BERKELAH MANDI SUNGAI DI TAMAN REKREASI WARISAN GUNUNG PULAI 1. Sis ni memang banyak 'Geng', sana sini sini geng, semua kita geng. So far hubungan dengan geng geng ni semua tiada masaalah. Cuma ada satu geng tu dah lama Sis tinggalkan atas sebab untuk menjaga hati sendiri. Dari kita di pinggirkan, lebih baik kita undur diri, walau sebenarnya sampai sekarang tak tau punca dan sebabnya jadi begitu. Hurmm malas nak cerita, nanti jadi sedih.
Jadi mana yang masih jadi geng ni, kita jaga bebaik. Dah cakap awal, tak suka cakap depan depan, jangan tiba tiba hilang dan 'block'. Tapi dalam banyak geng, 'Geng Overdose' ni laa yang paling sporting dan tak banyak cekadak hahahaha.. Umur pun memasing semua dah berusia, paling tua Mak Leha 64tahun. Paling muda 47tahun.Tapi kepala semua masuk air hahahaha..
Trip nak berkelah ni pun dah lama rancang, cuma plan asal nak ke gunung lain, tapi tutup pulak hari yang kami nak pergi, so kami terus ke Rekreasi Warisan Gunung Pulai 1 ni. Ada satu lagi Gunung Pulai 2, tapi situ tempat orang hiking dan tempatnya kena mendaki sikit. Beza di Gunung Pulai 1 ni, korang just parking kereta di depan, then masuk pintu gerbang, terus ke pondok berkelah. Tak perlu daki daki.
Maklumlah memasing lutut tak berapa ketat, kang bila hiking, ada pulakk merangkak keluar kann hahahaha.. Parking kereta bayar RM5 dari jam 8am - 5pm. Dan sewa pondok tu bayar RM15. Tak boleh BBQ tapi untuk masak masak yang ringan, boleh. Jangan pulak ko bawa tong gas besar tu, nayaa pulak kang kena halau hahaha..
Sebab kitaorang datang pun hari weekdays, so memang kosonglah tempatnya. Banyak pondok kosong dan sangat sepi. Ada pun cuma 4/4 orang jerr yang ada datang sebelum kami. Seronok, macam balik kampung sebab banyak ayam dan kucing di situ. Monyet pun ada, hati hati yaa. Kalau malas nak bawa makanan, depan tu ada kedai jual makan, boleh beli jer.
Untuk kali ni, kitaorang dah plan hanya buat steamboat aja. Zana bawa dapur, Kak Ana bawa periuk, dan semua makanan Zana dan Kak Ana dah sesiap pi belanja. Kitaorang yang lain cuma bantu sediakan mana yang patut dan segala kos semua kami kongsi bagi 6 orang. Mudahkan begitu, jangan ingat datang nak tadah mangkuk makan aja yerr hehehehe..
Yang bestnya kat sini, depan pondok pondok tu semua ada sungai. Tapi staff situ bagitau, now tengah kemarau, so air sungai tak berapa nak ada, tapi bolehlah kan buat raso raso. Kang kalau musim tengkujuh, takut plak datang 'kepala air', jadi risau pulak kann. Takat cepur cepur kaki dan main air tuh, sedang elok selamat laa tuh..
Sambil siapkan makanan, sambil sembang. Banyak agenda nak susun untuk plan trip akan datang. Termasuklah churhat dari hati ke hati memasing, begitulah kan Mak Mak kalau dah jumpa. Ada sorang tu bakal sibuk urus majlis perkahwinan anaknya bulan depan, so ini kalilah masa untuk healing dulu sebelum bizi urus majlis.
Habis makan, Johara, Mak Leha, Azie dan Kak Ana turun ke sungai main air. Tak sangka dalam sungai tu ada anak ikan kecik, then bila duduk dalam air, ikan ikan tu gigit kaki memasing hahahaha.. kelako pulakkk.. takut pun yaa, kang sebar penyakit pulakk.. Sis idoklah nak turun sungai, malas nak salin baju laa..
Sis dan Zana duduk kat pondok sambil makan jajan. Ayam dan kucing kemain lagi lepak kat pondok kitaorang, dah macam kat kampung, bunyi ayam berkokok dan meow kucing. Sekejap tu nampak monyet lalu, tapi dia tak datang ke pondok kami. Kalau datang, ku tangkap bikin sate hahahahaha..
Macam biasalah kann, tempat dah lawa, view pun cantik, ootd jadi kemestian. Sana sini tempat semua kami bergambar. Buat kenangan kami juga. Next time kalau rindu, belek blog aja laa di sini. Sebelum Zuhur kami berkemas dan pulang balik. Singgah Mixue sekejap beli air then memasing balik.
Untuk korang yang nak ke sini, di bawah ni detailsnya okayy.. enjoyyyy
Rekreasi Warisan Gunung Pulai 1
Jalan Air terjun, kg Sri gunung pulai, 81000 Kulai, Johor Darul Ta'zim
Di buka dari Jam 8am - 5pm
Rabu hingga Selasa
ISNIN TUTUP
Tiket masuk : RM3 Dewasa / RM2 Kanak Kanak
P/S : Menghitung hari untuk trip 'ternak lemak' seterusnya.. tik tok tik tok 🚆









Hahahahah nak ternak lemak kemana niiiih 🤣😄.
ردحذفBetuuuuul kak, kalau dah tak cocok , bagus kita undur diri sajalah. Tapi sayapun tak suka yg tipe diam saja kalau ada masalah, tak nak kasih tahu salah, trus tiba2 block kita.
Cari yang sesuai dengan hobi kita sajalah. Seruuuu lah bisa makan2 dekat sungai. Tak perlu jauh pula nak mencapai pondok yaa.
Makanan sedap tuh, walau simple, tp makan dengan teman2, pasti berasa sedaap. ❤️❤️
Saya suka juga liat sungai begini, tapi sama kita, malas main air. Krn tak nak baju basah, repot harus ganti segala macam 😄. Apalagi kalau toilet tak bersih. Makin malas 😅😅
Geng yang mana bermasalah tue??? Amboi!! geng tu tak baik tau mcm tu. Kita makin hari bukan makin muda. Dah lama tak berendam dalam sungai kalau terakhir hujung bulan 1 hari tu dengan Najla
ردحذفBest berendam dalam air cuma takut kepala air jela kan.
ردحذفbestnya mandi air terjun...SA pun macam sis lin...undur diri bila kita x dipedulikan...xde dah geng2 ni..meh ler amik SA masuk geng sis lin ha...
ردحذفbestnya berkelah tepi sungai.Anak2 sy mcm kureng gi sungai.Sbb tu dh lama x pegi. Pdhal sungai dkt je dgn rumah.Blkg zoo negara tu je =D
ردحذفBetullah tindakan tu. Mana yang tak perlukan kita, baiklah kita menjauh je. syok ada geng yang sekepala ni.
ردحذفNikmat betul kalau pergi hari biasa. Tak sesak ramai orang. Dapat bertenang-tenang je.
Tak dapat berendam, dapat celup-celup kaki dalam air pun jadilah kan.