MAJLIS KONVOKESYEN ANAK DI MSU : GRAD MASTER OF SCIENCE IN BIOMEDICINE. Alhamdulilah syukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan padaku dan juga keluargaku. Alhamdulillah bini'matihi tatimmush sholihaat.
Finally grad juga anak sulung Sis ni. Setelah habis belajar setahun yang lepas dan ada sebab-sebab yang tidak dapat nak di elakkan, majlis grad dia yang terdahulu tak dapat dia join, dan akhirnya tahun ini laa baru dia dapat hadir majlis grad master dia di MSU - Management Science University.
Yaa ikutkan anaknya Sis tu, dia dah taknak masuk nama dalam majlis graduate tu, dah takde mood katanya, tapi Sis dan Ayahnya pujuk untuk dia pergi dan abadikan kenangan untuk diri dia sendiri. Akhirnya dia akur dan hadir.
Dalam 3 orang anak Sis, si sulung inilah yang belajarnya hingga ke sijil Master, hajat dia nak sambung PHD tak ke sampaian sebab masa dan tuntutan tanggungjawab sebagai isteri. Gara-gara hold 2 tahun sebab PKP tu dulu yang jadikan masa tu drag ke belakang.
Bila dah berkahwin, semangat dia nak habiskan Master tu masih lagi kuat, Allah permudahkan semuanya hinggalah habis dia buat Master dia. Then dapat tawaran kerja, happy juga dia sebab kerja dia tu sama dengan apa yang dia mahu cuma agak stress katanya sebab ada kejar target.
Setelah 2 tahun bekerja, barulah dia dapat grad Master dia. Untuk sambung PHD tu masih dalam fikir-fikir. Sis dan Suami sentiasa akan menyokong dia jika dia nak lanjutkan pelajaran ke PHD dia. Sis tau dia boleh buat!.
Now dah selesai Master ni, dah bolehlah dia fikir untuk future dia plak. Mana laaa tau kan lepas ni ada rezeki nak ada anak plak kan. Sis sebagai ibu menang tak pernah bertanya mengenai hal (anak) itu, cuma mendoakan semoga ada rezeki untuk anak Sis satu hari nanti, inshaallah..
Tahniah anak Mak! Dari mula diploma, degree and then Master, Mak tau kakak banyak impian dan harapan. Mak doakan semoga segala cita-cita Kakak akan tercapai, aamiinn ..
P/S : Sedih rasa hati bila lihat anak-anak semua dah besar dan punya tanggungjawab memasing 😭 ..





Kita antara yg melihat perjalanan hidup kakak di blog maknya, Tahniah, kakak!!! Semoga kakak dapat jugak buat phd di masa akan datang.
ردحذفTerima kasih Kak..
حذفRasa macam sekejap aja anak-anak membesar kan Kak ..
Tahniah kakak! Semoga ada rezeki dapat sambung ke peringkat PhD pulak 💪🏻
ردحذفThanks Karni .. inshaallah
حذفTahniah kak long
ردحذفTahniah juga emak dan bapanya.
Alhamdulilah, terima kasih Wak..
حذفAlhamdulillah tahniah utk anakanda sis. Semoga sukses selalu hendaknya 🤲🏻
ردحذفTerima kasih PH .. aamiinnn
حذفDah besar dah budak 'kecik' ni.
ردحذفLupa pulak nak wish. Tahniah!!! Master of Nastasea. Betul kan nama dia? ha ha ha. Maklumlah umur dah byk ni.
حذفKann Shai, dulu rasa kecik aja kannn.. now dah jadi bini orang hahahaha
حذفTerima kasih Shai yantg selalu ada bersama kami ..
حذفTahniah buat anak akak.... insyallah kalau ada rezeki boleh sambung lagi tu...
ردحذفAlhamdulilah, thanks Dana ..inshaallah
حذف