SEDAPNYA MAKAN PECEL TIME HUJAN

SEDAPNYA MAKAN PECEL TIME HUJAN | NIKMAT tekak bila time hujan ada makanan nak di makan. Pagi ni (sedang menaip) hujan tengah turun kemain lebat giler ni. Bukan hujan je turun, dengan petir guruh sekali ni haaa.. moga yang baik-baik aja laa hendaknya buat kita semua. Yaa bila hujan lebat ni jadi seram, mana takut air naik, takut blackout, dan yang paling takut, pokok tumbang, aduii seriauu..

Syukurlah tengah hujan gini, Sis di rumah, anak pun di rumah, cuma risaukan Suami yang sedang kerja dan anak yang mengandung tu pun tengah kerja, moga Allah pelihara mereka walau di mana jua berada. Yang di KL tu macam biasa laa, dia pandai jaga diri dia, dah biasa sendiri. 

Yang tak boleh tahan time hujan ni adalah LAPAR hahahaha.. manjang kalau hujan jerr lapar ekkk.. ada jer benda nak di korek kat stor dapur tu, tak dapat jajan, dapat masak Maggi pun sodap hehehehe..

Tapi kebetulan semalam masa adik-adik semua ada, Sis ada buat Laksa Penang dan Pecel Sayur, makanya time hujan ni apalagi, meratah pecel laa.. Laksa Penangnya dah licin semalam seperiuk, tinggallah pevel sayur tu ada sedikit baki semalam. 

Sedapnya Makan Pecel Time Hujan

Sedapnya makan pecel time hujan ni uii.. nikmattt sungguh.. hilang segala lapar dan tekak jadi basah-basah umpama air hujan yang turun menyimbah bumi, ececececece.. kemain eksenn dapat makan ekkk lalalalala.. 

Tapi pecel Sis ni simple jer laa, guna pun bumbu pecel Sinti jer, mudah, tambah air panas jer siap laa kuah pecelnya. Belum ada masa nak cuba buat kuah pecel sendiri, so kita guna yang mudah jer udah, lagipun sedap pun yaaa juga uii.. 

Bahan dalam pecel tu pun guna mana yang ada. Sis letak kangkung, kacang panjang, taugeh dan tauhu, Tempe ada, tapi punya malas nak potong dan goreng, so simpan balik tempenya hahahaha.. sampai malam tadi Suami makan pun dia tanya, 'Mana tempe?' hahahaha.. 

Takpelaa, janji ada rupe pecelnya kan, adik-adik pun makan semua kata sedap, cuma biaalah orang kalau yang tak suka makan sayur, memang menjeling je laa nengok pecel ni kannn.. siapa lagi kalau bukan Mama Mia hahahaha.. 

Okaylah, now nak habiskan pecel Sis ni haa.. ni sesambil kejap online sementara menunggu baju dalam mesin. Kang nak packing baju pulak.. kemana? adalah.... 


P/S: Hujan lebat sangat ni, jom submit doa bebanyakkkk... 

2 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment