SERONOKNYA DUDUK HOMESTAY DI TEPI SAWAH

Sis Lin
By -
6
SERONOKNYA DUDUK HOMESTAY DI TEPI SAWAH. Bila nampak sawah padi, teringat kampung kakak ipar di Sabak Bernam sana, mesti dah menguning padinya. Rumah Kakak ipar tu betul sebelah sawah padi dan keliling rumah di kelilingi sawah padi, memang best gilerr.. dulu waktu anak kecik datang sana, anak cakap 'kenapa rumah Cik Nah banyak lalang' hahaha.

Mereka belum tau beza lalang dan padi, begitulah kann bebudak moden ni. Now barulah mereka tau macam mana bestnya keindahan padi menguning di sawah padi. Pantang nampak lalu tepi sawah, bukak tingkap, mesti nak amik video. Termasuklah Sis hehehehe.. 

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Baru ni geng mesjid Sis ajak trip survey homestay untuk event akan datang, mereka ajak ke Ayer Hitam. Salah seorang geng kami ada usahakan homestay di sana. So kami pergi 8 orang naik kete MPV gerak seawal jam 7am. Bukannya apa, tujuannya nak singgah di Pasar pagi Ayer Hitam cuci mata. 

Sampai pasar tu wahhh Sis kemain suka, nampak sayur kampung segar, ikan segar, makanan dan kuih-muih semua kemain best lagi weyyy. Geram nengok, rasa nak memborong semua, pakkal tak bawa tong ikan kan. Memasing pun terkilan betul hahahaha.. paling tak kami beli makanan aja untuk kami makan di homestay nanti. 

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Dari pasar kami singgah di Medan Selera Parit Raja. Dengarnya kesedapan Lontong Kering mereka sangat sedap. Kami nampak ada orang order penuh sepinggan lontongnya, tapi.... sebab kami kenyang memasing makan kuih dalam kereta, so kami makan di gerai lain. Tu pun kongsi-kongsi. Rasa terkilan pulak tak order satu lontong tu then share ramai-ramai, ishhhh.. 

Dari sana kami terus gerak ke Homestay Nurainss Sawah Sagil Ayer Hitam Johor. Memang betul, homestaynya rekabentuk unik dan kelilingnya sawah padi, cuma sayangnya padi baru aja di tuai, so sawah tu tak berapa nak ada padi laa kann, nampak macam padang bola becak hahahaha.. tapi takpe, suasana tu tetap ada. 

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Kitaorang siap ada tema nak berOOTD okayy. Temanya kain batik dan baju kurung kedah (baju opah). Gigih yaa memasing bawa dari rumah. Kisahnya tuan punya Homestay ni ada order makanan untuk kami makan tengahari, patutlah nak beli makanan di pasar pagi tu dia tak bagi. 

Lepas makan, kami solat dulu, kemudian salin pakaian, rehat kejap dan terus keluar ke bendang untuk bergambar. Sis ko ni layankan aja laa acik-acik ni nak bergambar, korang bukan tak tau, Sis ni kurang sikit kalau nk posing-posing ni hahahaha.. so kita serahkan aje pada mereka, derang siap bawa tripod okayy .. 

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Dari satu port ke satu port Sis amikkan mereka gambar, seronok plak bila tengok gambar yang di ambil kemain lawa. Buat video hindustan pun ada yaa adeiii.. Tak apa sesekali hiburkan hati, buat apa yang kita suka janji tak melampaui batas, okayy laa kann.. bukan kita terjoget terkinja-kinja punnn... masih menutup aurat dan sopan gaya gadis melayu hihihi.. 

Puas bergambar berehat bawah pokok, nyamannyaa rasa. Bergurau senda sambil memerhati pokok pelam rumah orang. Dalam hati masing-masing (siap sebut), 'tuan rumah tu taknak ke kasi dua tiga biji, cecah sambal kciap sedap tu' hahahahaha.. tapi apa kan daya... kata-kata kami di bawa angin laluuuuuuu... 

Seronoknya Duduk Homestay Di Tepi Sawah Padi!

Cuaca plak panas berdenting.. memang terbako kulit muka kalau tak pakai suncreen ni, nasiblah dah bersedia. Masuk dalam homestay, kemas dan bersiap pulang. Ohh yaaa, kami tak stay sini dan tak bermalam, kami datang just nak melawat kawasan aja dulu. Inshaallah next time kami stay sini yaaa.. 

Lepas dah siap semua, sebelum balik kami singgah makan di warong tepi jalan berhampiran dengan homestay tu. Kali ni vibes betul macam kampung dulu-dulu laa.. Seronokk kami semua. Kami makan Pisang Goreng, Bihun Soto, Mee Bandung, Cendol, Ais Kacang, Lai Chi Kang dan juga Mee Goreng Mamak.. nikmatttt betul.. 

Homestay Norainss Sawah Sagil Ayer Hitam Johor

Info Homestay : 
Homestay Villa NurAinss Sawah Sagil di Ayer Hitam, Johor
Penginapan dua tingkat berhampiran sawah padi. 
Kadar sewaan adalah berpatutan iaitu RM200 semalam, memuatkan sehingga 10 orang tetamu
Terletak kira-kira 20 minit dari UTHM.

Kemudahan yang disediakan merangkumi:
  • Kelengkapan rumah: Dilengkapi penyaman udara di tingkat atas dan bawah, 2 bilik air, peti ais, dan ruang memasak.
  • Kapasiti: Memuatkan sehingga 10 orang dengan ruang parkir untuk 3 buah kereta.
  • Aktiviti & Lokasi: Suasana desa yang tenang, sesuai untuk berjoging, memancing di kawasan berhampiran, serta mudah untuk mencari kedai makan.

Next time boleh datang lagi.. 
Thanks Kak Aini untuk trip kali ni .. 


P/S : Lama tak balik KG.. inshaallah bulan depan nak ajak Suami balik KG ziarah kakak-kakak ipar semua.. 

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah...nampak menarik poster homestay tu...macam syiok je... gigih tau siap bawa baju untuk OOTD

    ReplyDelete
  2. Memang cantik kak, siap tema lagi tu. Tepi sawah tu memang menarik

    ReplyDelete
  3. Sporting semua pakai baju opah dengan kain batik utk posing bergambar tepi sawah.

    ReplyDelete
  4. bestnya day trip gini! baju opah2 tu...MZ tak de!! tak leh lah nak join OOTD hahahahahah

    ReplyDelete
  5. Seronoknya ada ramai kawan kawan.. banyak aktiviti dan pengalaman. Siap ootd baju kurung kedah dan kain batik bagai tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!