HUJUNG MINGGU LEBIH MERIAH DENGAN SPLASH CARNIVAL DI LEGOLAND® MALAYSIA RESORT!. Haaa siapa tengah plan nak bawa anak-anak bercuti hujung minggu ni? Meh sini Sis nak share satu berita best! Dari 3 Julai hingga 3 Ogos 2025,
LEGOLAND® Malaysia Resort tengah buat
Splash Carnival, festival musim panas yang penuh dengan aktiviti, muzik, dan of course… airrr!.
Selama 5 minggu penuh keseronokan, pengunjung akan dapat rasai pengalaman yang lain dari biasa. Ada persembahan muzik live, permainan air yang seronok giler, dan
suasana carnival yang memang meriah habis!.
 |
Dia tengok aja air tu, tak teruja langsung hahahaha |
 |
Comel sangatttt kannn |
Nak lagi best, setiap Sabtu bermula 5 Julai, akan ada persembahan muzik artis-artis tempatan dekat
pentas Wave Pool dalam
LEGOLAND® Water Park tu. Jadi sambil anak-anak main air, mak ayah pun boleh layan muzik live, win-win gituhh!.
Sis rasa yang paling menarik, LEGOLAND® kali ni bukan setakat buat aktiviti biasa-biasa, tapi dia memang all-out dengan
susun atur dan vibe carnival yang sangat happening! Warna-warni, muzik kuat, gelak tawa budak-budak, dan bunyi percikan air memang buat kita rasa macam tak nak balik!
 |
Gambar kredit to Nonasani (Sis tak terjun masuk air) |
 |
Tu haa Nonasaninya dengan pelampung dia |
Untuk yang tak plan nak masuk theme park penuh, jangan risau. LEGOLAND® ada juga tawarkan
Tiket 1-Hari Water Park, sesuai untuk yang nak datang enjoy carnival ni sehari je. Tiket ni bagi akses penuh ke water park, jadi boleh main puas-puas!.
Sis boleh bagi tips sikit, korang datang awal pagi untuk elak panas sangat dan bawa baju lebih untuk anak-anak (sebab confirm habis basah dan pasti taknak balik awal). Jangan lupa juga pakai
sunblock ya! Panas gilerr cuaca.
 |
Cuaca panas dan lapar yaa Cu hahahaha |
 |
Dia punya panas ekk, sampai air bertogak-togakk |
Untuk maklumat lanjut pasal tiket, waktu persembahan, atau nak tengok sneak peek aktiviti yang ada, korang boleh terus ke laman web rasmi atau follow @legolandmalaysia di Facebook & Instagram.
So Sis nak tanya… korang team splash atau team chill?
Jom ke LEGOLAND® Splash Carnival tahun ni, confirm penuh memori dan senyuman. Cuma tu laa, Cucu Sis tu tak teruja dan tak heran langsung dengan air hahahaha cepur-cepur kaki je laaa dia tu,
P/S : Selamat berpuasa bagi yang berpuasa juga 10 Muharam harini..
ramai org....anak-anak kecil seronok kalau datang sini ❤❤❤
ردحذف