KERANA CEMBURU, 'AKU YANG KAU GELAR ISTERI' DI SIHIR

Sis Lin
10
KERANA CEMBURU 'AKU YANG KAU GELAR ISTERI' DI SIHIR | Korang layan tak drama Aku Yang Kau Gelar Isteri terbaru ni yang mengantikan Takdir Yang Tertulis tu? Mulanya kan, Sis malas nak layan drama lagi, sebab bila Sis mula melayan, Sis jadi 'leka' semua benda. Salah satunya tidak tidur awal, huhuhu.. 

Yaaa, bila dah layan drama, mulalah asyik kerjanya tidur lewat selepas jam 10pm aje. Paling tidak, dekat jam 12am nanti barulah masuk tidur.. tu yang malas tu.. 

Tapi bila baca sana sini kawan-kawan update posternya drama tu, Sis tertarik dengan tagline drama Aku Yang Gelar Isteri ni, yaitu 'Janji Setia, DiSihir Cemburu'... haaa dari situ Sis google dan baca sinopsisnya.. dan terus Sis rasa drama ni sangat menarik untuk di tonton. 

Aksi seram pun mungkin ada, sebab tengok pada poster-poster photo boom mereka je dah seram oii, lagi pulak jenis drama yang mengamalkan sihir dan ilmu hitam ni, memanglah banyak aksi suspen dan seram yang akan di pertontonkan.

Dan bila Sis mula layan episod 1 nya tu, ternyata betul, memang akan ada babak-babak seram dan sudah semestinya akan menimbulkan perasaan sakit hati dan geram dengan watak jahat si Embun dan Laila nanti.. yang jadi mangsanya Raihani dan Ezlan..ye laa kerana cemburu, Aku Yang Kau Gelar Isteri' di sihir.. kan?.. 

Tapi Sis malas nak agak apa kesudahannya, takut nanti jadi macam drama Takdir Yang Tertulis tu oii.. last-last Mika tu anaknya si Hakim.. benghong hahahaha.. 

Aku Yang Kau Gelar Isteri

Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Nadia Brian, Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 17 Februari 2021 menggantikan Takdir Yang Tertulis.

Drama : Aku Yang Kau Gelar Isteri
Jumlah Episod : 15 episod
Mula Tayangan : 17 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

Barisan Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri
Nadia Brian sebagai Raihani
Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Atiq Azman sebagai Pian
Baby Azreen sebagai Maryam
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Zaki Azeman sebagai Naim
Lana Nordin sebagai Embun
Ummar Dzariff sebagai Rais

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Drama ini mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. 

Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?


P/S: Jangan pulak last-last Raihana tu pulak rupanya jahat kan.. hahahaha.. sebab kan Embun kata kat Laila, jangan baik dan rapat dengan Raihana tu.. haaaa kenapa? Jeng jeng jeng... 

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Haaa, kita nak tengok.. Tapi seram tamau tengok takut terbawa dlm mimpi. Haha

    #penakutbelike

    ردحذف
  2. الردود
    1. Kannn, mula ingat biasa-biasa aje, sekali nengok, makk aii serem plakkk

      حذف
  3. alamak citer antu ke ni???
    blm tertengok lagi ni...
    seram plak nak tgk ehhehe

    ردحذف
    الردود
    1. Bukan antu apa pun, tapi sebab pengamal ilmu hitam dan susuk, maka seram laa citenya Ret..

      حذف
  4. genre best ni, lain dari lain, wajib tonton

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Atie, jarang drama Melayu buat genre hantu seram gini..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!