Kebetulan dekat sangat dengan rumah, tak sampai 15minit untuk sampai ke sini. Dan agak lama juga tak ke sini. Dari suasana pintu masuk hingga pilihan menu, memang nampak sangat meriah dan sesuai untuk dijadikan lokasi berbuka puasa bersama insan tersayang.
Bufet ini berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, bermula 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari sepanjang Ramadan. Kawasan cafe ni luas, selesa dan suasananya tenang, memang sesuai untuk berbuka puasa tanpa kesesakan ramai orang.
Apa yang buat Sis tertarik adalah pilihan menu yang sangat banyak dan menyelerakan. Dah jauh beza dengan sewaktu mula Sis datang dulu. Now lebih banyak pilihan dan susun atur hidangan sangat menarik.
Antara hidangan utama yang disediakan termasuk:
• Kambing golek yang dimasak sempurna
• Nasi Arab bersama lauk sampingan
• Bubur lambuk tradisional
• Pelbagai jenis sup yang sedap
• Aneka kerabu dan ulam-ulaman segar
• Makanan laut seperti udang, ketam dan kupang
• Nasi putih dengan pelbagai lauk kampung
Bahagian pencuci mulut pula memang syurga bagi penggemar manisan. Terdapat cendol, aneka kuih muih tradisional, juga goreng-gorengan dengan pelbagai dessert, sesuai untuk menutup hidangan berbuka puasa korang.
Bagi Sis, bufet Ramadan yang lengkap memang mesti ada gabungan makanan berat, makanan tradisional dan dessert kan? dan Sentuhan Ramadan kali ini memang memenuhi semua tu.
Harga bufet yang ditawarkan juga sangat berbaloi:
• Dewasa: RM128
• Warga emas: RM88
• Kanak-kanak: RM68
Yang paling menarik, ada promosi early bird (promosi terhad) pada harga RM115 sahaja untuk dewasa, tapi baucar ni adalah terhad. Jadi memang sangat digalakkan untuk buat tempahan awal. Ikut nasib, dapat harga sekian jika masih ada tawaran.
Dengan harga macam ni dan pilihan makanan yang banyak, memang berbaloi terutama kalau datang bersama keluarga atau buat gathering berbuka puasa.
Tapi yang Sis suka tentang tempat ni adalah suasananya yang santai dan selesa. Tidak terlalu sesak. Lokasi dalam kawasan resort golf memberikan vibe yang tenang, jauh dari kesibukan bandar. Memang sesuai untuk berbuka puasa beramai-ramai.
Servis dan susun atur tempat pun nampak teratur, jadi pengalaman berbuka puasa korang pasti lebih selesa.
Maklumat Tempahan dan Lokasi ;
📍 Lokasi: Golfer’s Cafe, Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor
📅 Tarikh: 20 Februari – 18 Mac 2026
⏰ Masa: 6.30 petang – 9.30 malam
Untuk tempahan dan pertanyaan:
Khadijah: 017-753 2711
Hazirah: 018-366 2811
Farhan: 012-784 2711
F&B: 018-239 3511
Tel: 07-271 1888
🌐 Website: www.tpgr.com
Kalau korang sedang mencari lokasi berbuka puasa sekitar Johor, memang boleh masukkan Golfer’s Cafe dalam senarai Ramadan kali ni.
Lebih banyak gambar menu : facebook pages akusislin
IG video REEL : akusislin
TikTok video : @akusislin
P/S : Petang ni sedang fikir nak buka puasa apa nanti ya, hurmmm hujan lebat plak ni …


















Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.