MENU BALIK JOHOR, ASAM PEDAS IKAN SIAKAP DAN SAMBAL BELACAN CABE RAWIT. Khamis pagi dalam jam 8.30am dah sampai Malaysia KLIA1 dari Jakarta setelah 7H6M meninggalkan Johor. Settle semua di airport, Retna hantar Carneyz balik, then Sis amik kereta di rumah Retna, kemudian terus drive balik Johor.
Penat tu takde pulak rasa, sebab dapat juga tidur dalam flight dan kebetulan awal lagi kan, so tenaga tu masih ada. Mula ingatkan nak juga stay di KL tu sekejap, esoknya baru balik Johor, tapi sebab anak Sis pun kerja, so malas pulak nak menyusahkan dia nak cuti. Makanya Sis terus aja balik Johor.
Allah permudahkan segala urusan, jalan highway lenggang, kenderaan tak banyak, dan perjalanan sangat lancar. Gerak dari rumah Retna dalam jam 11.30am lebih, Sis dah sampai Pasir Gudang dalam jam 2pm lebih. Laju tu takde laa laju sangat, tapi lancar. (ye ke tak laju? hahahaha).
Home sweet home, angkat barang semua masuk rumah, keluarkan baju kotor masuk bakul, then kosongkan luggage, jemur sekejap (kebetulan cuaca panas), kemudian petangnya Sis ke rumah Yana sekejap hantar ole-ole yang Sis beli dari Jakarta dan Bandung.
Fanny ada kasi dua biji kek, so takut keknya rosak cepat, Sis hantar ke Yana sebiji. Menantu Sis suka makan manisan, memang tak rugi kalau bagi dia. Lepas rindu pada Cucu pun yaa. Petang tu sebelum ke rumah Yana, Sis amik Cucu Sis di sekolahnya, kemain menjerit 'Nenekkkkk' dari atas tangga sekolah,aduhaiii Khalish Khalish hahahaha..
Esok paginya, settle masuk baju ke mesin mencuci, sambil menunggu baju siap, Sis terus keluarkan ikan siakap seekor yang agak besar sizenya (kerat 3), then keluarkan cabe rawit yang Sis beli dari Bandung, Sis nak masak asam pedas ikan siakap dan buat sambal belacan cabe rawit, kompom pedas melatop kannn hahahahaha..
Gitulahh kann kita orang Johor ni, seminggu bercuti ke luar negara, terus rindu masakan Johor, terutama asam pedas. Macam mana makan asam pedas di negeri orang, tetap tak sama dengan masakan sendiri (itu Sis laa), Lawankan dengan ikan pekasam dan juga ulam timun. Makan dari siang sampai malam, licinn seperiuk di ratah seketul sambil layan Tamil, alhamdulilah..
P/S : Sampai sekarang perut memang lancar 'membuang' sejak makan cabe rawit hahahahah.. pedas gilerr weyyy..





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.