SELAMAT BERHUJUNG MINGGU, SALAM HARI SABTU

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU, SALAM HARI SABTU | DIAM-DIAM eh dah hari Sabtu. Biasanya Sabtu Sis jaranglah update blog, sebab masa untuk keluarga. Kalau Suami tak kerja, Sis akan keluar 'dating' dengannya. Habis satu bandar kitaorang pusing, paling tak, temannya berurut. Tapi sebab now Suami tiada di Johor, so ada masa laa nak duduk ni haa depan laptop. 

Anak bujang pepagi dah keluar, tolong bapak kawannya kerja, sementara menunggu result MUET dia keluar dan sambung Degree dia. So tinggallah Sis jer ni haa kat rumah. Tapi harini banyak urusan di luar nak Sis setlle. Sementara menunggu Cheesetart Buncit Sis sampai, Sis dah sesiap cuci baju tadi, kemas dapur, dan bikin sarapan untuk diri sendiri. Alaa makan roti sapu kaya yer udah.

Tengahari nanti, Sis nak ke bengkel kereta, nak ganti casing lampu signal dan juga bumper tayar Mini Sis, ermm nak cite pun sedih huhuhu.. yang pasti ada barang gantinya.. nasiblah Suami tak bebel, kalau tak, menanah telinga dengo weiii.. 

[Baca Juga] : Zikir Hari Sabtu 

Selamat Berhujung Minggu, Salam Hari Sabtu

Tiada Hari Tanpa Kopi ..

Haaa tu kisah siang hari, malamnya pulak Sis ada nak jumpa dan makan-makan bersama Geng Blogger yang turun dari KL ke JB harini. Ishh excited pulak kita nak jumpa mereka ni. Ada yang tak pernah lagi Sis jumpa, dan yang lelainnya Sis dah pernah jumpa, cuma yang sorang tu, memang lama gilerrr tak jumpa.. 


Moga mereka semua selamat sampai ke JB dan dipermudahkan semua urusannya.. Bilalah Sis nak ke KL pulak yaa.. rasa macam dah lama benar tak ke sana. Suami sibuk dengan kerja di Johor. Dia ke Paka ni pun, mulanya mengajak Sis juga, kemudian tiba-tiba ada kawannya pulak kena ikut. Suami okay jerr kalau Sis ikut sekali, tapi Sis fikir, malas laa.. sian pulak kalau Sis ikut ke sana, nak kena sewa homestay/hotel pulak.. kalau Sis tak ikut, dia boleh stay rumah company.. dah jimat di situ kan.. dulu yer okay, now kena banyak jimat cermat.. 

So harini cuti masak laaa lagi hehehe.. Anak bujang kata tak payah masak, lagipun sejak-sejak ni dia kurang makan, diet katanya, kununnnn hahahahaha..

Okaylah nanti sambung lagi. Sis nak keluarkan baju dalam dryer, kalau rajin lipat sekali, kalau malas... duduklah ko dendiam di kursi tu hahahahaha.. selamat berhujung minggu, salam hari Sabtu buat semua.. 


P/S: Tekak ni teringin nak makan Kambing Perap PakMat Western.. nak kena cari ni... 

6 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pagi sabtu sllnya malas nak bangun awal, lepas subuh pun lepak lagi atas katil. Nasib la arinih kawan mengajak keluar breakfast klu tak mmg tak mandi lagi skrg hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha Sis hujung minggu rajin mandi pagi, kalau Suami tak kerja, kalau hari lain, mmg lewat gak, kecuali jika tettttt... hahahahaha

      حذف
  2. Ramai juga yang review kambing perap pakmat western tu sis. Teringin juga dibuatnya.

    ردحذف
  3. Salam Sabtu . ehhh. harini masuk Ahad dahhh.. haahahaha.. Psst.. dah lipat ke kain baju 😂

    ردحذف
    الردود
    1. Salam ahad Non... baju duduk dendiam atas kursi jer hahahaha

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment