MAKAN-MAKAN SEMPENA HARI BAPA. Hari Bapa ni jarang jugalah kami sekeluarga sambut, maklumlah memasing anak dah ada Laki sendiri, so lebih kepada mereka sambut cara memasing, tapi Suami Sis pun jenis tak kisah, Hari Ibu pun dia tak amik port, lagikan Hari bapa,.hihihi..
Tapi tahun ni berbeza pulak, kebetulan Hari Bapa jatuh pada hari Ahad 21/6 dan kebetulan juga Sabtu 20/6 tu semua anak-anak pun balik rumah, dan secara kebetulan tu pula 18/6 tu birthday menantu sulung Sis, makanya laaa, Sabtu malam tu kami keluar makan-makan seafood di Restoran Todak Orang Asli atas permintaan anak-anak.
Anak-anak kalau balik, memang itulah dia minta Ayahnya, nak makan ketam. Ketam pulak jenis ketam nipah masak black pepper dan ketam sambal pecah telur tu. Dan restoran seafood pilihan mesti Todak tu je laa.. servis cepat dan harga sangat berbaloi.
Tang order, serah Ayahnya, Ayahnya akan pilihkan ketam dan terus order menu. Sebab Ayahnya dah tau apa menu kesukaan anak-anaknya, dan anaknya pun akan tau apa yang Ayahnya akan order. Maknya just duduk dan tunggu je laa menu sampai hehehe..
Antara menunya; Ketam Black Pepper, Ketam Sambal, Sotong Goreng Butter, Ikan asam Limau, Udang Kari Indonesia, Sayur Kailan, Kangkung Belacan, Mantao dan juga minuman. Kalau tengok memang banyak betul, tapi bila dah makan, macam rasa tak cukup hahahaha..
Memang puashatilah ayahnya bawa anak-anaknya makan, sebab memasing memang happy dan puas makan. Tu sebab kalau order bior sekali banyak, kasi puashati semua makan. Sis makan sikit-sikit ajalah, maklumlah siang tu dah penuh perut jalan-jalan cari makan dengan Fanny, Retna dan Carneyz. Ajerr gilerr main sumbat jerr semua kan, fuhhhh..
Esoknya 21/6 adalah Hari Bapa, anak-anak semua ada, Sis masak pula di rumah. Memang begitulah, Sis pastikan Sis akan masak untuk anak-anak yang sesekali balik rumah berkumpul sama. Dan menu permintaan anak, semestinyalah Asam Pedas. Ada Ikan Duri, so kita masak Asam pedas Ikan Duri.
Sis masak juga Asam Pedas Ikan Kembong untuk Suami, sebab dia tak makan ikan duri, juga Ikan Pekasam Asin, Sayur Kobis Goreng, Celur Bendi, Celur Bayam dan Kacang Panjang buat ulam, juga Sis buat Sambal Asam makan dengan Ikan Goreng Kerisi, fuhhh memasing menjilat jari yaa makan kepedasan cabe rawit hahahaha..
Suka tengok anak-anak makan licin semua. Nasi masak 6 pun habis semua. Sesekali anak balik makan air tangan Maknya, memang selera lain macam kan. Memang satu hari tu kami tak kemana, layan Netflix, borak-borak, dan petang tu, barulah ayahnya keluar sekejap beli Pisang Goreng dan Rojak. Lepas tu Ayahnya hilang!. Sis tak ikut tapi dapat agak apa yang Ayahnya cari dan nak beli.
Ayahnya balik, rupanya belikan durian 5 pek. Semua durian Musang King dan ioi. Memang sukalah anak-anak makan, semua kaki durian!. Juga ada hadiah untuk menantu Ayahnya belikan di Al-Ikhsan, senyap-senyap rupanya Ayahnya cari hadiah. Memang tak miss birthday semua anak ke menantu ke, Bini ke, memang Ayahnya akan bagi hadiah, alhamdulilah.
Malam tu juga anak sulung Sis balik ke KL, dan anak-anak lain juga pun sama, balik ke rumah masing-masing. Bila semua dah balik, terus sunyi rumah, tinggallah Sis dan Suami.. begitulah kehidupan ... tapi okayylah, Maknya dapat goyang kaki, sambil layan Tamil hahahaha..
P/S : Terima kasih Suami ❤








Alhamdulillah meriah sambutannya tu. Macam2 menu ada.
ReplyDeleteTakde laa sambut sangat, cuma kebetulan jerr date tu semua anak-anak balik...
Delete