BUFET RAMADAN 2026 : PESONA BAYU RASA DESARU DI THE WESTIN DESARU COAST RESORT

BUFET RAMADAN 2026 : PESONA BAYU RASA DESARU DI THE WESTIN DESARU COAST RESORT

0
BUFET RAMADAN 2026 : PESONA BAYU RASA DESARU DI THE WESTIN DESARU COAST RESORT. Setiap kali masuk bulan Ramadan, benda pertama yang selalu bermain dalam kepala korang mestilah “kat mana nak berbuka puasa tahun ni ek?”. 

Bukan apa, sesekali tu seronok juga tukar angin, berbuka di tempat yang lebih tenang dan istimewa bersama keluarga atau kawan-kawan. Hari-hari masak pun jadi blur tau, save kemain banyak resepi tapi time nak masak, otak jem!. 

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Salah satu tempat berbuka puasa yang Sis memang teruja nak kongsikan satu lokasi tempat berbuka yang bagi Sis cukup perfect, iaitu Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort.

Jujur cakap, setiap kali Sis datang ke Desaru, perasaan dia lain macam. Suasana pantai yang damai, jauh dari kesibukan bandar, terus buat mood jadi tenang. Bila digabungkan pula dengan bufet Ramadan yang meriah, memang terasa pengalaman berbuka yang sangat berbeza! 

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bagi Sis, berbuka puasa bukan sekadar tentang makan. Ia tentang momen berkumpul, bersembang dan meluangkan masa berkualiti dengan orang tersayang. Sebab tu Sis suka konsep yang dibawakan oleh The Westin Desaru Coast Resort ni, santai, mesra Muslim dan sangat family friendly.

Program Pesona Bayu Rasa Desaru memang direka khas untuk beri pengalaman berbuka yang lebih bermakna. Bila melangkah masuk ke Seasonal Tastes, terus rasa vibe eksklusif tapi tetap selesa. Tak terlalu formal, tak juga terlalu santai, just nice! 

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan disini akan berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Waktu yang sangat sesuai untuk datang awal, ambil masa menikmati makanan tanpa perlu tergesa-gesa.

Apa yang buat Sis paling impressed, pilihan hidangan di sini memang banyak pilihan, lebih 100 jenis menu setiap malam! Banyak juga yang sempat Sis cuba dan memang terus masuk senarai favourite. 

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Antaranya; Turkish Chicken Shawarma, Kambing Golek, Roasted Tomahawk, Wagyu Rendang Tok, Asam Pedas Beef Rib, Daging Masak Hitam, Ketam Cili, Udang Salted Egg, juga pelbagai lauk kampung, juga paling banyak Sis makan, Pisang Goreng cecah Sambal Kicap, menang mabeles betul! Ngam betul rasa sambal kicap dia weyyy!. stesen masakan secara live yang dimasak panas-panas pun ada, dan pelbagai pencuci mulut. 

Semua hidangan disediakan oleh pasukan cef berpengalaman diketuai oleh Cef Eksekutif Jaffery Othman. Dari segi rasa, persembahan dan kualiti bahan, memang tak mengecewakan langsung. 

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Dari segi harga pula, bagi Sis ia sangat berbaloi dengan pengalaman yang ditawarkan. Lebih-lebih lagi kalau nak datang hujung minggu atau bawa family besar, sangat digalakkan tempah awal ya. 

Pembelian Awal (15 Januari – 17 Februari 2026)
Dewasa: MYR 158 bersih seorang
Kanak-kanak (6 – 12 tahun): MYR 79 bersih seorang

Harga Biasa ; 
Dewasa: MYR 188 bersih seorang
Kanak-kanak: MYR 94 bersih seorang 

Untuk tempahan meja, Sis semua boleh terus hubungi:
📲 WhatsApp: +6019 755 0283
📧 Emel: fb.westindesaru@westin.com 

Video IG REEL : akusislin
Video TikTok : @akusislin

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Lepas merasai sendiri suasana dan hidangan di sini, Sis boleh cakap dengan jujur, Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru ni memang antara pilihan terbaik untuk berbuka puasa di kawasan Desaru.

Sesuai sangat untuk berbuka bersama keluarga tersayang, iftar gathering dengan kawan-kawan, majlis berbuka puasa pejabat atau sekadar nak reward diri dengan makanan sedap dalam suasana tenang setelah seharian berpuasa. 

Bufet Ramadan Pesona Bayu Rasa Desaru di The Westin Desaru Coast Resort 2026

Bagi Sis, Ramadan adalah tentang kebersamaan makan bersama family & tersayang. Dan di The Westin Desaru Coast Resort ni, semua elemen tu lengkap, makanan sedap, suasana cantik dan pengalaman yang meninggalkan memori manis.

Jadi kalau korang semua tengah mencari bufet Ramadan di Desaru untuk tahun 2026, Sis memang rekomen sangat untuk cuba Pesona Bayu Rasa Desaru ni. Confirm puas hati dan rasa nak repeat lagi!. 


P/S : Ada rezeki nak trylah masak Rendang Wagyu.. sedap betul!

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top