BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN VISA FURADA

BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN VISA FURADA | HARI INI satu Malaysia di kejutkan dengan berita sedih, di mana Sis terbaca hampir seramai 380 orang jemaah Haji terkandas di KLIA di sebabkan di tipu oleh agensi yang menguruskan visa haji furada mereka ke Tanah Suci, Mekah. Allahuakbar, runtun hati melihat wajah-wajah mereka. 

Tak dapat bayangkan jika ada antara mereka itu adalah ibu bapa atau keluarga kita. Sumber yang melaporkan mengatakan, mereka berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA sejak pagi semalam dan dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH. Menurut salah seorang mangsa jemaah  itu, katanya, mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya ke Jeddah pada Selasa lalu, namun ditangguhkan atas alasan ada dokumen yang masih tidak lengkap. Dan katanya juga, pihak agensi juga tidak pernah menunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.

Sehingga malam tadi juga, semua dokumen termasuk pasport mereka juga belum di serahkan kembali kepada semua jemaah. Mangsa juga telah membuat laporan polis. Moga semuanya dipermudahkan untuk semua mangsa jemaah.. Turut simpati atas kejadian yang berlaku kepada semua jemaah, ada yang duit EPF digunakan utk menunaikan rukun Islam kelima itu, dan ada juga jemaah dari Pahang, Johor, Kelantan yang tiba di Kuala Lumpur sejak 28 Jun lalu.

[Baca Juga] : 
Berhati-hati Dengan Penipuan Visa Furada

Sedikit perkongsian dari Group Umrah. 

Bagi yang tidak faham mengenai VISA HAJI FURADA ATAU MUJAMALAH, pertama-tama sekali, untuk makluman. “Visa Haji (Furada atau Mujamalah) sememangnya wujud, tetapi bersifat akhir (last minit).”

Jemaah seharusnya juga faham dan mengerti akan risiko-risko sebegini. Pihak syarikat juga perlu menerangkan kepada jemaah tentang status visa seperti ini (Supaya tidak berlaku overclaiming).

Antara kelebihan PERGI Haji menggunakan Visa Furada atau Mujamalah ini ialah:
  • Tidak perlu untuk mendaftar Haji dengan Tabung Haji
  • Tidak perlu menunggu giliran, bila tahun untuk mengerjakan haji.
  • Fasiliti dan suasana di khemah-khemah Mashaer Haji juga agak berbeza (selesa).
  • Boleh pilih jumlah hari pakej. 

Ada segelintir syarikat yang tamak dan berani mengambil pendaftaran sehingga mencecah 300 pendaftaran dalam satu-satu masa dan mereka sendiri tahu bahawa Visa Haji (Furada atau Mujamalah) tiada jaminan akan lulus kesemuanya. 

Ada juga syarikat yang sengaja mengambil kesempatan kepada bakal jemaah haji ini dengan mengatakan kononnya boleh buat haji menggunakan Visa Pelancong. 

Arab Saudi dah pesan awal-awal “لا حج بلا تصريح”

Oleh itu, kepada syarikat pengendali yang mempunyai jemaah yg ramai (Yang beratus-ratus bakal jemaah ni). Jika tidak mampu “CONFIRMED” mengenai “KELULUSAN VISA HAJI” dan tidak mampu untuk berdaftar sebagai Syarikat “PJH”, di sarankan agar buat kolaborasi bersama syarikat yang berdaftar sebagai “PJH” yang di kelola oleh TH. 

Sesungguhnya Visa Furada dan Mujamalah Itu adalah BENAR (Wujud). Yang menjadi FITNAH Kepada visa ini adalah segelintir syarikat/individu yang nak kaut keuntungan tanpa memikirkan penat jerih orang lain dan juga kepada yang suka buat palatao. 

Berhati-hati semua.. jadikan iktibar dari apa yang berlaku.. 


P/S: Insyaallah sama-sama kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan semoga tahun depan mereka semua dapat menunaikan ibadah haji..aamiinn

6 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kesian kumpul duit bertahun sekejap je lesap kena scam dengan ejen haji ni. harapnya tahun depan xde kes macam ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Tiara, dapat rasakan perasan kecewa mereka tu kan...

      حذف
  2. Bagi saya, lebih selamat jika melalui saluran Tabung Haji supaya tak berlaku kes-kes macam ni. Bukan setakat rugi duit simpanan, malah rugi masa. Tapi mungkin ada iktibar dan hikmah di sebalik kejadian ni. Semoga dipermudahkan urusan dieorang.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Karni, kadang pelik juga, kenapa nak pergi Haji sampai sanggup ikut saluran tak betul.. macam dah lain niatnya..

      حذف
  3. kesian yg dh kumpul duit byk nk pegi haji alih2 kena scam kan...moga mereka tabah

    ردحذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment