BLOG HILANG, TUAN RUMAH PUN MENGHILANG!. Posting pertama bulan Ogos untuk blog Aku Sis Lin. Hampir-hampir mood dah ke-laut China Selatan gara-gara tiba blog kena remove locked baru-baru ni. Dah macam 'prank' bulan Ogos ekk. Gilerr tak panikk! Blog yang bertahun-tahun kita menulis, tiba boleh sesenangnya dia nak remove ekk..
Tapi dalam masa yang sama dah pasrah gak, jika memang betul blog Sis kena remove terus, takpelah.. nak buat macam mana kan.. dalam pada relax tu, alhamdulilah dapat juga balik blog ni. Tak buat apa-apa, just klik request review aja pada skrin. Then kita tunggulah kononnya dalam masa 90 hari. TupTup tak sampai 24jam, blog dah kembali.
Masaalah satu dunia katanya.. bukan blogger Malaysia aja, tapi sedunia blogger kena. Harap lepas ni janganlah berlaku lagi, boleh tercopot paru-paru kita okayyy..
![]() |
| Buat kenangan di sini |
Masa blog dapat kembali tu, mula ingat nak buat gak satu posting pada hari kejadian, tapi masa tu laaa blog hilang, tuan rumah pun menghilang hahahaha.. Dalam pada semua kecoh blog hilang, Sis lagi sibuk packing kain baju untuk percutian Family Sis ke Batam. Haaa Batam lagi hahahaha.. haritu pergi berdua dengan Suami, ini kali Suami bawa anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya pula ke Batam.
Tujuan percutian kali ni, memang santai-santai nak jalan-jalan makan-makan aja. So takde laa sangat ke tempat-tempat viral atau tempat best di Batam, just pergi tempat yang ada tujuannya sahaja. Nantilah ada kerajinan, Sis update kemudian, jika tidak.. cukuplah sampai di sini aja hihihihi..
![]() |
| Kotlah nak rujukan ke Batam |
Semalam petang kami sampai Malaysia. Anak-anak pun dah balik ke rumah memasing. Dan harini Isnin, minggu paling sibuk buat Sis (sibuk apa entah). Nak settlekan event Sabtu ni, kemudian settlekan percutian akan datang, banyak nak kena urus, dan kemudian ada trip mengaji pulak, so banyak nak kena buat ni.. moga Allah permudahkan semuanya.. aamiinn..
Now belum ada idea tajuk nak update blog lagi.. nanti tengok petang kang nak blogwalking dan kot rajin nak update blog sekali okayyy.. kain baju banyak nak cuci ni, then nak masak asam pedas ikan tenggiri untuk berbuka puasa harini, inshaallah.. craving gilerrr asam pedas sendiri..
P/S : Terima kasih ALLAH untuk SEGALANYA .. alhamdulilah ❤



Sempat lagi pergi Batam. Alhamdulillah. Biasa lepas balik ke rumah banyak benda kena buat.
ردحذفPlan tak terancang, tiba-tiba aja Suami ajak hehehehe
حذفkecut perut dengar....mujur dapat semula.....alhamdullilah syukur
ردحذفYaaa jem kejap otak mikirkannyaaa
حذفGara² blog kena remove, sampai bawak diri ke Batam ye sis hihi ... Gurau² je ye, jangan marah 😘
ردحذفAduh, sebut asam pedas ikan tenggiri, alahai kita pun ikut craving ni. Acaner?
Hahahaha.. kebetulan pulak kann, so kita tenangkan sekejap otak ke batam
حذفApa khabar asam pedasnya? Selamat berbuka puasa.
ردحذفDah masak dah, nanti kita up laa menu asam pedasnya yaaa
حذفAmboi kecewa blog kena locked sampai ke Batam larinya ye. Hihi. Bestnya family trip.
ردحذفYaa Cie, terkejut otak bila tengok blog kena locked.. so kita tenangkan fikiran ke Batam,
حذفDah berehat dan senang hati, sebab blog dah ada balik kan sis Lin. Lepasni ada la story psl family trip di Batam
ردحذفAlhamdulilah.. nak sambung update, mood pulak tengah takde, sambung pulak demam ni haaa
حذفKita pun ikut panik juga. Syukurlah semua dapat balik blog masing-masing. Kalau tidak, pasni ramai yang malas nak berblog dah sebab sendu. huhu...
ردحذفLahh patutnya senyap je. Bercuti sampai ke Batam nun rupanya. Balik cuti pun ada cuti lagi dan dah padat jadualnya. Satu-satu selesaikan, tenang-tenang je okay. Semoga Allah permudah segala urusan SisLin dan keluarga. Aamiin...
Syukurlah.. kalau tak memang merajuk setahun laaa kalau blognya hilang..
حذفLorrr sampai Batam eh membawa diri.. mujur sekejap hilangnya blog.. kalau lama mau SL bawa diri ke Dolomites 😁
ردحذفHahahaha mentang-mentang Batam sebelah aja kannn hahahaha
حذفAlhamdulillah dapat kembali blog nya. Penuhnya jadual Sis Lin tapi best sebab jadualnya penuh dengan aktiviti Jalan Jalan Cari Makan dan berjimbaan bersama keluarga
ردحذفYaa penuh padat jadual, balik Batam, dengan event back to back, now layan demam pulak huhuhu
حذفFuh, lega banget bila dapat balik! Paling gelabah kan bila blog bertahun-tahun tiba-tiba kena lock. Haha drama blog hilang terus fade away bila nak pergi vacation! Nasib baik cepat settle! Syoknya family trip ramai-ramai ke Batam. Kedai makan mana paling recommended dekat sana, Sis?
ردحذفRamai yang gelabah dah blog hilang kann.. nasiblah masaalah teknikal, kalau tak, entah laaa nak sambung menulis ke tidakkk
حذفAlhamdulillah..blog sudah dapat kembali. Yang tak kena pun risau apatah lagi blog sendiri kena remove.
ردحذفYaaa yang tak kena pun jadi risau, macam menunggu turn
حذفTanjat wooo bila tgk ramai yg kena. Blog pulak dah bertahun. Rupanya sedunia. Nasib baik dapat semula kan. Syioknya pi batam
ردحذفMau tak terkejut, tiba-tiba aja kannn, blog dah bertahun-tahun kita menulis, sangat sayang kalau hilang macamtu ajaa
حذفTakut juga kena block sebab baru aktif balik. Setakat ni ok. Wah bestnya batam, nak masuk wishlist jugalah.
ردحذفAda juga blog yang baru pun kena juga.. now masaalah dah settle, lega
حذفSelamat kembali dengan ucapan terus semangat dan jangan lupa update story di BATAM. Ada orang tanya, open house raya tahun depan boleh sekalikan trip ke BATAM ke?
ردحذفKalau rajin nanti ku update Shai.. hahahahaha
حذفTahun depan datang raya aja, Batam kena lain hari...
Tuan blog hilang bersama keluarga pulak ye. Uishhh banyak betul aktiviti akak
ردحذفBegitulah.. ada juga laa hati ni nak di bawa merajuk kejap hahahaha
حذفmenghilang ke BATAM rupanya ye...tula kita baca kwn2 update blog kena removed..time tu kita tgh bercuti...blogwalking tu br tau rmi blog kena removed ..alhamdulillah dpt blk
ردحذفYaaa tibalah pulak Suami ajak ke Batam, dapatlah bawa diri tenangkan hati kejap...
حذفAlhamdulillah bisa balik ya kak... Ntah kenapalah google nih 🤭.
ردحذفEh tulis lah cerita Batam. Saya lihat kuliner2 yg kakak coba, memang drooling sangat 😍😍😍. Ntah kapan lah nih bisa ke sana 😄. Jauh sangat pun dari JKT
Iyaa Fanny, hampir mau merajuk dari menulis blog..
حذفNanti Kak Lin update jika berkesempatan rajinnya hahahaha
Sis Lin pun kena juga? Boleh faham perasaan sedih tu kalau blog tak dapat balik. Macam putus cinta tau. Alhamdulillah dah dapat balik.
ردحذفYaa sempat kena dalam 2 hari macamtu.. jem kejap otak Ai...
حذفAlhamdulillah semua dah dapat blog semula. Best nya ke Batam, moga kami sampai nanti
ردحذفYaaa semuanya dah okayy, harap janganlah terjadi lagi.. risau di buatnya
حذفsaya tak pernah lagi jejak kaki kat batam tu
ردحذفOne day MZ, now memang dah ramai ke sana sebab tukaran duit kita mahal
حذف