MAKAN NASI MINYAK RUMAH ORANG KAHWIN DI BULAN SYAWAL

Sis Lin
6
MAKAN NASI MINYAK RUMAH ORANG KAHWIN DI BULAN SYAWAL | BULAN Syawal tahun ni, paling banyak pulak Sis dapat jemputan kahwin berbanding jemputan rumah terbuka hari raya. Musim orang kahwin agaknya kan, lagipun cuti panjang berlarutan minggu ke minggu, anak-anak sekolah pun cuti kemain lama, so inilah masanya orang amik peluang buat kerja kahwin sebab ramai sanak saudara keluarga pulang ke kampung.

Minggu lepas aja Sis ada 4 jemputan kahwin, tapi yang sempat nak curi-curi amik gambar masa kenduri kahwin sahabat baik Sis, Kak Abby dan juga majlis persandingan anak Mak Saudara Sis. Tu pun masa kenduri Kak Abby tu, nasib baiklah Suami cakap, 'Nak amik gambar ke?', apalagi terus Sis hulur kamera hahahaha.. sebab Suami Sis pun kenal kawan Sis tu. 

Tapi masa majlis Mak Saudara Sis tu, jangan cakaplah, memang kemain meriah happening kami bergambar sana sini, mana taknya bertemu sepupu sepapat saudara mara jauh dan dekat semua dalam satu majlis, mau tak kecoh.. Yang lama tak jumpa pun semua berjumpa, kena pulak bulan raya, so bersalam-salaman bermaaf-maafan laa kami semua. 

Makan Nasi Minyak Rumah Orang Kahwin Di Bulan Syawal
Cantik dari luar hingga ke dalam. Luas dan tidak terlalu panas

Makan Nasi Minyak Rumah Orang Kahwin Di Bulan Syawal
Tahniah Kak Abby terima menantu, inshaallah nanti aku jemput jemputan anak aku pulak yaa. 

Yang bestnya, majlis di adakan di event hall yang bernamakan nama sesaorang. Sahabat Sis adakan majlis di Rumah Abang Kassim Nor di area Kampung Danga sana, manakala Mak Saudara Sis adakan majlisnya di Rumah Abang Jamil di Stulang Laut sana, kedua-duanya event hall yang memang tempat untuk buat segala majlis. 

Kalau Rumah Abang Jamil tu memang tau laaa Sis, tapi yang event hall Kassim Noor tu pestime Sis pergi, rupanya bertempat sebelah betul dengan Restoran Damai Seafood Kampung Danga tu, tempat Suami Sis memancing kolan dulu-dulu ketika kami duduk di Bukit Indah. Memang dah lain tempatnya. Suami pun kata dah cantikk.. 

Makan Nasi Minyak Rumah Orang Kahwin Di Bulan Syawal
Bersama adik, sepupu sepapat yang memang biol semuanya hahahaha

Makan Nasi Minyak Rumah Orang Kahwin Di Bulan Syawal
Tahniah Kak Ucu terima menantu lelaki. Moga bahagia till Jannah. 

Orang kata meriah laa kan buat majlis kahwin time raya gini, semua orang memang bercuti dan balik kampung, so dah macam ala-ala openhouse juga sekali jalan. Makanan pun boleh hidang sekali makanan raya dan kuih-muih biskut raya, memang ramai menyukainya. 

Dua-dua event hall tu cantik, cuma kalau di Rumah Abang Jamil tu masaalah susah nak parking aja, kena park tepi-tepi jalan, nasib baik juga ada crew mereka menjaganya, so takde la apa-apa masaalah yang berlaku. Makanan pun sedap kedua majlis. 

Memang majlis Mak Saudara Sis, kami lepak lama sikit, sebab nak jumpa semua keluarga. Tapi Sis balik juga awal pada haritu, sebab balik nak masak, malamnya Besan nak datang rumah. Tapi sempat gak teman Suami merayap ke AEON Permas mencari barang. Lagipun nak masak simple aja. 

Esok dan Ahad pun ada juga jemputan kahwin dari sahabat Sis dan juga Suami. Inshaallah jika tiada aral, sampailah kami Suami Isteri. Korang tu masih mood beraya lagi ke? Tengok tak update-update blog memasing hahahahaha.. 


P/S : Tahun ni badan rasa 'letih' betul nak ajak orang datang beraya, agaknya sebab menjaga cucu di siang hari huhuhu ... maafkan saya yaa .. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita, esok baru ada jemputan kahwin yg pertama bulan Syawal tahun ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Meriah pi jemputan time raya ni kan Kak, ramai betul..

      حذف
  2. Betul bagus juga buat majlis masa Syawal ni, sekali jalan berkumpul ramai-ramai, alhamdulillah mengerat silaturrahim. Tahun ni serba meriah, outfit you cantik sis. I sukaa.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Cha, meriah penuh dewan/hall .. bimbang juga bila dah ramai-ramai..
      Baju dua tahun lepas tu Cha uii hahahaha

      حذف
  3. Mesjid Deket rumah saya, selalu penuh tiap weekend kak, di booking orang utk nikah. Di sini, kebanyakan pernikahan di adakan di mesjid, di bagian aulanya yang besar. Jarang di rumah, adaa tapi tak banyak. Rata2 kalau tak mesjid, ya gedung.

    Bagus juga wedding di bulan Syawal yaaa. Jadi bisa sekalian silaturrahmi

    ردحذف
    الردود
    1. Mesti meriah kann dapat lihat dari jauh.. now dah musim juga orang kawin ni Fanny ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!