BLOG ITU MILIK KITA, TERUS MENULIS WALAU APA ORANG KATA!

Sis Lin
By -
2
BLOG ITU MILIK KITA, TERUS MENULIS WALAU APA ORANG KATA!. Sejak mula berblog, satu perkara yang Sis belajar ialah apabila kita menekan butang “Publish”, tulisan kita bukan lagi dibaca oleh diri sendiri sahaja. Blog yang bersifat public boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Kawan rapat, ahli keluarga, kenalan lama, silent reader, orang yang kita benci, malah mungkin juga orang yang tidak begitu menyukai kita.

Kadang-kadang terfikir juga, “Apa agaknya orang fikir bila membaca blog aku?” Tetapi lama-kelamaan, Sis sedar bahawa kita tidak mampu mengawal apa yang orang fikir atau tafsirkan tentang diri kita. Apa yang kita mampu kawal ialah niat ketika menulis.

Bagi Sis, blog hanyalah sebuah ruang untuk berkongsi. Berkongsi sedikit tentang kehidupan, pengalaman, makanan yang dicuba, tempat yang dilawati, atau sekadar catatan rutin harian. Bukan semua perkara perlu diceritakan. Tidak semua detik perlu dikongsikan kepada dunia.

Ada banyak cerita yang kekal menjadi memori peribadi.
Apa yang dipaparkan di blog hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan sebenar.

Sebab itulah Sis sentiasa memilih untuk bersangka baik. Husnudzon dengan pembaca yang datang singgah. Jika ada yang membaca dan mendapat manfaat, Alhamdulillah. Jika ada yang sekadar melihat-lihat tanpa meninggalkan jejak, juga Alhamdulillah. Jika ada yang mungkin tidak bersetuju dengan apa yang ditulis, itu juga perkara biasa.

Kita semua melihat dunia dari sudut yang berbeza. Setuju?. 

Blog Itu Milik Kita, Terus Menulis Walau Apa Orang kata!

Menulis blog bukan tentang mencari kesempurnaan atau mendapatkan persetujuan daripada semua orang. Ia lebih kepada menikmati proses berkongsi dan menyimpan kenangan. Ada artikel yang mungkin membantu orang lain. Ada catatan yang mungkin menjadi rujukan suatu hari nanti. Dan ada juga tulisan yang sekadar menjadi diari digital untuk diri sendiri.

Jangan terlalu takut dengan penilaian manusia sehingga kita berhenti melakukan perkara yang kita suka. Selagi apa yang kita lakukan tidak memudaratkan orang lain, tidak melanggar batas agama dan adab, teruskan sahaja. Jangan biarkan ketakutan terhadap kritikan membunuh minat yang telah lama memberi kegembiraan kepada kita.

Orang akan sentiasa bercakap. Hari ini tentang satu perkara, esok tentang perkara yang lain pula. Jika kita asyik memikirkan pandangan semua orang, akhirnya kita sendiri tidak akan bergerak ke mana-mana.

Jadi, teruslah menulis.
Teruslah berkongsi perkara yang membawa manfaat.
Teruslah menjadi diri sendiri.

Kerana pada akhirnya, blog ini bukan tentang memuaskan hati semua orang. Blog ini adalah tentang sebuah hobi yang memberi kebahagiaan, ruang untuk berkarya, dan tempat untuk menyimpan cerita-cerita kecil yang berharga dalam perjalanan hidup.

Kita tidak mampu mengawal apa yang orang fikir tentang kita, tetapi kita boleh memilih untuk terus melakukan perkara yang membuatkan hati kita bahagia. Blog juga bukan tentang siapa yang membaca, tetapi tentang kenangan yang berjaya disimpan dan cerita yang berjaya dikongsikan. 

Dan untuk semua silent reader yang setia singgah membaca, terima kasih kerana sentiasa ada di sebalik tabir. 


P/S : Tiberr la pulakk kannn memalam meluahkan rasa hati hahahahaha.. :p
Tags:

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kalau pikir apa yang orang pikir.... memang tak berblog lah....
    Blog uncle macam2 orang kata... Tapi kita jalan terus je!

    ReplyDelete
  2. Orang yang suka akan menjadi pembaca setia, mereka yang membenci juga akan mula tertarik untuk membaca.

    Yang pasti suka atau benci, akhirnya blog kita akan tetap jadi tempat persinggahan mereka, betul tak?!

    So, menulis jelah selagi masih diberi kudrat utk menulis. Jadi diri sendiri sebab kenangan yang kita abadikan, cerita yang kita kongsi kan akan tetap jadi memori sampai bila2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!