LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2022

Sis Lin
2
LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2022 | PAGI-PAGI urat sendi semua lemau, mana taknya dari Subuh hujan turun membawa ke saat ini Sis menulis. Nak duduk depan laptop awal pun jadi tergendala dek pandang selimut dan bantal memanggil-manggil hahaha.. sempat laa tidur sekejap tadi, lagipun perut meragam dah berapa hari ni. 

Pagi tadi tak buat sarapan, Suami belikan Nasi Ambang jer tadi sebelum pergi kerja. Anak bujang awal-awal tadi dah keluar saing Ayahnya, nak ke Kempas ukur baju korporat katanya. So takde sapa nak makan kalau masak awal-awal, tunggu petang sikitlah baru masak, lagipun tengah fikir juga ni nak masak apa yaa.. 

Sementara idea belum mari ni, Sis nak kongsikan laa logo dan tema hari kebangsaan 2022 yang ke 65 tahun yang akan kita sambut pada 31 Ogos ini. Esok mana yang nak bercuti dah sibuklah keluar dari bandar, jalanraya pun akan mula sesak laa, yang penting jaga diri dan jaga pemanduan yaa.. 

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2022
Tanggal 31 Ogos merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana 65 tahun yang lalu iaitu pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British. Sebagai manifestasi wadah perjuangan segenap lapisan masyarakat bersama pemimpin yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan, Malaysia telah mengisytiharkan 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan yang turut dikenali sebagai Hari Kemerdekaan.

Hari Kebangsaan di Malaysia merupakan antara sambutan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Ini adalah kerana tidak seperti sebilangan negara lain, Kerajaan Malaysia melihat logo sebagai salah satu elemen penting yang dapat mengajak rakyat bersatu padu, bersyukur dan menjiwai erti kemerdekaan. Logo Hari Kebangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1976 iaitu 19 tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Bagi tahun 2022, logo dan tema Hari Kebangsaan telah diperkenalkan pada 1 Julai 2022 dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Bagi tahun 2022, logo dan tema Hari Kebangsaan telah diperkenalkan pada 1 Julai 2022 dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2022

Logo Hari Kebangsaan pada tahun 2020 adalah berkonsepkan Jalur Liputan Internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat. Jalur ini berwarna merah, biru dan kuning menggambarkan cerminan Keluarga Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang mempunyai jati diri, semangat patriotik dan hidup dalam keadaan harmoni. 

Titik merah yang terletak di bawah jalur melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan manakala kedudukannya yang berselang-seli melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Frasa di bawah logo iaitu ‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan.

Sumber : MKN 


P/S: Cuti Sis ke mana? Nak pi mancing dengan Suami hahahahaha.. 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!