KALAU TAK SEBAB ADA INSURANS, SIAPA NAK BAYAR BIL BERPULUH RIBU TU?

Sis Lin
23
KALAU TAK SEBAB ADA INSURANS, SIAPA NAK BAYAR BIL BERPULUH RIBU TU? | Harini Sis terpanggil nak bercerita dari pengalaman Sis sekeluarga yang keluar masuk hospital sebelum ni dan bilnya di tanggung sepenuhnya oleh insurans polisi Sis Etiqa Takaful (dahulu) dan pruBSN Takaful (kini) setelah bertahun Sis membeli dan membayarnya.

Yaa betul, memang tak di nafikan, nak ada insurans kena bayar setiap bulan, kalau tak bayar memang takde lah dapat membeli insurans. Tapi jangan sesekali kata tak mampu beli dan membayar. Sedangkan diri sendiri bekerja dan meraih pendapatan bulanan. Yang tak bekerja pun, jika usaha, insyaAllah pun boleh membeli insurans.

Yaa betul sekali lagi, banyak tanggungan nak di tanggung, banyak bebanan nak di bayar setiap bulan, tapi janganlah jadikan satu alasan atau bahan perli, yang pembeli insurans ni hanya orang have-have aje atau orang kaya, duit terlebih atau gaji besar. Jangan sesekali berkata begitu. (ayat makcik bawang sungguh!)

Kad Perubatan

Terdapat pelbagai jenis produk perlindungan di mana ia boleh bermula daripada perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra bajet dan termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik, bayaran caj berkaitan wad (bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan bermacam lagi).

Kad perubatan menyediakan perlindungan insurans/takaful kepada korang. Apabila kad perubatan ditunjukkan, pihak hospital akan menghubungi dan memaklumkan kepada syarikat insurans/pengendali takaful mengenai kemasukan, diagnosis dan rawatan yang ditetapkan. Syarikat insurans/pengendali takaful akan menyemak dan setelah kelayakan perlindungan disahkan, surat jaminan kepada hospital akan dikeluarkan bagi perbelanjaan yang dijangkakan.

Kad ini sering membantu keperluan untuk membayar deposit yang tinggi dan memfailkan tuntutan selepas korang menyelesaikan pembayaran. Bagi kes-kes bukan kecemasan, korang boleh menjimatkan masa dengan mendapatkan surat jaminan hospital korang daripada syarikat insurans/pengendali takaful beberapa hari sebelum kemasukan ke wad.

Kad perubatan yang korang daftar mempunyai senarai hospital panel. Korang perlu mendapatkan perkhidmatan di hospital panel yang telah disenaraikan untuk menikmati kemudahan jaminan insurans /takaful tersebut.

Ada faham?

Macam mana nak faham, sebab banyak Sis nampak dan perhatikan, kalau orang offer atau bercerita mengenai beli insurans ni, semuanya mengelak, semuanya buat-buat tak dengar je kalau kawannya bercakap, ada juga sampai tak angkat telefon pun ada, tapi korang tak tau, banyak sebenarnya faedah dan kebaikan jika korang menbeli insurans kesihatan ni. Sis sarankan, jika umur korang masih muda under 20 tahun dan sudah bekerja, belilah insurans sendiri jika masih bujang. Jika dah berumahtangga, belilah sesiap untuk isteri dan anak sebelum terkena sakit.


Persediaan sebelum sakit orang kata. Jangan dah sakit baru korang nak beli, masa tu dah tarak guna, insurans pun ada yang tak terima jika korang dah sakit, dan juga nak cover bil korang itu jam juga pun tak dapat, sebab insurans jangka masa membelinya belum matang. Sebab itu kata, beli sesiap sebelum sakit.

Pengalaman Sis sendiri, Suami memang ada sakit, pernah masuk hospital buat pembedahan steant jantung, bil hampir cecah RM53k, tu bayar sendiri tu, terduduk kejap rasa keluarkan duit sebanyak itu. Dan bila sekarang nak beli insuran, dia memang tak layak dah untuk membeli insurans sepenuhnya, ada pun hanya beberapa perkara je yang khas untuknya, sebab dah sakit, tapi atas sebab peringatan dan 'sakit' membayar bil, Suami belikan untuk Sis dan anak-anak.

Ini kerana dari pengalaman Suami sendiri ketika bila Suami sakit, time sakit redah ke hospital kerajaan, kemudian menunggu gilirannya sangat lama. Jenis Suami memang tak sabar. Tu yang terus ke hospital pakar. Ye laa orang dah sakit kann. mana ada tahap kesabaran dah.

Dari situlah puncanya Suami belikan Sis satu keluarga insurans dan bila kami sakit semua, terus aje di kejarkan ke hospital pakar berdekatan. Kebetulan juga tempat tinggal Sis yang sekarang, memang dekat dengan hospital pakar KPJ Pasir Gudang, makanya ke situ aje laa. 

Dan bagi diri Sis sendiri juga, memang tak menyangka akan sakit, dan akan ada jalani pembedahan, sampai bil beribu-ribu nak kena bayar. Tapi berbaloilah dengan apa yang kita dah bayar, semuanya akan korang rasa sewaktu menginap di hospital pakar. Tempat tidur, biliknya, kemudahannya, waktu melawatnya, dan makan pun main order je apa nak makan. So memang serba serbi selesa laa..

Bukan kata hospital kerajaan tu tak bagus, Sis tak kata pun begitu tapi Suami kata pada diri sendiri, reward untuk keluarga, kerja penat siang malam, cari duit untuk siapa? So bila sendiri, isteri atau anak sakit, bagilah layanan yang selesa dan dapat rehat dengan tenang, juga ada Doktor personal in chargenya. So inilah masanya kata Suami, beli insurans untuk keselesaan isteri dan anak-anak.

Bila sakit tak payah tunggu lama menunggu giliran, terus aje ke emergency tanpa risau duit ada ke tidak dan terus di rawat. Yang penting ada simpanan duit untuk membayar deposit jika kena tahan wad ikut polisi yang kita amik, tu jer.


Rasanya dah 3 kali kot Sis menggunakan insurans medical card Sis untuk membayar bil hospital. Pertama dulu tahun 2010 tak silap, ketika mula Sis kena jangkitan kuman buah pinggang, warded di KPJ Abu Samad, bil hospital kena RM8k tak silap Sis selama 4 hari 5 malam. Masa tu Sis guna Etiqa Takaful. Now dah tak guna dah. Bertukar ke PRUbsn Takaful pula.

Kemudian awal tahun 2017, Sis kena serangan hypertension, Sis warded di Hospital Penawar Pasir Gudang, stay situ hampir 8 hari, bil cecah hingga RM15k lebih. Dan sekali lagi pihak insurans bayar.

Kemudian kali ketiga tahun 2019 Sis masuk KPJ Pasir Gudang buat pembedahan Laparoscopy buang fibroid Sis. Duduk di wad selama 5 hari 4 malam, bil hampir RM24k macamtu.

Tahun 2020 bulan Februari kot, sekali lagi masuk ward lagi, Sis buat rawatan Tonsil, masa tu demam berulang-ulang dan batuk-batuk kuat. Sis buat rawatan dulu, Doktor sahkan Sis ada Tonsil. Tapi sebab keadaan negara tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa tu, makanya pembedahan Sis di tangguhkan hinggalah sekarang.

Kalau kira-kira semua, dah berapa banyak dah Sis guna duit insurans untuk membayar bil tu, banyak giler kan.. tapi tu laaa berbaloi le juga, bila sakit, duduk hospital pakar, dapat berehat dengan cukup selesa. takde laa terkilan membayar polisi tetiap bulannya tu kan.

Orang kata bayar insurans ni ukur badan sendiri. Yaa Sis setuju. Sebenarnya ada banyak tawaran dan pakej yang mampu bayar yang boleh korang amik, cuma korang kena alert, kalau sedikit bulanan korang bayar, maka sedikitlah polisi covernya jika berlaku apa-apa, di situ korang kena amik tau dan fahamkan. Tak tau tanya.

Jujurnya Sis pun banyak benda yang tak tau bab insurans ni, sebab semua di uruskan oleh Suami Sis, Sis tau bila sakit, pergi hospital, tunjuk kad medical, dan kemudian warded, tu jer hahahaha. Dapat plak agen yang bagus, sentiasa follow-up kita, so makin senang laa urusan kita. Semua agen yang urus.

Setakat harini, bukan Sis aje yang dah guna insurans buat bayar bil Sis, anak Sis pun sama. Berkali-kali pulak tu, ketika Yana kena serang Slip Disc. Korang boleh baca artikel posting Sis berlabelkan Slip Disc. Kalau tak sebab insurans, siapalah nak bayar bil hospital berpuluh ribu tu weyy...

Setakat ni anak sulung dan anak bujang Sis aje yang belum pernah masuk hospital dan guna insurans ni.. tapi persiapan dan persediaan dah ada, yaaa Sakit tak kira masa, tu lee kekdahnya... alhamdulilah.


Sis pun taknak bercakap tentang insurans mana yang baik dan tidak. Dan juga taknak bercerita berapa bayar bulanan Sis sekeluarga. Sebab pilihan atas tangan korang sendiri. Bijak memilih bijak mengatur, insyaAllah semuanya dipermudahkan. Bukan kata, 'Sis ni cakap senang laaa, sebab mampu bayar', tidakk, bukan begitu, tapi 'beringat', tanya pada diri, inginkan keselesaan, tepuk dada tanya selera. Ye dakkk...

Sebelum memilih perlindungan yang diperlukan, lebih baik untuk memahami dengan lebih jelas asas insurans/takaful itu sendiri. Dengan pelbagai terma industri yang wujud pada ketika ini, konsep insurans/ takaful dan cara ia diperkenalkan mungkin agak sukar untuk kita fahami.

Umpama pepatah Sediakan Payung Sebelum Hujan, itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, Malang Tidak Berbau, sudah pasti kita semua akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.

Kalau korang nak tau lebih lanjut dan ingin tau pakej yang tersedia ada dan mampu bayar serendah RM50...Sis rekemen kat korang perunding Takaful yang Sis kenali ni yang boleh membantu korang dalam segala pertanyaan kemusykilan korang.

Jangan malu nak bertanya, malu bertanya sesat jalan. Korang boleh hubungi Harish Mustak | PerundingTakaful +601 7711 4250 .


P/S: Ni pun tunggu wabak Covid19 reda, baru Sis nak buat pembedahan Tonsil tu.. 

إرسال تعليق

23تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang penting insurans ni.. untuk stenbai bila perlu.. nak bayar cash memang tak mampu.. huhu

    ردحذف
  2. Zaman sekarang memang perlu ada perlindungan insurans

    ردحذف
  3. Memang penting insurance ni. Kalau jadi apa-apa, insurance yang cover semua. Semoga urusan pembedahan sis nanti berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA.

    ردحذف
  4. alaaa...panjang ayat aku tadi...lupaaaaa, da kene refresh...sedihhhh...hahahahha

    penting insurans/takaful ni...walau aku belum ada, tapi aku sendiri rasa kepentingan dia bila terpaksa ulang alik gi hospital dan tunggu turn berbulan lamanya untuk dapatkan rawatan..kalau ada takaful, boleh disegerakan sikit urusannya tu...huhu

    ردحذف
  5. setuju sangat! Dulu pernah accident, bila ada insurans tak la sesak sangat nak bayar bil hospital. Service pun bagus

    ردحذف
  6. Hidup di zaman serba moden sekarang ini memang semua perlu ada insurans apatah lagi bayaran deposit hospital pun tinggi jika pilih swasta. Elok mula dari muda..

    ردحذف
  7. Betol. Takaful ni penting. Anak saya dari usia 2bulan saya dah apply medical card

    ردحذف
  8. Memahami situasi suami sis sbb ena dah operation buasir dgn gov. Lama taw tggu turn setahun kt jb sbb muar xde servis tu. Boleh bayangkan tak azab menanggung setahun. P survey swasta kena standby 8K kalau takde insurans. So memang berbaloi lah amek je insurans kita tak tahu masa akan datang. Sakit bukan dijangka

    ردحذف
  9. Betul apa yg Sis shared tu. Anggap la bayaran bulanan tu sebagai simpanan kecemasan kita kerana kalau tetiba kena banyak lumpsum, menangis nak bayar kan.

    ردحذف
  10. Kalau ada insurans rigan sikit la bebanan kalau ada apa-apa yang yak diingini berlaku

    ردحذف
  11. Memang penting sangat insurans ni sekarang. Kebanyakan rakyat Malaysia dah ramai yang ada kesedaran tentang betapa pentingnya insurans diri

    ردحذف
  12. Pentingnya insurans ni sebab bila kena masuk hospital takdelah kena bayar beribu kan. Sekurangnya insurans masih boleh cover. Kena kerja keras untuk ambil insurans ni. Dan penting bagi kita tahu jenis insurans yang kita ambil.

    ردحذف
  13. Gigih nad baca. Memanvterduduk bila dpt bil puluh ribu ni. Sediakan payung sebelum hujan. Memang kene ada insurans ni. Kita tak tau bila kita sakit.

    ردحذف
  14. Betul tu, insurance sangat penting sebenarnya. Sebab kita tak tahu bila kita akan sakit, sebab benda tu bukan kita minta, tapi kadang2 ia muncul. Kalau ada insurance ni kita boleh standby bila² masa je.

    ردحذف
  15. Setuju sis insurans memang penting untuk now this apapun semuanya bergantung kepada bajet keluarga ataupun individu. Thanks sharing

    ردحذف
  16. Setuju sis insurans memang penting for now this apapun bergantung kepada bajet kewangan keluarga ataupun individu. Thanks sharing sis

    ردحذف
  17. Setuju sangat as a backup sebab kadang tu kena bayar cash sedebuk .. macam sukar pulak so better menyimpan kan . Sebab tu kena ada insurance

    ردحذف
  18. Insurans mmg sgt penting. sebab tu siapa yang boleh ambil insuran, ambil la. akan dtg kita tak sure bagaimana

    ردحذف
  19. Betul tu takaful ni penting sangat untuk masa hadapan sebab kita tak tahu kesihatan kita macam mana nanti kan. Lebih baik bersedia

    ردحذف
  20. Saya pun baru awal tahun ni belikan anak anak insuran...saya? Tak laku dah...insuran kata boleh untuk eksiden je...untuk sakit dah tak boleh

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa kalau dah sakit atau berumur, polisi dia dah lain dah..ada khas untuk lain...tapi still boleh juga ada insurans..

      حذف
  21. Skrg ni mmg insuran apa pun sgt penting utk masa dpn, anak2 kak pun amik insuran, kena bujet utk kepentingan diri sendiri n family

    ردحذف
  22. MEDICAL CARD : Tahukah anda? Hanya bagi yang LAYAK bole apply pelan ni? 😃 Mesti xpasti kan.. TANYA hari ini Ya ⚡ Pelan PRUBSN : CALL / Whatsapp hari ini, semak kelayakan anda terus! 》www.wasap.my/60127760219/medicalcardpromo (JESS)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!