ST ROSYAM MART RASMI BUKA PASAR RAYA PERTAMA DI JOHOR!. Lebih 10,000 ahli baharu mendaftar sepanjang tempoh pembukaan. Membawakan pengalaman membeli-belah borong dan runcit 24 jam bertaraf 5 bintang ke wilayah Selatan.
ST Rosyam Mart secara rasmi membuka pasar raya pertamanya di Johor dan wilayah Selatan di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026, sekali gus menandakan pengembangan jenama ini ke wilayah Selatan.
Pembukaan ini menerima sambutan yang amat menggalakkan, dengan lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama, manakala lebih 10,000 ahli ST baharu mendaftar sepanjang tempoh pra-pembukaan dan pada hari pembukaan. Pembukaan ini turut disambut meriah oleh warga Johor dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik, termasuk ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen sebagai antara tarikan utama.
Majlis peluncuran ST Rosyam Mart Tampoi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan P. Pannir Selvam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, bersama Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Sri Ternak Group, serta Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd. Majlis tersebut turut dihadiri oleh para jemputan, rakan niaga, wakil media dan orang ramai.
ST Rosyam Mart Tampoi menampilkan reka bentuk moden dan kontemporari dengan laluan yang luas serta susunan seksyen produk yang teratur dengan lebih 40,000 pilihan produk. Cawangan ini turut dilengkapi ruang pembelian borong, kaunter khidmat pelanggan khusus, kaunter pembayaran layan diri (SCO) dan kaunter juruwang yang mencukupi, disamping kafe dan bakeri miliknya sendiri, ST Cafe, dan seroti.
Selain rangkaian produknya yang luas, ST Rosyam Mart Tampoi turut menampilkan Celebrity Corner, yang menghimpunkan produk daripada lebih 30 selebriti tempatan, serta Malaysia Selection, yang menawarkan makanan ringan, minuman, hadiah dan cenderamata buatan tempatan.
Peniaga kecil, pengusaha restoran dan katering juga boleh membuat pembelian secara borong pada harga borong, manakala pelanggan boleh menikmati lebih 20 perkhidmatan percuma, termasuk penggunaan pinjaman power bank, air minuman, perkhidmatan memotong daging, mencuci topi keledar, peti sejuk simpanan, bantuan jump-start bateri kereta, pam tayar dan banyak lagi.
Majlis Pembukaan Rasmi ini turut menandakan kejayaan Misi “Menawan” Tampoi, sebuah inisiatif berfokuskan komuniti yang diperkenalkan pada Julai lalu untuk menawan hati masyarakat Tampoi dan membina keterujaan menjelang kehadiran ST Rosyam Mart di Johor.
Bersempena dengan Pembukaan pada 12 September, ST Rosyam Mart telah menawarkan ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan terawal. Sambutan hari pembukaan turut dimeriahkan dengan acara Balloon Drop yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000, pertunjukan bunga api, sesi merasa makanan, hiburan secara langsung, pemberian hadiah serta pelbagai aktiviti keluarga.
Turut memeriahkan sambutan, ST Rosyam Mart memperkenalkan maskot baharunya, Jalak dan Lenteng, yang membuat penampilan sulung sempena pembukaan tersebut.
Sambutan Pembukaan diteruskan dengan lebih 200 barangan promosi pada harga serendah 8 sen, 48 sen dan 88 sen sehingga 27 September. Pelanggan juga berpeluang menyertai Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan lebih 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk sebuah kondominium, kereta dan motosikal, serta Misi Mencari Raja Konten Selatan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.
Pembukaan ini turut menyaksikan tayangan perdana episod akhir “Misi Untuk Rakyat”, drama web AI 10 episod terbitan ST Rosyam Mart yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada Misi “Menawan” Tampoi.
ST Rosyam Mart Tampoi terletak di Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor, dan beroperasi 24 jam setiap hari. Untuk maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart, layari www.sriternak.com atau ikuti Facebook, Instagram, dan TikTok.
P/S : Dekat dengan rumah arwah Mak, tapi belum ada rasa nak pergi lagi...








Yang kat KL ni pun ako rasa ada la 2x je ako jejak hahaha x sanggup nak bersesak 😅😅
ردحذف