SARAPAN LONTONG DULU SEBELUM MAKAN KENDURI. Syawal dah habis tapi masih lagi dapat jemputan rumah terbuka, ko ngase? Yaa, Johor kalau raya memang sambung ke raya haji!.
Berlawan-lawan openhouse dengan jemputan kawinnya. Cuma maaf, tahun ni memang tak berapa nak ada ‘rasa’ pergi openhouse raya, banyak yang Sis tolak, tapi jemputan majlis kawin, inshaallah Sis penuhi.
Hujung minggu lepas ada jemputan kawin, pagi-pagi lagi Suami dah ajak keluar sarapan. Katanya sarapan dulu, nanti tengahari baru makan kenduri. Terus simpan balik telur 2 biji dalam esbox ha³ ..
Suami bawa makan di Tea Garden sebab Sis kata nak makan Lontong. So far kalau nak makan Lontong berkuah sedap, Sis suka ke Tea Garden aja. Memang kena dengan selera Sis. Kuah pekat, sayur banyak, telur pun sebiji.
Suami makan Laksa Mee Curry. Pun sedap juga! Kuahnya sangatt rasa nyonya style punya kari!. Kemudian Suami order plak Telur Setengah Masak 4 biji, aduiii, kenyang makan Lontong, makan telur pulak.
Selesai sarapan, ajak Suami singgah kedai bunga, nak beli baja, terangkut plak pokok bunga dua pasu hihihi. Balik rumah kemas-kemas, jam 12pm baru gerak ke Eco Botanic majlis kahwin jiran setaman Bukit Indah dulu.
Datang tak berapa awal, ramai kengkawan semua dah balik, mana yang terjumpa aja laa mereka ajak bergambar sama. Tahniah Kak Mazlina terima menantu. Anak-anak kami dulu sama membesar dari sekolah rendah sampai menengah.
Time balik dalam kereta teguk air masak, sambil kena bebel dengan Suami. Katanya punya banyak tumbler beli, botol KPJ ni juga di bawanya. Habis tumbler kat rumah tu buat apa? Bebel Suami erkkkk..
Betul juga, tumbler Stanley ada, Montigo ada, tapi tak guna pun, entah laaa asal nak keluar, lupa nak keluarkan, capai botol ni juga yang cepat depan mata hahahahaha ..
P/S : Korang masih beraya lagi ke tu? 😜
Tak beraya tapi banyak kenduri kahwin...SA sekarang pun pi mana- mana bawak air sejuk coway tu..ntah kenapa air kat luar tu manis leting la...
ردحذفYaa SA, tahun ni sama naik openhouse dan jemputan kawin..
حذفdah tak beraya, jemputan kawen pun tak ada. busy prepare anak nak periksa.
ردحذفbotol air tu mmg betul, tumbler pelbagai rupa tapi tetap bawa yg paling mudah dicapai juga. keke...
Hahahaha yerr Cha, tu kena bebel sound direct dek laki tuu hehehehe
حذفWhoa..Memang meriah dengan mcm mcm jemputan kan.. Raya Dua bulan!!
ردحذفok, dah leh letak Tumbler Montigo tu depan mata lak! Har har harr! Janji minum air Masak Banyak lepas mencekik Banyak dah... 😁
Engko masih beraya ke haaa hahahaha.
حذفMeh laa hadiahkan SWis satu tumbler baru Nonn hahahahah
Sedapnya lontong, tak pernah jemu.
ردحذفKann Kak, so far Lontong sedap, kita makan sini laaa Tea Garden
حذف