NANDO'S PERKENAL RASA PEDAS 'VUSA XX HOT' YANG PEDAS LAGI BERAPI!

Sis Lin
4

NANDO'S PERKENAL RASA PEDAS 'VUSA XX HOT' YANG PEDAS LAGI BERAPI! | BAGI korang yang dah biasa makan Nando's, pasti dah terbiasa laa dengan aneka rasa level pedas dia kan? Bagi Sis, bukan selalu laa makan Nando's tapi dalam dua tiga bulan tu, mesti ada laa singgah sekali. Tu pun sebab Suami yang agak suka makan di Nando's ni haa, padahal dia bukan suka sangat makan ayam. 

Dan baru-baru ni, Sis hadir ke event media Nando's bagi memperkenalkan perasa sos terbaru mereka yaitu 'Vusa XX Hot', perghh dah nama pun 'XX' tu, so mestilah Extra Hot kannn.. yaaa memang pedas berapi seperti tagline mereka juga 'The fire that flavours the world! Feed your Fire! ..

Korang dah mencubanya ke? Kalau belum, korang trylah, pedas dia paduuu...

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Bagi korang yang suka pedas, memang boleh mencubanya selain sos PERi PERi mereka. Bagi yang tidak gemar akan pedas, boleh cuba rasa sos signature mereka yaitu Mild, Lemon & Herb atau Hot saja. Yang pedas semestinya Extra Hot.. tapi sangat yummy..

Pertama kali mencubanya pun, Sis agak teruja sebab Sis orangnya suka makan pedas-pedas gini, kena pulak staff Nando's kata, rasanya pedas-pedas ala-ala makanan Korean, haaa apalagi mesti nak cuba laa kannn.. 

Bila dah mencubanya, perghhh memang pedas berganda-ganda oiii, mula makan tak rasa lagi, dah seketul makan ayamnya, haaa baru kau rasa berapi di bibir dan pedas di lidah hahahaha, minum air bercawan-cawan pun masih lagi rasa pedasnya, nasib baik lelangit Sis bekerjaama pada masa tu, kalau mau mengeluporrr Sis kepedasan, tapi.... SEDAP!

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Tapi korang jangan risaulah, sos ayam perap dia banyak pilihan juga. Yang biasa makan mereka tau laa kan, tapi bagi korang yang tak pernah, haaa korang boleh order untuk pilihan level sos yang korang suka dan boleh makan. Biasanya yang ramai pilih adalah jenis Mild dan juga Hote. Sebab anak-anak boleh makan. Hot dia pun tak berapa pedas, kecuali Extra Hote, memang pedas berapi... 

Atau boleh pilih menu-menu pilihan yang tersedia, banyak pilihan menu side order mereka. Taknak makan ayam pun, ada juga pilihan menu nasi dan juga sayuran. Dan juga aneka pilhan pencuci mulut, pun ada. Untuk air pula, ianya adalah free refill, minumlah korang sampai kembong perut hahahaha.. 

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Dan yang paling bestnya kan, Sis dapat buat sos sambal PERi PERi sendiri, siap menumbuk lagi kat situ hahahaha.. Kalau korang nak tau, PERi-PERi sos cili yang korang suka tu adalah 100% bahan semulajadi. Cili dan Resepinya dari South Africa sana. Bahan sosnya (cili) adalah dari African Bird’s Eye Chili, herba campuran, fresh lemon, garlic, onions dan juga minyak untuk membuat sos PERi-PERi tu. Sempat gak Sis mencuba membuatnya dan bawa balik ke runah sebotol! Excited weii dapat buat sos sendiri!. 

Selain tu ada aktiviti mewarna bag Nando's yang artnya tu sinonim dengan design art terkini Nando's. Korang yang baru-baru ni ke Nando's mesti rasa kelainan dalam deko hiasan dalaman restorannya kan, lagi-lagi kalau yang pergi di Nando's Pavillion sana, memang cantikkk.. 

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Sambil makan, korang boleh nikmati suasana baru art & designnya yang terkini dari designer Simps & Noto from South Africa. Cantik betul, dari deko meja, dinding, perhiasan, mahupun pinggannya, semuanya sangat cantik! Lain outlets, lain designnnya. 

Bukan design jer, muzik yang di putar dalam restoran pun adalah muzik genre dari Soth Africa. Psttt korang nak tau tak, Sis baru tau tau yang Nando's ni dari South Africa, matik matikk ingat dari Italy ke, atau brand orang putih, rupanya... hebattttt.. 

Nando's Perkenal Rasa Pedas 'Vusa XX Hot' Yang Pedas Lagi Berapi

Untuk korang yang jadi member Nando's, korang ada peluang untuk dapatkan FREE Chicken Meals okay.. Caranya mudah aja.. 

Eat PERi-PERi, earn PERi-PERi. Download the Nando's Malaysia app and collect a BONUS Chilli to fast, fast get Free Chicken Meals!

Protip 1: Collect your 2nd FREE Chilli by filling up the “Additional Details” section in our app when registering.
Protip 2: Visit Nando's, login, and spend a minimum of RM30 to collect your 3rd Chilli and EARN your first FREE Chicken Meal.

For more info, visit https://bit.ly/3RSbV1m or go to website, facebook and instagram 

Selamat menjamu selera korang!!! .. 


P/S: Harini bangun pagi penuh dengan kesyukuran dan keinsafan, Allahuakbar... terima kasih Allah ❤

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. allahu berselera terus saya tengokkk gambar gambar ni

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe memang terliur, Sis nengok pun terasa-rasa dek anak tekak hahahaha

      حذف
  2. klu gi nando's biasanya saya & jun ambik level mild je.. pedas2 manja gituh. klu hot pun tak boleh tahan, rasanya yg ni mmg tercirit terus kat situ hahaha!

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo Sis biasa amik Hot atau Herb tu.. now suka plak yang extra hot tu, sedap hahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!