BELI KUIH DAN KEREPEK RAYA DI SALLEH FOOD, SENGGARANG Kampung Parit Kemang. Tiba-tiba Geng Nenek ajak join pergi membeli kuih raya dan kerepek di sini. Ikutkan Sis malas juga nak join sebab semua persiapan tu Sis dah siap.
Tapi kebetulan time tu Sis pun free so Sis join aja lah mereka pergi menyoping kuih dan kerepek rayanya. Naik satu kereta, Kak Mas driver, Ina dan juga Kak Zizi. Kak Mas kata nak singgah kampungnya sekali, sebab dah dekat, kita follow aja laa..
Nak ke sini, waze aja |
Sorang lagi takde, Nas .. miss you sahabat.. |
Dengan cuaca panasnya, memasing dalam kereta mula menguap yaa, nasib juga jalan tak jem, so perjalanan tu lancar, kalau jem pun di Bandar Dato Onn tu je menuju ke tol Skudai, memamg pelik hari-hari jem di situ.
Sis pertama kali ke Salleh Food ni, Kak Mas kata ini perniagaan IKS penduduk situ. Harga pun okkay sangat, banyak pilihan dan tidaklah terlalu ramai orang macam di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman tu .
Suasana di Salleh Food |
Sis hanya tukang tolak troli Kak Zizi aja hahahaha.. belek-belek juga kuih-kuih di situ tapi memikirkan semua dah ada. So malas nak menambah lerr, hanya beli kerepek kentang aja sebungkus untuk Suami makan kudap-kudap..
Settle semua memborong, terus gerak ke Kampung Kak Mas untuk berehat dan solat jamak sekali. Sebab lepas tu mereka nak juga singgah kilang kerepek Parit Lapis Laman tu. Sis follow aja laa, lagipun dah dekat sejalan.
Cantik betul kampung Kak Mas |
Ramai betul orang memborong |
Ramai betul orang di kilang kerepek tu, terkejut kami. Beza betul masa Sis pergi sebelum puasa dengan Geng Sekolah Sis. Kali ni sesak, nak jalan pun kena selit-selit..
Tapi sini tempatnya luas dan besar, dan lebih banyakkk pilihan berbanding Salleh Food tadi. Cuma kena tahan laaa berpanas dalam tu dan beratur membayarnya. Apa-apa pun, rezeki dan pilihan memasing la kannn .. alhamdulilah ..
P/S : Korang dah settle ke membeli kuih raya? Atau buat sendiri?
Meriah tu orang memborong kuih raya. Senang je tunjuk2 kan.
ردحذفIyaaa senang semua tunjuk-tunjuk aja hahahaa
حذفSesak jugak dengan orang ramai yang memborong tue . Laku keras yerr kerepek² kat situ
ردحذفKann, last minit singgah haritu memang ramai.. nasib dah beli awal sebelum ramadan...
حذف