Begitulah lumrah sebuah perjalanan. Sebelum bercuti, sibuk membuat persiapan. Ketika bercuti, kita menikmati setiap detik yang ada. Bila pulang ke rumah pula, bermulalah episod mengemas dan menyusun semula kehidupan seperti biasa.
Pagi Isnin hari ini bermula dengan melihat beg yang masih belum dikemas. Baju-baju yang perlu dibasuh, barang-barang yang perlu disusun semula, rumah yang kena sapu dan mop dan dapur yang kembali memanggil untuk memasak.
Kadang-kadang, penat itu masih terasa. Tapi bila tengok rumah kembali kemas sedikit demi sedikit, hati pun turut rasa lega. Sambil mengemas, ikut kelas Tadabbur secara online. Gitulah rutin hari Isnin awal pagi Sis ni. Ni pun sempat menaip sebelum memulakan kerja rumah.

Sambil mengemas, sempat juga berfikir…
“Harini nak masak apa ya?”
Itulah soalan yang hampir setiap hari bermain di fikiran seorang isteri kan?. Kadang-kadang idea datang dengan mudah, kadang-kadang peti ais dibuka berkali-kali pun masih belum tahu nak masak apa. Last-last, masak yang ringkas tetapi mengenyangkan. Yang penting, masak!.
Ingat nak puasa sunat Isnin, tapi tengahari ni Sis ada temujanji review di Hotel, sebab kita dah janji kenalah pergi kan. Lagipun nak jumpa kawan sekali, lama tak sembang dengannya. Dalam masa yang sama, Sis juga mengingatkan diri supaya tidak terlalu memaksa badan bekerja tanpa henti.
Minggu hadapan ada temu janji di KK Taman Cendana untuk amik sampel darah bagi pemeriksaan berkala. Jadi minggu ini Sis kena kontrol sedikit pemakanan dan gerakan. Berehat secukupnya, minum air yang mencukupi, makan dengan lebih teratur dan memberi ruang kepada badan untuk kembali bertenaga.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk menguruskan semua perkara sehingga terlupa bahawa badan juga mempunyai hak untuk berehat. Tak jadi satu kesalahan pun kalau hari ini kita tidak melakukan semuanya sekaligus. Rumah tidak semestinya perlu siap dikemas dalam sehari. Kerja sentiasa ada. Yang penting, lakukan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Kesihatan juga adalah satu amanah yang perlu dijaga.
Percutian memberi kegembiraan, manakala rutin harian mengajar kita untuk terus bersyukur dengan nikmat yang sederhana. Kedua-duanya mempunyai keindahan yang tersendiri. Semoga minggu baru ini dipermudahkan segala urusan.
Terima kasih kerana sudi singgah membaca perkongsian Sis hari ini. Semoga minggu baru ini membawa semangat baru buat kita semua. Walaupun kerja rumah tak pernah habis, dan rutin harian sentiasa menunggu, jangan lupa untuk berehat apabila badan meminta.
Doakan juga semoga urusan pemeriksaan kesihatan Sis minggu hadapan dipermudahkan dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Aamiin. Selamat menjalani hari Isnin. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita, mengurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan hati yang sentiasa tenang.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menjalani minggu baru ni dengan hati yang tenang, langkah yang ringan dan penuh rasa syukur. Jangan lupa berzikir Isnin ya. So, jom kita, bismillah… satu demi satu. Inshaallah semuanya akan selesai juga.
P/S : Terima kasih Suamiku ❤ ..

Selamat berehat Sislin. Jangan lupa sambung entry trip Jakarta-Bandung ni lepas tu hihi 🤭
ردحذفSettle kerjakan kain baju semua.. now nak melipat mengosok.. esoklah baru cari idea nak update blog hahahaha
حذفBack to life, bacak to reality....
ردحذفBegitulah kan Uncle huhuhu
حذفSemoga baguuuus nanti hasil pemeriksaan ya kak 🤗.
ردحذفHidup nih harus balance memang. Saat liburan, kita nikmati betul2. Selesai liburan, balik ke reality, tugas harian 😄😁.
Sayapun selesai liburan langsung balik ke track sebelumnya... Masak sehat lagi, olahraga lagi. Menabung lagi utk next liburan 😄
Terima kasih Fanny...
حذفYaa seharusnya, yang penting itu, sambung menabung hahahahaha
salam hari selasa!! moga yg baik2 ajer utk kita semua..aamiin
ردحذفSalam Selasa MZ.. moga yang baik-baik juga buat MZ ..
حذفPenat nya nak cuti lagi hahhaa #tiber tapi lagi penat kalau tak amek cuti kan 😜🤣
ردحذفHahahaha masih stuck lagi di Jakarta ni weyyyy hahahaha
حذفLiburan back to back tu 😁
ردحذفItu laa, kemas bag, masuk bag, kuar bag, kemas bag hahahaha
حذفsaya tak suka feeling back to reality after habis bercuti. rasa tak boleh move on lagi huhu :')
ردحذفsemoga dipermudahkan urusan medical check up. salam kenal ya!
Kannn.. belum sempat nak move on, ehhhh datang lagi plakkk cuti seterusnya, pastu tiberr nak kena back to reality ekkk huhuhu
حذفkalau ammi memasak cuma di hari Jumaat atau Sabtu je...ammi kena fikir apa nak masak dengan bahan yg limited ni. tak boleh dah nak fikir apa menu nak masak...
ردحذفOo hujung minggu aja ekk, terbalik gan kita.. Lin Sabtu ahad memang tak masak hehehehe
حذف