ANWAR IBRAHIM DI LANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI LANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10 | DATUK Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan hari ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan. Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Sumber : Berita Harian dan Sinar Harian 

Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10

Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara. 

Alhamdulilah semuanya dah terjawab. Siapa yang memimpin, kita berserah aja pada Allah. Moga Malaysia aman damai dan kepimpinan Datuk Seri ini ikhlas demi memajukan Malaysia. Maaf jika ada yang Saya tutur dan menulis meyinggung Datuk Seri sebelum ni. Semua orang berhak bersuara, tapi kami tetap akur dengan keputusan muktamad YDPA .. Tahniah Datuk Seri ... 


P/S: Doa yang baik-baik aja buat Malaysia dan semua rakyat Malaysia.. aamiinn

10 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahniah Dato Anwar! Semoga terus maju jaya Malaysiaku saiiyang~
    Bagus sis mintak maaf..hahaha..nanti sy inform Dato baca sini..kihh3

    ردحذف
  2. yes..betul tu.. doa yg baik2 saja utk negara kita .. congrats DSAI!

    ردحذف
  3. Tahniah Sislin dah dapat hadiah selepas lama menunggu hehe.

    ردحذف
  4. Tahniah. Semoga Malaysia tercinta terus maju jaya dan rakyat sentiasa bermuafakat menuju masa depan

    ردحذف
  5. Tahniah DSAI atas pelantikan beliau menjadi PM ke-10

    ردحذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment