SUKA MAKAN KAMBING? JOM CUBA KAMBING GOLEK JOHOR !

SUKA MAKAN KAMBING? JOM CUBA KAMBING GOLEK JOHOR ! | Hai korang, apa khabar? Rindunya nak menaip dan bercerita panjang kat blog sendiri tapi masa dan aktiviti padat dan terhad sangat sejak-sejak ni, macam-macam hal datang secara tiba-tiba. Sebab tulah senyap kejap blog tanpa bebelan Sis ko ni. Hehehe ada yang rindu ke tuu ? :p 
Tapi terima kasihlah pada yang bertanya, siap tanya 'kenapa lama tak update blog?' hehehe terharu rasa bila ada yang bertanya begitu, tak sangka ada pembaca setia yang menunggu penulisan Sis..alhamdulilah . Pembaca 'senyap' pun ada gak kan hehehe ..

Berbalik pada tajuk, siapa suka makan kambing? lagi-lagi kambing golek, haaa meh cuba Kambing Golek Johor yang pastinya sedap dan lazat. Sis dah mencubanya sebab tu Sis boleh rekemen, dan Sis juga seorang yang sangat suka makan kambing hehehe. Bukan Sis ajer, Suami pun giler makan kambing juga hahahaha. Makanya kadang kalau Sis dan Suami keluar makan, kalau ada menu kambing, memang kami berdua akan samalah menunya hehehe. Dalam sebulan pun kadang, mesti ada beli daging kambing, dan masak kari. Bertambah-tambah makan memasing. 


Nampak tak? Mengancam sungguh kan? Masa mula dapatkannya pun, Sis teruja gak sebab penuh sebekas, rempahnya pun pekat, gaul rata dan harum wangi bau rempahnya. Didatangkan bersama sos lada hitam. Jadi apalagi, nak masak pun jadi mudah ler, keluarkan, golek-golekkan sikit kasi rata dan bakar/grill jer. Dah tu tuang sosnya. Mudahkan . 


Kalau ikut style Sis, Sis masaknya guna air fryer, senang cepat dan mudah. Masukkan aje dalam air fryer, kemudian setkan suhu 180, setting masa 20minit. dan tunggu siap. Kalau nak lagi garing tambahkan lagi setting time dan tunggu lagi. Lagi sedap. Macam Sis, Sis cuma set 20minit jer, pastu angkat dan terus makan pans-panas. Memang sedap!


Masa Sis masak kambing golek ni, memang rezeki Suami laa agaknya, boleh pulak hari time masak Suami ada di rumah, siap menunggu kat dapur teman sampai masak, makanya memanglah makannya meriah dan jadi bertambah-tambah, sebab ada geng makan kambing hehehehe. Suami pun kata sedap, cumanya sosnya jer, tak berapa menepati rasa tekak Sis dan Suami. Mungkin sebab dia frozen, jadi tekstur sos tu membuatkan jadi rasa dia kurang sedap bagi Sis. Dah panaskan, tapi bila sejuk dah rupa macam sambal hijau hahaha. 
Lain-lain NO komen. 

Jadi kalau korang nak cuba bolehlah cuba. 
Harga sebekas tak silap rm28. Boleh makan 2/3orang. Kalau kuat makan, beli sebekas makanlah kau sorang-sorang, memang puas!.

Haa apalagi, Jom le order!


Kambing Golek Johor

Facebook:







P/S: Macam biasa, bila nampak kambing, teringat Suami, bila teringat Suami, mulalah nak nangis huwaaaaa :( 


20 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Hehehehe nanti mai JB boleh laa cuba @Shafyqah yer ...

      حذف
  2. saya suka kambing golek..kambing bakar je sis. ratah macam tu aje. sedapnya lahai..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Mar, Sis suami isteri memang suka segala jenis daging kambing, boleh berebut kalau makan hahahaha

      حذف
  3. Kita masak pakai noxxa , very the juicy! Ratahhh terusss..nyum nyummmm.. 😋😋

    ردحذف
    الردود
    1. Huhuhu tiberrr emo bila baca Noxxa tu @Farahain huhuhu :(

      حذف
  4. Fuh kambing , memang kesukaan ramai nih...

    ردحذف
  5. kita dah repeat beli lagi kambing golek perap ni..yummy

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti nak repeat jugalah lagi @Rohaida, sedap dan mudah ..

      حذف
  6. haah...sos dia je, saya siap tambah air, oter tambah sos black pepper, tambah tepung jagung..wakaakak...nak bagi cair sikit tapi masih pekat2..gituhhh

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin frozen dengan yang buat bila nak makan ada lain sikit mungkin kann @Sunah.. Tapi rasa still okaylah ..

      حذف
  7. assalamualaikum lin...wah !! meriah kalau makan bersama2...rasa mcm tak cukup jer kn kalau ada geng makan ni...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull.. Meriah Maa, lagi kalau makan dengan geng kambing hehehehe

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment