DAH TAK TAU NAK MAKAN APA BUKA PUASA

Sis Lin
6
DAH TAK TAU NAK MAKAN APA BUKA PUASA entah! Ayat tu tak boleh nak amik serius, just soalan pada diri sendiri aja sebab jika kita terlalu amii serius dah macam kita mengeluh dan tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kan?.

So soalan begitu biasanya bermain di kepala time nak fikir nak makan apa time berbuka. Tu satu hal, lepas tu dah tak tau nak makan apa buka puasa, begitulah setiap hari walaupun memang hari-hari pun masak dan makan juga. 

Dah Tak Tau Nak Makan Apa Buka Puasa
Antara Mee Rebus Dan Lontong Basah, korang pilih mana? 

Mood puasa ni tak sama dengan hari biasa kita lalui, salah saty sebab adalah kita tengah lapar. Tekak nak makan itu laa ini laa, pantang nampak, semua nak, tu laa nafsu kan. 

So far sampai puasa harini, Sis belum jejak lagi bazar ramadan, tapi makan luar tu banyak kali dan ada juga Sis order dari kejiranan Sis aja. Paling tak pun anak bujang belanja ayam golek. Namun ke bazar belum lagi. 

Dah Tak Tau Nak Makan Apa Buka Puasa
Rezeki semalam Tea Garden hantar makanan, alhamdulilah

Dan tahun ni juga, banyak kali juga Sis berbuka seorang. Tahun ni Suami paling sibuk sejak dah ada syarikat sendiri, so asyiklah malan buka puasa dengan staff dan clientnya aja. 

Anak bujang pulak sejak berkerja so memang kerjanya tak tentu masa, kadang di rumah pun, lepas berbuka terus keluar settlekan server. Begitulah .. 

Sis orangnya simple aja, bila berbuka seorang, apa yang rasa nak makan, Sis beli dan makan. Lagi mudah, beli bungkus, habis buang, lepas makan dah boleh rehat beribadah .. 

Alhamdulilah .. 


P/S : Harini pun sama seorang tapi nak keluar berbuka dengan kawan

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita pun byk kali berbuka seorang thn ni Lin. Mmg makan apa yg ada jer, sebab kita orangnya jenis tak cerewet.

    ردحذف
    الردود
    1. Sama laa kita, makan aja laa apa depan mata kan Kak..

      حذف
  2. Kita pun byk kali berbuka seorang thn ni Lin. Mmg makan apa yg ada jer, sebab kita orangnya jenis tak cerewet.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!