SAMBAL TUMIS UDANG PETAI KURANG PEDAS

Sis Lin
4
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI KURANG PEDAS. Kali ni entah apa rezekinya dapat beli lada kering yang kurang pedas. Sedangkan lada kering tu yang selalu juga Sis beli dan pilih. Yerr kadang naik fed-up juga laaa asyik tertipu dengan lada kering ni. 

Kalau tanya staff kedai mana lada tak pedas, dia tunjuk kita beli, tapi nanti ehhh pedas juga. Ada masa tu kita ikutlah tips memilih lada kering yang orang share, pun sama juga, tetap rasa pedas. Lada kering sekarang memang dah tak boleh nak agak dah kannn.. 

Tapi yang selalu Sis beli, ladanya jenis pendek dan berkilat tu. Bukan lada jenis panjang-panjang, Sis beli biasa yang pendek gemok tu, yang tu memang kurang pedas tapi tetaplah rasa pedas hehehe.. 

Sambal Tumis Udang Petai Kurang Pedas

Sambal Tumis Udang Petai, menu yang Suami asyik sebut aja, time nak masak, petai pulak takde, time petai ada, udang pulak takde, so ada satu hari tu keluar dengan Suami, Sis singgah pasar, beli udang dan juga petai, so dapatlah masakkan Suami Sambal Tumis Udang Petai ni. 

Memang masak lebih sebab Sis bekalkan untuk Yana sekali. Dia dan Suaminya suka makan sambal tumis. Kebetulan Yana pun masa tu balik lambat, so senanglah kerja dia sikit, tinggal masak sayur dan goreng telur jika mahu. Rezeki anak-anak .

Sambal Tumis Udang Petai Kurang Pedas

Sis lawankan dengan menu Sayur Kubis Masak Lemak Putih, Telur Dadar dan Ikan Gelama Asin Goreng. Memang ngamlah lauk pauk tu kan. Makan boleh bertambah nasi. Dan syukurlah sambal tumis tu tidak pedas sangat dan pedas-pedas manjah aja, alhamdulilah. 

Sejak-sejak ni memang Sis agak suka masak sayur kubis lemak putih, masak tu kadang separuh kubis, nanti Sis meratah, sedap betul tekak meratah. Harini pun nak masak syur kubis hahahaha.. tapi tengoklah dulu, ada kacang panjang juga tu, goreng belacan sedap juga, sebab nak goreng ayam dan sambal tumis sotong kembang.. aduii sedapnyaa.. 

Masa menaip ni belum masak lagi, inshallah puasa harini jika sampai, so masak lewat sikit.. tapi harini perut lapar betul, pagi tadi sahur makan biskut cecah air kopiO jer.. 


P/S : Sedapnya dapat makan Cendol ekkk hahahahaha.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. lama tak makan sambal tumis udang petai .. kena buat juga menu ni esok , nak cari petai

    ردحذف
    الردود
    1. Kena beli petai tu dulu hahahaha.. takut lupa pulak kannn

      حذف
  2. semua lauk yang saya dan suami suka. Ye lah.. perut kami sekarang ni pun dah tak boleh pedas pedas sangat.. nanti asyik ke bilik termenung aje walaupun bukan untuk bermenung

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha sama laa Suami, tak boleh yang pedas sangat.. memang termenung laa nampak gayanya hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!