16 SEPTEMBER 2023 : SELAMAT HARI MALAYSIA

Sis Lin
4
16 SEPTEMBER 2023 : SELAMAT HARI MALAYSIA | SALAM 1 Malaysia dan salam Malaysia Madani buat semua warga Malaysia. Sedang bercuti ke tu? atau menikmati hari-hari cuti di rumah bersama family?. Ye laa kotlah kan harini ada yang sudah ambil cuti bersambung ke esok untuk bercuti kan. Kalau di Johor Sabtu adalah hari cuti umum aja, so takde cuti berganti. 

Sis pun takde plan apa nak kemana esok, tak tau laa kalau tiba esok Suami ajak keluar kan, tapi macam biasa laa, keluar bersarapan then ke pasar mencari lauk, kemudian makan tengahari, barulah petang memasak di rumah. Tengoklah macam mana keadaannya esok. 

Apa-apa pun selamat beristerirehat buat semua ya.. jaga diri dan kesihatan, musim orang sakit ni.. 

16 September 2023 : Selamat Hari Malaysia

Apakah Sambutan Hari Malaysia pada 16hb September setiap tahun?

Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ialah sambutan yang berbeza sama sekali. Hari Malaysia tidak boleh disalah anggap sebagai hari yang sama dengan Hari Merdeka. Ia adalah hari penting yang berasingan di Malaysia yang mana, Hari Kemerdekaan ialah sambutan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun.

Jadi mengapa kita mempunyai 2 hari untuk memperingati hari-hari ini? 

Ini adalah kerana Hari Kebangsaan disambut untuk memperingati kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu daripada jajahan British, manakala Hari Malaysia disambut bagi memperingati bergabungnya persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura menjadi sebuah negara baru bernama Malaysia.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting sejarah penubuhan Malaysia yang menjadi sebab utama sambutan Selamat Hari Malaysia:

  • 31 Julai 1957: Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 - Akta Parlimen di United Kingdom - berkuat kuasa.
  • 31 Ogos 1957 : Kemerdekaan rasmi Persekutuan Tanah Melayu telah dicapai.
  • 9 Julai 1963: Perjanjian Malaysia telah ditandatangani oleh kerajaan United Kingdom, Malaya, Singapura, Borneo Utara, dan Sarawak. Perjanjian itu menetapkan terma dan syarat bagi negeri-negeri komponen untuk dipersekutukan di bawah perlembagaan baharu.
  • 16 September 1963: Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Malaysia. Maka lahirlah sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia.

Bagaimanakah rakyat Malaysia boleh menyambut Hari Malaysia?

Hari Malaysia diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia pada tahun 2010. Sambutan Selamat Hari Malaysia merupakan upacara kebangsaan yang megah dan bertuah yang meraikan perpaduan dan kekuatan rakyat Malaysia. 

Doaku buat Malaysia Tanah Air Tercinta..

Ya Allah, kami bersyukur kepadamu di atas kehidupan yang aman, damai dan  sejahtera ini. 
Ya Allah, semaikanlah di jiwa sanubari kami semangat cinta dan sayangkan tanah air. Bebaskan negaraku ini dari segala bentuk musibah, bencana alam, permusuhan dan perselisihan serta segala ancaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara. 
Ya Allah, gerakkanlah dan satukan hati-hati kami berganding bahu bersama-sama memupuk semangat Malaysia Prihatin. Bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan. 

Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi. Negara yang dihormati dan disegani.

Amin Ya Rabbal A’lamin ...


P/S : Yang menyambut hari lahir esok, selamat hari jadi korang ❤

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!