Monday, April 23, 2018

MAKAN MALAM DI CAFE RACER by GRILLBAR

BY Sis Lin IN , 12 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi, salam sejahtera and good morning semua sahabat. Moga kalian semua baik-baik aja ya .
Sudah sarapan ke tu ? Atau sudah siap masak untuk tengah hari ? Ye la macam Sis dulu masa anak sekolah semua, awal-awal dah siap masak untuk makan tengah hari terus, takde sarapan. Sebabnya pagi-pagi dah sarapan, so senang buat satu kerja, anak balik je sekolah terus makan, settle semua. Takde nak kelam kabut segala. Ye dak ? . 

Okay berbalik pada cerita tajuk hari ini, Sis nak berkongsi satu tempat makan di mana kami sekeluarga telah pergi makan malam di satu cafe yang tempatnya sangat 'unik' kata Suami. he he he . Dari sampai hingga ke balik, Suami tak sudah bangun duduk bangun duduk asyik ronda semua tempat. Lain dari yang lain katanya. Macam 'antik' sikit dan kreatif, sebabnya kat dalam tu di pamerkan motosikal lama, juga frame-frame gambar yang berkenaan dengan motor, hampir di semua dinding ada. Dongak kat atasnya pula, di gantung sport trim motor dan kereta. Kreatif sangat. Pelayan kedai pun mesra ramah sangat.
Kedainya dua tngkat, nak makan bawah boleh, makan kat atas pun bole. Tandas pun bersih .


Cafe ni terletak di Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor.
Di buka setiap hari dari jam 12pm hingga ke jam 12am .
Idea nak makan sini gara-gara anak Sis yang sulung tu balik Jb la tu,si Kakak. Dia kalau balik Jb memang dia suka cari tempat makan yang lain dari lain dan yang tak pernah dia makan. Suami dan Sis follow aje le.


Hiasan dalaman dia sangat unik dan kreatif. Lebih kepada hiasan orang-orang bermotor gitu. Nama pun Racer kan he he he .


Kreatifkan ? Tayar kereta di buatnya meja he he he. Suami sampai belek lama benar area situ ha ha ha .


Tengok atas siling tu, di gantungnya plak rim-rim motor. Jangan ada sampai jatuh gedebuk sudah ha ha ha .


Haritu ingat nak duduk bergambar atas tu, tapi incik Suami jeling manja gitu, terus Sis tak jadi ha ha ha .


Dan ini menu Sis makan. Yang burger tu namanya Patty Burger. Kentang keledek dia sedap sangat! Suami Sis makan banyak ha ha ha . Dan yang sebelah atas tu menu Suami Sis, Fish & Chips. Pun sedap kata Suami Sis. Besar portion dia, makan memang kenyang .


Yang ini pula, menu si Kakak, Chicken Grill. Menu paling top pengunjung order. Sedap Kakak kata, makan sampai licin.


Dan yang ini menu si Adik , Original Mac & Cheese . Kalau untuk Sis memang muak le Sis makan, tapi kalau anak-anak memang kesukaan mereka sebab cheese tu.
Oo mana Amat ? Biasa la si bujang tu lagi bizi dengan latihan muzik dia, dah dekat nak buat persembahan ni. Jadi kami berempat sahaja .


So far so good, semua makanan yang kami pesan semua sedap. Air dan desert-desert dia pun banyak pilihan. Harga pun berbaloi lah dengan apa yang dipersembahkan. Kena cuba baru korang boleh komen, lain tekak lain citarasanya, ye dak ? ..
Dan jangan risau, Halal. 
Siapa nak cuba silalah. datang aje walk in, atau bole terus call 07-335 0000 untuk booking .

Selamat menjamu selera .






P/S: Sis suami isteri memang tak cerewet, anak nak bawak makan mana dan makan apa pun tak kisah, janji anak happy :) 


Sunday, April 22, 2018

TIP-TIP KESELAMATAN DAPUR

BY Sis Lin IN 10 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi Ahad buat semua. Sudah sarapan ke ? Mesti masak yang sedap-sedapkan untuk keluarga tercinta. Kalau Sis terbalik pula, setiap hari Ahad, adalah hari 'tutup dapur' . Hari ISTERIrehat katanya. Biasa memang dari pagi hingga ke malam, incik Suami akan bawa keluar makan sarapan sampai laa makan makan. He he he .
Ada masa tu masak juga, kalau tiba-tiba incik Suami teringin nak makan apa ke, jadi kena masak. Tapi jarang-jarang . 

Pagi ini Sis nak kongsi sedikit mengenai tip-tip keselamatan dapur. Yelaa kita ni kaum wanita atau lelaki selalu juga ke dapur kan, tapi lebih kepada wanita la. Jadi ada tak korang utamakan keselamatn di dapur ? 
Ada yang kita tau dan ada juga yang tanpa sedar kita tidak ambil langkah berjaga-jaga kan ? 
Jadi hari ini Sis nak kongsikan bersama. 





DISIPLIN DAPUR
KETAHUI APA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Gunapakai hiasan yang sesuai untuk mengelak daripada terjadinya kejadian tidak diingini seperti melecur, terjatuh, terpotong, luka akibat mesin dan banyak lagi. Dapur bukanlah sebuah taman permainan dan setiap orang perlu berhati-hati dan mengelak daripada sebarang bahaya.


BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT

Jangan kelam kabut ataupun berlari semasa berada di kawasan penyediaan makanan dan kawasan memasak. Anda tidak perlu kelam kabut demi menjimatkan beberapa saat dan sebaliknya membuang masa di hospital sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.


PERALATAN YANG BETUL

Pastikan kita memahami cara yang betul untuk menggunakan peralatan dan perkakas dapur. Baca arahan dan pastikan barangan elektrik selamat untuk diguna. Perkakas merbahaya harus digunakan di bangku kerja atau work bench. Gunakan mana mana peralatan hanya untuk tujuan asalnya sahaja.


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAK
MENGALIH PERHATIAN DARI DAPUR MEMASAK

Jangan biarkan makanan masak di dapur tanpa perhatian. Makanan boleh beralih dari peringkat masak, ke hangus, ke terbakar dalam sekelip mata. Tanpa disedari, kejadian tidak diingini mungkin tercetus.


API MENYALA

Matikan gas ketika tidak menggunakan dapur memasak. Kita mungkin tidak sedar bahawa dapur gas masih menyala. Api yang menyala boleh menyebabkan kemalangan. Tindakan itu juga dapat menjimatkan bil gas.


BAHAYA TERSEMBUNYI

Jangan letakkan objek tajam atau panas di bucu yang tidak mudah kelihatan. Kita yang sedang sibuk mungkin tidak sedar akan bahaya tersembunyi seperti tersebut. Simpan objek tajam di suatu sudut yang selamat agar kesemua petugas akan lebih berjaga-jaga.


BARANGAN YANG PERLU ADA!
PEMADAM API

Pastikan terdapat pemadam api di sisi anda. Pada masa yang sama juga, anda prlu mengetahui cara-cara untuk menguruskan sebarang kejadian kebakaran elektrik atau gris. Padamkan api dengan menghentikan sumber oksigen dengan menggunakan penutup periuk, serbuk atau garam – bukannya air.


PETI PERTOLONGAN KECEMASAN

Pastikan terdapat sebuah Peti Pertolongan Kecemasan di dalam dapur. Sekiranya terjadi sebarang kejadian, pastikan anda bersedia untuk menghadapi kes seperti luka kecil dan peti pertolongan kecemasan anda mengandungi bekal yang mencukupi . Barangan medikal juga mempunyai tarikh luput, oleh itu pastikan barangan berkenaan digantikan sekiranya perlu.


KASUT KESELAMATAN

Semasa berada di dapur, pastikan anda memakai kasut tertutup ataupun selipar khas dapur untuk melindungi kaki anda. Pisau yang terlepas boleh mengakibatkan kudung jari kaki. Sup mendidih yang tertumpah boleh menyebabkan luka yang amat perit.


Artikel asal dari SINI .







P/S: Tanpa kita sedar, kita pun kadang tak tau kan? Termasuk Sis. Lepas ni mana yang perlu, dah boleh ambil langkah berjaga-jaga .


Saturday, April 21, 2018

BUFFET RAMADHAN 2018 THE PUTERI PACIFIC HOTEL JOHOR BAHRU

BY Sis Lin IN , , 16 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi sahabat sekalian, moga semuanya dalam keadaan baik-baik aja dan moga di sihatkan badannya bagi mereka yang sakit. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiinn.
Alhamdulilah sekali lagi kami Team #JDTblogger di panggil menjadi tetamu untuk menikmati hidangan sempena Fiesta Ramadhan di The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru baru-baru ini.
Masing-masing datang dengan perut yang kosong gitu ha ha ha .
Alhamdulilah rezeki jangan di tolak.


FIESTA RAMADHAN, THE PUTERI PAN PACIFIC, JOHOR BAHRU

17 May – 14 June 2018
6.30 pm – 10.30pm

Adult – RM98
Child (6 -12 years) – RM55

Early Bird
15% off from 15 April to 5 May 2018
10% off from 6 May to 15 May 2018


Pelbagai menu di sediAkan, antara yang menjadi perhatian adalah Chef Daily Special yang mensajikan Nasi Mandy Kambing Kuzi .


Menu lain ada pelbagai, dari makanan masakan Melayu, Indian & Chinese, juga menu antarabangsa, haa macam tu laa ..


Pencinta ulam ulaman, jangan risau, bermacam-macam ulaman ada. Termasuk Rojak dan juga papapom dan kerepek-kerepek untuk di jadikan ulam.


Dah ada ulam, mesti nak sambal pulak kan? Haa macam-macam jenis sambal ada, silalah pilih . 


Kerabu pun ada macam-macam jenis, juga bermacam pilihan salad-salad .


Pelbagai kuih muih tradisional ada . Semua sedap-sedap. Tak tau nak makan yang mana .


Pencuci mulut juga tidak ketinggalan, macam-macam ada, tapi Sis suka pulut mangga tu, sedap sangat! .
JUga ada bermacam-macam kek dan juga aiskrim, cedok aje sendiri dan letak toping yang korang suka. 


Gerai masakan panas juga ada. Rori canai dan Roti jala .


Kue Tiaw Goreng di datangkan khas dari dapur Kai Xuan .Panas-panas lagi di goreng .


Yang ni dapur tertutup, sebab semuanya di masak panas. Contohnya ikan-ikan bakar, ada salmon, ada siakap dan lain-lain. Juga segala macam pasta dan spageti yang di masak terus panas . Korang amik je, dia akan masak .


Dan semestinya Buah Kurma. Pembuka selera berbuka puasa. 


Dan buah-buahan dari berbagai jenis buah . Untuk lawas he he he .
*Ada lagi gambar-gambar masakan dan menu lain, ini sebahagian aje yang Sis amik dan upload. Korang kena datang sendiri untuk tengok, rasa dan nikmatinya. Setahun sekali kan, jom !


Inilah sebahagian dari kami Team #JDTblogger yang sempat memeriahkan suasan. Alhamdulilah .
Muka happy perut dah kenyang ha ha ha


Terima kasih kepada Mrs Sumitha (dua dari kiri) yang telah menjemput kam . 


Untuk korang yang menempah awal ada diskaun 15% dari 15 April hingga 5 May 2018 dan diskaun 10% dari 6 May hingga 15 May 2018. Ada lucky draw lagi tau. 
Cabutan bertuah akan dibuat pada 30 Jun 2018, yang mana hadiah-hadiah utamanya merupakan tiket penerbangan pergi dan balik ke Australia, Bangkok, Surabaya, Vietnam dan Bali serta banyak lagi hadiah-hadiah menarik menanti korang. 
Keputusan juri adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi oleh pihak pengurusan. 
Kemudahan surau di tingkat 5. 

Lucky Winners on 30 June 2018
**Return Air Tickets to Australia, Bangkok, Surabaya, Vietnam & Bali.

For reservation, please contact:
07-219 9999 ext: 9399 or
Ms. Zahrah 010-2258571 or
Ms. Effa 017-7183164







P/S: Meriah suasana, yang paling best dapat jumpa kenal-kenal dengan kawan baru . :)


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi sahabat. Salam hujung minggu buat semua. Moga harini lebih bermakna bercuti santai dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Hari ini pun Sis agak bizi sedikit, ada banyak hal nak di uruskan bersama Suami, jadi hari ini Sis nak kongsi artikel dan info mengenai Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Siapa yang free dan berkesempatan, bolehlah pergi ya .
Ok jaga diri ya semua, jumpa lagi .


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018

Tarikh: 27 APRIL – 6 MEI 2018
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Masa: Isnin – Khamis (10 pagi – 7 malam) | Jumat – Ahad dan Cuti Umum (10 pagi – 9 malam)




Negara Tamu: Arab Saudi
Negara Tamu: Indonesia
Negeri Tamu: Kedah

1) Pameran Kandungan Digital: BACA World 2018 (27-29 April 2018, Dewan Merdeka PWTC)

2) Pusat Dagangan dan Perlesenan Hak Cipta: KLTCC (30 April – 2 Mei 2018)

3) Konvensyen Penulisan Kuala Lumpur (5 Mei 2018, 8 pagi – 6 petang)

4) Ruang Karyawan dan Pembaca: REHAT & BACA (Aras 4, PWTC)

5) Anugerah Kulit Buku Cantik: Maklumat lanjut rujuk FB Anugerah Kulit Buku Cantik

6) KL Baca! Kuala Lumpur ke arah Ibu Kota Buku Dunia 2020 : Rujuk FB KL Baca

Maklumat lanjut mengenai pesta buku: www.klibf.my 






P/S: Bilalah Sis dapat peluang pergi ke Pesta Buku ni, teringin sangat nak pergi .. :(



Friday, April 20, 2018

RESTORAN ZZ SUP TULANG, JOHOR BAHRU

BY Sis Lin IN , 14 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi sahabat semua. Salam Jumaat dan selamat mengerjakan Solat Jumaat bagi kaum adam. Dah selesai Kahfi? Alhamdulilah, bagi yang belum tu, masih sempat lagi ye. Mudah-mudahan Allah memberkati perjalanan hidup kita semua. Aamiinn.
Salah satu tempat terkenal dan viral di Johor, tak lain tak bukan Restoran ZZ Sup Tulang. Baik orang Johor ataupun bukan orang Johor. Sebut aje nama restoran ini, pasti semua orang tau.
Di sini memang terkenal dengan Sup Tulang Gear Boxnya, Mee Rebus, Mee Sup dan juga Nasi Ayam Penyetnya. Kalau datang sini korang mesti kena cuba semua menu ni. Dah cuba sekali mesti nak lagi dan lagi.
Bagi Sis, Sis memang suka Mee Sup Tulang dia, dengan sambal kicapnya, terangkat sungguh kening mata masa makan ha ha ha . Pulak tu di sediakan sekali dengan straw, senang nak sedut som som dalam tulang tu, takde le korang nak terkorek-korek.




Ianya terletak di 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor.
Kalau dari Kawasan Mahmodiah tu, ikut jalan dalam dan akan nampak simpang sebelah Kiri papan tanda ke Jalan Petri tu, jalan je terus, pasti akan jumpa, atau melalui Jalan Yahya Awal sebelah Petron, masuk simpang Petron tu, jalan sikit ke depan, kemudian belok ke Kanan. 
Di buka setiap hari dari jam 6am hingga ke jam 12pm .




Yang ini menu paling Sis suka tiap kali datang sini. Mee Hoon Sup GearBox he he he.
Makan dengan sambal kicap, lagi pedas lagi power. Siap dengan straw okay. Tak payah malu-malu, sedut aje, memang orang yang datang makan kat sini semua orang kaki sedut ha ha ha .




Yang belakang tu, pilihan menu anak-anak Sis, Nasi Ayam Penyet. Kata anak sambal dia dengan ayam dia sedap. Siap minta sambal lebih lagi he he he.
Puashatilah makan. Ada juga menu-menu lain, contohnya, yang goreng-goreng panas ke, nasi putih berlauk ke, semua ada. Goreng pisang dan jejemput pun ada. 
Jadi yang belum cuba tu, silalah ye. Ikut waze aje, mesti sampai .







P/S: Selalu pergi dengan Suami, siap berlumba-lumba menyedut, dua-dua hantu sup tulang. 



Thursday, April 19, 2018

COMPETITORS VYING FOR CHAMPION IN 16 MINUTES SPEED EATING CONTEST

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt ..


Johor Bahru, 17/4/2018 – A big eater came to compete SDS #LongLoafChallenge 2018 of 16 inches long loaf with ½ KG Golden Fries at Paradigm Mall Johor Bahru on 17th April 2018.

“I came to break the record, and win,” said Rainbow Kumi (Tng Mei Fong, 27), Malaysia famous female champion eater who was also one of the challengers.




Challengers came in one goal. Nine challengers, including Rainbow Kumi, were lined up to speed eat SDS 16 inches long loaf served with 0.5KG golden fries within 16 minutes
Challenge started after signing consent form. Challengers stuffed their face in long loaf set presented in front of them. Rainbow Kumi was crowned champion once she finished long loaf set in 4 minutes 7 seconds. Another successful challenger, Mr. Kua Zhi Jian completed the challenge in 16 minutes, right on time when the challenge stopped.




“I can be faster if not because I’m sick today,” commented Rainbow Kumi.
“I’m aiming to finish the whole set below three minutes. It’s pity that I’ve hurt my jaw recently, and this slowed down my speed. I hope to get well soon and break faster record.”
Rainbow Kumi was the only female challenger during the challenge. She has broken an earlier record of 10 minutes 56 seconds set by Mr. B.K. Padam.

Rainbow Kumi and Mr. Kua were awarded SDS #LongLoafChallenge 2018 champion drape and certificate to certified their champion status. Other challengers who failed the challenge were given free cappuccino voucher which can be used during their next visit to SDS Cafe outlets. Top 5 challengers are to compete in Finale Championship up for a year dining voucher.




“We are surprised by the challengers’ courage and determination,” said Ms. Alice Loh, Marketing Manager of SDS.
“They are determined to finish the huge set of long loaf at their fastest speed. Although some failed, they have proven champion in spirit as they have challenged their limits and did their best.”

Challenge were recorded down and can be viewed at SDS official Youtube channel, http://youtu.be/n1Ck_eadDoo .




SDS #LongLoafChallenge 2018 was launched in early April, and have attracted many challengers. SDS #LongLoafChallenge 2018 will be carried out until 30th June 2018 at SDS cafe outlets. Customers are invited to walk-in and take up the challenge. Long loaf set served during the challenge is free of charge for successful challengers. Certificate and champion drape will be given to commemorate their capability.

“We dare heavy eaters to challenge the huge set of long loaf within 16 minutes, and we look forward to the next record breaker.” Ms. Alice commented.




Interested challenger may take up #LongLoafChallenge at any SDS participating outlets located at AEON Tebrau City (FANPEKKA CafĂ©), Taman Johor Jaya, City Square, Kota Tinggi, Taman Perling, AEON Kulaijaya, AEON Bandar Dato’ Onn, Taman Universiti, Paradigm Mall Johor Bahru, KSL City, and AEON Bukit Indah.
A winner chart will be updated on SDS official Facebook fan page. Follow SDS Facebook page at http://bit.ly/sdslongloafchallenge18 for further information on SDS #LongLoafChallenge 2018.




With total 27 outlets, SDS outlets in Johor are located at Paradigm Mall JB(NEWEST), AEON Bandar Dato’ Onn, AEON Tebrau City (Fanpekka Cafe), Johor Jaya, JB City Square, AEON Kulaijaya, Taman Perling, Taman Universiti, Kota Tinggi, KSL City Mall, AEON Bukit Indah, Larkin Sentral, Plaza Pelangi, S’Mart, Giant Plentong, Masai, Ulu Tiram, Kota Raya, Kangkar Pulai, Setia Indah, Kota Masai, and
SDS Bakery at La Boheme AEON Tebrau City, AEON Kulaijaya, AEON Permas Jaya, AEON Bukit Indah, AEON Taman Universiti, and AEON Bandar Dato’ Onn.

SDS is the retail subsidiary of SDS Groups. As a Johor home-grown company, SDS Groups develop its business with three subsidiary brands including SDS, wholesale subsidiaries Top Baker and Daily’s Bakery. Top Baker and Daily’s Bakery are bakery product suppliers and wholesalers delivering delectable bread to Nationwide daily. New factory launched in Seremban has begun its operation producing products.

SDS which is well-recognized in Johor region for its quality confectionery products valuable for money and excellent customer service. Since 1987, SDS continuously invents new creations monthly to keep customer’s excitement in SDS products. Aligned with the Share, Dine, Smile motto – SDS envisions to give its valued customer the most unique and enjoyable dining experience.

The wide array of SDS confectionery includes bread, pastries, cakes, western food, local food, casual dining, coffee and beverages, buffet catering, festive cookies and hampers, mooncakes, baby full moon and wedding gift sets. 


Official website www.sdsgroups.com
Official Facebook www.facebook.com/sdsgroups
SDS #LongLoafChallenge 2018 Official Event Page: http://bit.ly/sdslongloafchallenge18

Official hashtags: #sdsgroups #ilovesds
Official Campaign hashtag: #LongLoafChallenge






P/S: Haritu kan tercabar gak Sis konon nak masuk contest ni tau, tapi terfikir, ada hodoh muka gelojoh makan, pastu kena viral, terus tak jadi ha ha ha  ..