MENGAPA AKU MASIH MENULIS BLOG SEHINGGA KINI?

MENGAPA AKU MASIH MENULIS BLOG SEHINGGA KINI?

12
MENGAPA AKU MASIH MENULIS BLOG SEHINGGA KINI?. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Sis. Kadang-kadang bila buka media sosial, Sis terfikir juga. Dalam zaman yang serba pantas ini, masih relevankah menulis blog? Dengan adanya TikTok, Instagram Reels, YouTube Shorts, Threads dan pelbagai platform video lain, ramai yang beralih kepada kandungan berbentuk visual dan video pendek.

Namun sehingga hari ini, pada tahun 2026, Sis masih setia menulis di blog.
Ramai yang bertanya, “Sis, masih ada orang baca blog ke?” .. 

Jawapan Sis, ada. Mungkin tidak seramai dahulu, tetapi masih ada pembaca yang setia singgah membaca. Ada yang mencari maklumat mengenai tempat makan, tempat menarik, pengalaman melancong dan ada juga yang sekadar ingin membaca perkongsian kesihatan daripada kehidupan rutin seorang surirumah. 

Mengapa Aku Masih Menulis Blog Sehingga Kini?

Bagi Sis, blog bukan sekadar platform untuk berkongsi cerita. Blog sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Sis sendiri sejak tahun 2008. Setiap artikel yang ditulis ibarat sebuah diari yang menyimpan pelbagai kenangan dan pengalaman.

Bila Sis membaca semula artikel lama, terasa seperti sedang mengimbau kembali detik-detik yang pernah dilalui. Ada kisah percutian bersama keluarga, pengalaman menghadiri event, reunion, review makanan, perkongsian kehidupan seharian dan juga catatan tentang perkara yang dipelajari sepanjang perjalanan hidup.

Cuma ada certain gambar dah Sis delete sebab menjaga aurat ketika 'freehair' dulu. Itulah keistimewaan blog yang sukar digantikan oleh media sosial lain.

Di media sosial, sesuatu perkongsian mungkin tenggelam selepas beberapa hari. Tetapi di blog, artikel yang ditulis masih boleh dibaca bertahun-tahun kemudian. Malah ada artikel lama yang masih menerima kunjungan pembaca sehingga hari ini.

Selain itu, menulis blog juga memberi ruang kepada Sis untuk berkongsi cerita dengan lebih panjang dan terperinci. Tidak perlu terlalu mengejar trend atau menghasilkan video setiap hari. Sis boleh menulis mengikut rentak sendiri, menyusun cerita dengan lebih santai dan menyampaikan pengalaman dengan cara yang lebih dekat di hati kepada pembaca. 

Mengapa Aku Masih Menulis Blog Sehingga Kini?

Sejak kebelakangan ini, banyak pengalaman baharu yang Sis kongsikan di blog. Antaranya terbaru, percutian Sis ke Jakarta dan Bandung, tempat-tempat menarik yang dikunjungi, makanan yang dicuba serta pengalaman yang mungkin boleh menjadi rujukan kepada pembaca yang merancang perjalanan mereka sendiri. Tinggi pulak view dia beberapa hari ini. 

Dalam masa yang sama, blog juga menjadi tempat Sis menyimpan pelbagai kenangan berharga bersama keluarga, sahabat dan insan-insan yang banyak memberi warna dalam kehidupan.

Apa yang paling Sis syukuri ialah apabila menerima komen atau mesej juga email daripada pembaca yang mengatakan artikel Sis membantu mereka. Ada yang mendapat idea percutian, ada yang menemui tempat makan menarik dan ada juga yang sekadar terhibur membaca perkongsian santai di blog Sis ni.

Itu sudah cukup membuatkan Sis gembira.

Selagi masih ada cerita untuk dikongsi, selagi itu Sis akan terus menulis. Mungkin dunia digital akan terus berubah, tetapi minat terhadap penulisan dan kenangan yang tersimpan dalam setiap artikel itu tetap mempunyai nilai yang tersendiri.

Ada yang mengenali Sis sejak zaman Nuffnang, ada yang baru sahaja singgah ke blog ini. Walau siapa pun korang, terima kasih kerana masih sudi membaca. Setiap klik, komen dan sokongan yang diberikan sangat bermakna buat Sis. Semoga blog Sis ni terus menjadi ruang untuk Sis berkongsi cerita, pengalaman dan kenangan yang bermanfaat buat semua.

Terima kasih kepada semua pembaca yang masih setia bersama Sis sehingga hari ini. Terima kasih kerana terus singgah, membaca dan menyokong perjalanan blogging Sis selama ini. 


P/S : Mungkin satu hari akan ada cerita di sebalik ceritanya di sini... 
Tags

Post a Comment

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ye betul... ako pun masih setia berblog.. sbb ako yakin masih ramai lagi yangvsuka mencari info secara details dengan cara membaca di blog. Kdg² dengan x disangka ada yg email excited inform bahawasanya dia adalah senior semasa dikolej... mcm jejak kasih gitu dan kdg ada yg dm bertanyakan mcm² info yg pernah aoo tulis di blog. Kesimpulan nya walau dah x serwiin dulu at least cerita² yg lama masih relevan utk pembaca mendptkan info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ret, paling berharga, perkenalan dan persahabatan kita juga bermula dari dunia blog. Tak sangka mengenali ko sejak awal 2008, hingga kini kita masih berkawan.. terlalu indah zaman berblog dulu kannn.. walau setengahnya dah jadi kenangan tapi yang masa akan datang, kita jadikan kenangan kita bersama sampai bebila, inshaallah

      Delete
  2. Ya betul rindu kenangan lama. Eh! aku berblog hujung tahun 2004 tu pun si sodep @asri yang ajar. ha ha ha. Tetap kenang jasa dia walaupun dia lagi Tua dan besar dari aku. Eh! tak ada kaitan. Apa pun terima kasih untuk semua kenangan bersama. Macam2 cerita, kalau di kenang boleh buat drama bersiri beratus episod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Shai.. terlalu banyak kenangan kita dari sejak perkenalan 2008 bersama Msjbox.. dari Amat darjah 4 sampai dah ajdi bapak orang dah hahahaha.. thanks Shai sudi setia bersama hingga kini...

      Delete
    2. Alhamdulillah, walaupun tak macam dulu. Semoga ikatan terus berkekalan.A-Min

      Delete
    3. Iyaaa walau tak semeriah dulu, janji kita tetap berkawan.. janji sampai bebila okayyy

      Delete
  3. Betul tu Sis Lin! Baca entri ni terus menggamit memori betul. Sama lah kita, SA pun bermula zaman Nuffnang dulu. Memang mendonia betul zaman tu kan? Rajin attend macam-macam event, lepas tu seronok join dan menang bermacam contest blog. Walaupun sekarang zaman dah berubah dengan TikTok dan Reels, tapi nilai sentimental sebuah blog tetap tak sama. Semoga kita terus setia menulis dan berkongsi cerita dekat sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann SA, Sis kenal SA pun dari blog, pestime jumpa pun masa SA kawin, indahnya dunia blogging kann.. walau tak seperti meriahnya dulu, tapi kita 'orang lama' masih setia dengan blog.. teruskan menulis SA.. masih ada di luar sana yang masih datang membaca blog, percayalahhhh..

      Delete
  4. Walaupun skrg dah ada macam2 platform media sosial macam X, Thread, IG dll. tapi blogging tetap special dan menjadi platform pilihan untuk berkongsi pengalaman, tips dan info menarik kan. Paling best boleh cari dan baca balik entry2 lama dengan cepat.

    ReplyDelete
  5. Blog sis seusia dgn anak sulong PH :)
    Keep on blogging sis!

    ReplyDelete
  6. Setujuuuuuu kak Lin. Saya tak masalah delete fb, IG atau medsos lainnya. Tp tidak untuk blog. Cuma ini yg saya akan pertahankan . Menulis tuh buat saya hilang stress, jenuh.. dari sekolah rendah saya dah menulis, di buku harian dulu. Kemudian muncul blog, saya akhirnya menulis di situ. Jadi memang sukaaa dan passion dari dulu

    ReplyDelete
  7. Sebabkan momen dan keunikan blog tu sendiri, yang buatkan Linda kembali pada dunia blog.. dulu masa zaman² belajar pernah ada blog juga, dari tahun 2007-2016 kot.. lepas tu, dah tak sempat nak buka blog, sampai lupa password dah.. minta kawan hack kan balik pun, tak boleh buka juga..itu yang buat blog baru la jawabnya..itu pun, diam2 dah hampir 5 tahun blog sekarang ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top