalau nak suasana raya, haaa ko makan kedai hujung tu, kemain dia putar lagi raya yerrr, Sis macam blurrr plakkk hahahahaha. Sebab dia jual lauk pauk raya juga. Ada burasak, lemang, ketupat juga.
Tapi tetap tak boleh lawan sarapan pagi lauk raya yang selalu Sis pergi tu laaa, Warung Tokapi Kampung Pasir Putih. Fuhhh situ kalau makan betul punya feel raya, paling sedap, rendang ayam kampung dia, meledakkkkk!.
P/S : Hujung minggu ni nampak gaya sarapan di rumah laa kita, jaga ibu berpantang dan jaga cucu hehehehee





pasar tani hari apa ya? pasar tani kat Kangkar Pulai ni tak banyak peniaga pun... biasa biasa jer
ReplyDeleteTak silap buka pagi sampai jam 2pm.. Isnin tutup
DeleteTengok rupa karipap tu dah tau sedap, Lin.
ReplyDeleteSelamat menjaga ibu berpantang. Semoga sihat2 selalu.
Yerr kak, sedap betul, isi penuh
DeleteDah lama tak makan karipak IKEA. nak gi beli la. ha ha ha
ReplyDeleteSama aku Shai, lama tak makan karipap IKEA
Delete