MENU BERBUKA PUASA 10 MUHARAM, SAMBAL UDANG PETAI. Niat nak puasa Jumaat dan Sabtu tak tercapai, Jumaat Sis ke Kelas pengajian Kitab Muafiq dan Masbuk beserta program Bubur Asyura, Sabtu pulak menyantuni jemputan kahwin sahabat, jadinya tak dapat nak berpuasa.
Dan semalam walau terlepas Sahur, tapi sebab dah niat nak puasa, alhamdulilah tercapai juga. Suami pagi dah ke Paka, so Sis dah tak kisahlah nak makan apa untuk berbuka, makan aja apa yang ada.
Mulanya nak beli tapi buka esbox tengok ada sebekas udang dan ada pulak semangkuk petai, terus masuk list menu berbuka 10 Muharam Sambal Udang Petai. Dan baru ni ada beli lobak putih, Sis masak sayur bening lobak putih bersama sayur kailan.
Kailan tu sebab dah hampir nak layu, tak banyak so Sis lebur jer masuk dalam sayur bening tu. Jadilah untuk makan seorang. Tapi petai tu kann, makk aii pior betul rasa petainya, betul-betul petai ni, sekali gigit, pedor betul rasa dia ha³ .
Mau masuk jamban ni kena sental dettol! Harini inshaallah jika dengan IzinNya puasa juga Sis harini. Tapi harini tak masak, ada jemputan makan malam di luar. Pagi ni cancel nak ke kelas, Yana mesej Subuh tadi minta jagakan Khalish sekejap, Cucu demam & batuk, Yana ada meeting.
Sekolah Cucu tu kalau demam batuk selsema tak boleh hantar ke sekolah, tu peraturan sekolahnya, jadi Sis kena jaga Cucu Sis pagi ni. Masuk kelas online aja laa pagi ni.
P/S : Semoga Allah permudahkan segala urusanku harini & esok juga seterusnya ..
Menu yang boleh buat bertambah nasi kak
ردحذف