Inshaallah, hari ini 16-28 November, Sis dan suami akan berangkat menunaikan ibadah umrah. Satu perjalanan yang sudah tentu sangat bermakna dalam kehidupan kami berdua.
Jika sebelum ini Sis pernah merasai pengalaman menjadi tetamu Allah dalam keadaan negara di landa Covid-19 dan kali ini perasaannya sedikit berbeza. Ini merupakan umrah kali kedua buat Sis, tetapi menjadi pengalaman pertama buat suami.
Kadangkala kita merancang macam-macam perkara dalam kehidupan. Asalnya nak pergi satu keluarga, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu semua, tapi masing-masing ada urusan yang tidak dapat nak di elakkan, maka kami pergi berdua. Apabila Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku, semuanya terasa begitu indah dan tepat pada waktunya.
Peluang untuk kembali ke Tanah Suci bukanlah sesuatu yang boleh dianggap biasa. Ia adalah satu nikmat yang sangat besar. Sis bersyukur kerana masih diberi kesihatan, kemampuan dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah sekali lagi.
Lebih istimewa, kali ini Allah izinkan Sis berkongsi perjalanan ibadah ini bersama suami tercinta. Sebagai seorang isteri, pastinya ada kegembiraan yang tersendiri apabila dapat menemani suami melalui pengalaman yang begitu berharga. Dapat sama-sama melihat Kaabah, beribadah, berdoa dan menghayati keindahan berada di Tanah Suci.
Sis hanya mampu berdoa semoga perjalanan ini dipermudahkan dari awal hingga akhir. Semakin hampir hari nak berangkat, semakin terasa debarannya. Persiapan sudah 90% siap. Pakaian, kelengkapan umrah dan barang-barang keperluan semua dah disusun dalam bag.

Tetapi dalam kesibukan membuat persiapan, hati sebenarnya lebih banyak memikirkan tentang perjalanan rohani yang bakal dilalui. Ada rasa teruja, ada rasa sebak dan ada juga rasa berdebar.
Terbayang saat pertama kali melihat Kaabah nanti. Terbayang suasana Masjidil Haram, laungan talbiah, tawaf mengelilingi Baitullah dan saat berdiri berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.
Walaupun pernah melalui pengalaman ini, perasaan untuk kembali ke sana tetap berbeza. Malah, ada rasa rindu yang sukar diterangkan.
Kali ini, Sis juga teruja untuk melihat sendiri pengalaman pertama suami berada di Tanah Suci. Semoga segala yang dilihat, dirasai dan dilalui menjadi kenangan yang terpahat indah dalam hati kami berdua.
Bagi Sis, umrah bukan sekadar perjalanan ke luar negara atau peluang untuk melihat tempat-tempat yang selama ini hanya kita saksikan melalui gambar dan video. Ia adalah perjalanan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Perjalanan untuk bermuhasabah, memperbaiki kekurangan diri, memohon keampunan atas segala dosa dan memperbaharui niat untuk menjadi hamba yang lebih baik.
Terlalu banyak perkara yang ingin dipohon. Terlalu banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Dan terlalu banyak nikmat Allah yang kadangkala kita terlupa untuk syukuri.
Semoga peluang ini menjadi ruang untuk kami memperbanyakkan ibadah, berzikir, berdoa dan menghayati setiap detik ketika berada di sana.
Sis juga berharap agar kepulangan nanti bukan sekadar membawa buah tangan untuk keluarga, tetapi membawa pulang hati yang lebih tenang, jiwa yang lebih kuat dan keazaman untuk terus memperbaiki diri.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terima kasih kerana sekali lagi memilih dan mengizinkan kami menjadi tetamuMu.
Permudahkanlah perjalanan kami, peliharalah kesihatan kami, jauhkanlah kami daripada segala kesulitan dan kurniakanlah kekuatan untuk melaksanakan setiap ibadah dengan sempurna.
Ya Allah, jemputlah kami ke Tanah Suci dalam keadaan yang baik dan pulangkanlah kami ke tanah air dengan selamat. Kurniakanlah kami umrah yang mabrur, doa-doa yang dimakbulkan, dosa-dosa yang diampunkan dan hati yang sentiasa dekat denganMu.
Semoga perjalanan ini menjadi satu kenangan terindah buat kami sebagai suami isteri, bukan sahaja di dunia tetapi juga menjadi bekalan menuju akhirat.
Buat keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang mengenali kami, mohon doakan agar perjalanan umrah kami dipermudahkan. Andai ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris hati sepanjang penulisan Sis di sini, Sis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.
Akhir kata, semoga Allah turut menjemput sahabat-sahabat semua menjadi tetamuNya. Percayalah, jemputan ke Tanah Suci adalah satu nikmat yang tak ternilai.
Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaika La Syarika Laka Labbaik. Ya Allah, kami datang menyahut seruanMu. ❤️
P/S : Terima kasih Suami 😭

Alhamdulillah, tahniah, Lin.. dijemput sekali lagi. Kali ini lebih bermakna kerana ada En Sabar. Semoga Lin & En Sabar diberi kesihatan yg baik dalam menjalani ibadah dan dipermudahkan segala urusannya, pulang dengan selamat dan Umrah yg mabrur. Amiiinnn YRA.
ردحذفSeronoknya Sislin....moga dipermudah sepanjang beribadat kat tanah suci.
ردحذفselamat mengerjakan ibadah umrah bersama suami..smoga dipermudahkan segala urusan di Tanah suci..selamat pergi & pulang dan mendapat umrah yg mabrur
ردحذفAlhamdulilah.. tahniah lin n abg sabar.. semoga perjalanan dan ibadah kali ni yang istimewa. . Semoga selamat pergi dan balik, dimudahkan ibadah umrah korang dab doakan giliran ako akan tiba lagi ye.. tunggu kami kat epot malam nanti🥰
ردحذفSyukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Di berikan kesihataan yang baik dapat menjalankan ibadah dan selamat pergi dan kembali. A-Min.
ردحذفAlhamdulillah
ردحذفDijemput lg jd tetamu Allah
Rinduuu nya kan
Semoga dipermudahkan semua urusan
Tumpang gembira