KISAH AKU SEPASANG KASUT!

KISAH AKU SEPASANG KASUT!

0
KISAH AKU SEPASANG KASUT!. Dalam banyak-banyak perangai soping, ada satu perangai yang Sis tak selalu buat, iaitu membeli kasut. Entah ekk bagi Sis, kasut tu selagi boleh pakai, Sis pakai, lagipun pakai pun di bawah kaki so mindset Sis, takde siapa pun nak tengok hihihi. 

Lain kalau handbag, perangai satu ni jahat sikit. Pantang nampak cantik di mata, mesti nak beli. Tak kisahlah branded ke, ori ke, copy ori ke, jenis tak kisah, tapi ikut mood laa. Ada masa walau bag tu viral sekalipun, kalau takde rasa keinginan nak beli, Sis tak beli. 

Kasut Sis pun banyak yang ada semua jenis kasut Skechers, so kalau pakai gi event formal, tak sesuailah kann.. 

Kisah Aku Sepasang Kasut!
Terima kasih banyak berjasa

Bab kasut ni jer yang boleh korang puji laa Sis ni ha³ … Sis akan pakai kasut tu selagi selesa dan boleh di pakai. Kadang kasut yang Sis pakai tu adalah kasut raya Sis. Beli pakai raya then Sis akan pakai seterusnya buat basahan sampailah kasut tu jahanam. 

Salah satu kasut tu, yang Sis pakai tu haa.. memang sangat selesa! Kasut brand Polo, beli pun di AEON Jusco jer, tak silap harga RM89. Memang tahan lasak betul. Dah setahun setengah pakai. Ke mana-mana event Sis pakai kasut tu. 

Sampailah satu malam tu, Sis ke event Media Review Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel. Tengah menunggu kawan ke toilet, Sis duduk bersilang kaki, haaa time tu laa baru perasan rupanya kasut Sis tu dah kopak depan, mashaallah acanerr ni?!. 

Kisah Aku Sepasang Kasut!
Moga dikau berjasa dengan baik okk

Okkayy buat relax, takpe, labuhkan kain, dan jalan macam biasa. Lagipun event tu hanya jalan amik makanan aja dan duduk makan so Sis tak bimbanglah kalau dia tercabut. Kalau tercabut pun, lantak ko laaa hahahahaa .. 

Setakat malam tu, takde sapa pun tegur, samaada derang tak perasan atau tak nampak atau menjaga perasaan hahahahaha. Memang balik tu, bukak kasutnya campak terus dalam tong! Kikikiki .. dannnnnnn …,

Tadaaaaa kasut sudah beli baru. Brand COACH tu nama branded tapi bukanlah beli kat butik, beli gan PS ajaaa dekat online. Ori ke copy ori ke, tak kisah laaa, janji kasutnya boleh pakai. Harga RM129. Kita tengok sampai mana dia bertahan kannnn hihihihi .. 


P/S : Dah tua ni pakai yang selesa aja laa, harga murah ke takde branded ke dah tak kisah, sederhana janji bahagia ☺️ … 

إرسال تعليق

0 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top