Bertempat di Daily Social, Aras 5, buffet ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan antarabangsa, makanan laut segar, sajian Asia, pencuci mulut yang menggiurkan serta hiburan muzik secara langsung. Ini adalah pertama kalinya Sis jejak di sini.
Sebaik melangkah masuk, suasana yang selesa dan elegan membuatkan mood makan terasa lebih istimewa. Apa yang paling menarik tentunya pilihan makanan yang sangat pelbagai dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Bagi peminat makanan laut, korang pasti teruja dengan pilihan Seafood Galore yang menampilkan pelbagai hidangan laut segar di atas ais seperti udang, New Zealand mussels, Hamaguri clams dan scallops. Kesegaran makanan laut yang disajikan memang memuaskan. Memang mata Sis dah tertumpu pada bahagian ini aja sebaik melangkah masuk dalam.
Di bahagian Live Carving Station pula, tetamu boleh menikmati Roasted Curcuma Lamb Leg yang dipanggang sempurna bersama aneka sayur-sayuran panggang yang menyelerakan.
Bagi penggemar daging, jangan lepaskan peluang mencuba hidangan dari Western Fire Grill yang menyajikan steak premium dan lamb chop yang dimasak panas-panas. Antaranya : Grilled Italian Sausage, BBQ Chicken Wings, Homemade Mini Cheese Burgers, Cold Cut Selection, Smoked Duck dan banyak lagi. Menu bertukar-tukar pada setiap hujung minggu.
Peminat keju pula, korang boleh menikmati pelbagai jenis keju seperti Camembert, Gouda dan pelbagai pilihan artisan cheese. Terdapat juga Live Cheese Wheel Pasta Station yang menjadi antara tarikan utama buffet ini.
Sunday Brunch ini turut mengetengahkan pelbagai hidangan Asia melalui stesen masakan secara langsung. Antara menu menarik yang boleh dicuba ; Wok Hey Station (Pilih jenis mee juga bahan dan di goreng panas-panas), Kari Ikan Merah Ala Mamak, Nasi Briyani, Braised Lamb with Chinese Herbs, juga pelbagai pilihan Dim Sum.
Gabungan hidangan Melayu, India dan Cina menjadikan buffet ini lebih dekat dengan citarasa rakyat Malaysia.
Ruang pencuci mulut di sini juga cukup meriah dengan pelbagai pilihan manisan yang sesuai untuk mengakhiri sesi makan korang. Sis bukan pencinta manisan, tapi di sini, Sis boleh cuba hampir 2/3 jenis pencuci mulutnya. Antara satus ebab rasa yang kurang manis dan keinginan mencuba sesuatu yang belum pernah Sis rasa.
Antaranya :
Live Dessert & Crepe Station
Mocktail Station
Chocolate Fountain
Ice Cream Station
Popcorn Machine
Pop Corn Cheese Cake
Banoffee Tart
Jivara Pate De Choux
Pelbagai pastri Perancis
Bukan sahaja sedap, malah setiap pencuci mulut turut dipersembahkan dengan cantik dan menarik. Korang yang pencinta dessert pasti sukakannya!. Bagi Sis, Sunday Brunch Buffet di Sheraton Johor Bahru ini memang pilihan yang sesuai untuk meraikan hujung minggu bersama insan tersayang.
Dengan pilihan makanan yang sangat banyak, suasana yang selesa, persembahan muzik secara langsung dan harga yang sangat berpatutan, memang berbaloi untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali. Jangan lupa tempah lebih awal untuk menikmati promosi Dine 5, Pay 4 yang ditawarkan!.
![]() |
| Thanks Nona Sani teman Sis makan-makan |
Sunday Brunch Buffet
📅 Setiap Ahad
⏰ 12.30 tengah hari – 3.30 petang
📍 Daily Social, Aras 5, Sheraton Johor Bahru
💰 Dewasa: RM138 nett
👴 Warga Emas (60 tahun ke atas): RM98nett
🧒 Kanak-kanak (6 – 12 tahun): RM69nett
🎉 Promosi Istimewa: Dine 5, Pay 4
🪪 Diskaun 10% untuk Marriott Bonvoy Member
📞 Tempahan WhatsApp: 010-398 8603
Lebih banyak gambar menu : facebook pages akusislin
IG REEL : akusislin
TikTok video : @akusislin
P/S : Terasa-rasa kesedapannya Crepes Suzettes dia!! Sedap betul!



















Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.