MASAK MENU SIMPLE TAPI SANGAT MENYELERAKAN!. Harini Khamis, ikutkan Sis ada kelas ngaji tadabbur tapi harini kena jaga Cucu Sis sebab anak Sis,Yana nak ke KPJ PG untuk follow-up sakitnya selepas seminggu operation.
Alhamdulilah kesihatannya bertambah baik cuma masih dalam pantang dan tidak boleh lasak sangat. Yerr tau jer laa Yana tu, bukan boleh diam, ada jerr kerja/memasak yang dia lakukan, now dah sakit kenalah banyak rehat.
Harini ada mood rajin sikit nak memasak. Sebab dah pesan Yana, lepas balik KPJ singgah rumah makan dulu, itu yang Sis masak lebih harini.
Masak menu simple tapi sangat menyelerakan kan? Tengok aja dah terliur, belum lagi makan hihihi. Masak pun apa yang ada dalam esbox. Pucuk betik tu pun ada ceritanya ha³ malu pulak nak cerita hahahahaha.
Yang sebenornya pucuk betik tu Sis petik di tepi jalan aja sewaktu ziarah kematian Bonda Mat Gebu baru-baru ni. Kereta Sis parking tepi jalan, kemudian tepi jalan tu laa kemain banyak pokok betik tumbuh.
Geram tengok, Sis bagitau Sue kawan Sis. Dia pun kata, rasanya pokok tak bertuan sebab hidup di tepi jalan. Hinggalan buah betui dah masak pun ada jatuh di bawah pokoknya. Nampak sangatlah bukan bertuan pokoknya.
Makanya Sis pun petiklah di 3 pokok betik, dapatlah segenggam pucuk segar!. Terbayang-bayang rebus pucuknya cecah makan dengan sambal belacan, sedapnya!.
Singgang Daging tu baki lauk semalam Sis masak buat ratah. Sejak dah guna kaedqh rebus daging 5-30-7 tu, semakin senang nak makan daging dengan cepat! Masak tak perlu tunggu lama. Empuk terus!.
So menu harini; Singgang Dahing, Ikan Goreng Kembong, Pekasam Telur Sotong, Pucuk Betik dan juga Sambal Belacan kulit limau. Mengences sambil menaip. Tunggu Yana sampai baru nak makan sekejap lagi.
Korang masak apa harini?.
P/S : Teringat Suami yang jauh di perantauan 🥺





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.