SARAPAN DI TGSK KUALA LUMPUR BERSAMA RETNA DAN CARNEYZ. Kebiasaannya kalau Sis turun ke KL memang selalunya ‘last minit’. Samaada teman Suami hantar barang atau meeting ataupun ada hal emergency. Dan Jumaat baru ni Sis turun KL sebab ada kematian.
Anak saudara rapat dengan Suami, meninggal Jumaat pagi dan di semuanya di uruskan di Mesjid AU2 Keramat (Sis lupa pula nama Mesjid sebenarnya). Alhamdulilah sempat kami sampai di sana sebelum jenazah di kebumikan.
Dalam perjalanan ke kubur, Suami bagitau nak makan malam jumpa Retna. Sis mesej group then hanya Retna, Carneyz & Jun aja yang free. Tapi selepas urusan perkebumian selesai, keluarga bagitau nak buat tahlil di rumahnya malam lepas Isyak, so plan bertukar ke sarapan pagi di TGSK Kuala Lumpur.
Dekatlah dengan tempat Sis stay. Anak bookingkan De Palma Ampang, memang tak jauh pun ke TGSK tu. Lepas settle check-out, terus ke sana. Sekejap tu Retna sampai dengan Uyum. Masuk aja bagitau 6orang terus dapat meja. Bak kata Retna laa, kenapa macam tak ramai, selalu beratur katanya. Rezeki kami laa kan .
Sis pestime ke sini, tengok menu wowww banyak pilihan. Paling mesti kita cuba sudah tentulah Tempe Goreng Sambal Kicapnya kan!. Nampak menarik 12 keping RM5. Garing dan sedap!. Nampak ada cekodok tapi Sis tak amik. Goreng panas-panas di situ.
Mulanya Sis amik Nasi Dagang, kemudian ternampak periuk hujung sana, tanya apa tu, staff dia kata ‘Laksa Johor’, haaa apalagi, terus Sis minta juga Laksa Johor 1!! Hahahaa dasar orang Johor ekkk ko!. Dan Nasi Dagang tu, Sis bungkus aja.
Suami pun makan Nasi Dagang, Retna pun sama, Uyum makan Nasi Lemak Ayam. Suami ada amik Daging Bakar, sedap weyyy! Sepinggan rm11.90. Then kami ada amik Lempeng Kosong 2 set, Pulut Serunding dan Keropok Lekor.
Tengah makan, Carneyz dan Jun (Suaminya) sampai. Katanya sesat sana sini di bawa waze hahahaha .. Carneyz makan Laksa Johor juga macam Sis, dan Jun makan Nasi Dagang juga. Makanan dia memang sedap semuanya laa kot, sebab rata-rata pelanggan amik menu berat (nasi).
Alhamdulilah berpeluang jumpa mereka. Walau sekejap tapi banyak ceritanya kan. Next trip plan sama-sama nak bercuti, tapi belum pasti kemana, jomm!!. Apa-apa plan raya reunion MsjBox tahun depan di Johor kita kasi jadi!.
Moga semuanya sihat-sihat dan sampai jumpa lagi ❤️
Salam takziah buat As sekeluarga. Arwah baik orangnya. Semoga As kuat dan tabah menghadapi ujian dariNya.
P/S : Mood menulis dah ada ni lalalalalala …








Salam takziah buat keluarga arwah.
ردحذفSemoga rohnya dicucuri rahmat.
Takziah buat keluarga arwah.
ردحذفErat sungguh persahabatan Sis Lin dengan kawan kawan...terbaiklah
Minta maaf tak dapat turut serta sebab giliran bekerja hari sabtu sampai 1pm. Salam takziah (Al-Fatihah)
ردحذفTerima kasih Abg Sabar belanja breakfast 😄. Masa korang update dah smp Johor, Jun cakap laju giler Abg Sabar bawak keta 🤣. Pastu kelakar tau, saya bawak balik tempeh goreng lebih, igt nak buat kudap dlm kereta masa drive ke Gambang. Sekali lupa daaa 🤦🏻♀️
ردحذف