MASAK LAKSA JOHOR UNTUK FANNY, RETNA DAN JUGA CARNEYZ!

Sis Lin
By -
6
MASAK LAKSA JOHOR UNTUK FANNY, RETNA DAN JUGA CARNEYZ!. Ramai juga yang tau akan kedatangan Fanny ke Malaysia. Oleh itu ramai blogger buat temujanji dengan Fanny untuk ketemu. Fanny orangnya sangat baik, menyantuni semua undangan perjumpaan kawan-kawan, sampaikan kalau dengar ceritanya, bag yang di bawa penuh dengan ole-ole kengkawan sahaja. Buktinya di SINI

Ingatkan kalau dah sampai Malaysia, bag baliknya kosong setelah serah pada kengkawan semua ole-olenya, tapi melesett sama sekali, malah Fanny kata bertambah pulak beratnya hahahaha.. lucu pulak dengar ceritanya kelmarin. Ramai sayang Fanny, Fanny murah hati orangnya, sebab itu laa mereka tak bagi Fanny balik tangan kosong. 

Masak Laksa Johor Untuk Fanny, Retna Dan Carneyz

Trip Gemini Girls' ke Johor di rancang masa kami di Jakarta dan Bandung. Bila dengar mereka nak ke Johor, Sis pelawa tiga-tiga stay rumah Sis aja, kebetulan Suami pun outstation, bilik 3 kosong, so memang elok sangatlah teman Sis di rumah kan. Bila di tanya nak makan apa, Fanny kata nak ke Johor mau makan Laksa Johor, okayy so Sis masakkannya Laksa Johor. 

Walau berdebor nak masak sebab Fanny kata pertama kali nak merasa Laksa Johor, so Sis takut akan rasanya agak kecewa, tapi takpe, ini homemade airtangan Sis. Nanti kalau Fanny ada ke sana ke sini makan Laksa Johor, dia bolehlah compare ikut tekak dia kan. So far alhamdulilah, Allah beri sedap. 

Masak Laksa Johor Untuk Fanny, Retna Dan Carneyz

Dan ada surprise birthday untuk Retna juga telah di rancang oleh kami. Syukurlah menjadi juga walau keadaan kelam kabut juga ketika tu kan hehehehe. memasing sampai dalam keadaan lapar. Retna ada singgah Melaka, kata mereka, di jamu makan Kueteow Goreng tapi menahan kenyang sebab nak makan Laksa Johor hihihi..

Kali ni Sis buat dua versi mee Laksa tu, satu guna Laksa Beras Panjang, satu lagi guna Mi Spageti. Ikut tradisi, Laksa Johor memang guna spageti, tapi sajer nak bagi mereka cuba guna laksa beras tu, ternyata mereka lebih suka spageti. Ulam-ulamnya pun lengkap Sis buat, cuma Sis takde guna kacang panjang macam sekarang ramai guna. Asalnya Laksa Johor memang takde kacang panjang. 

Masak Laksa Johor Untuk Fanny, Retna Dan Carneyz

Alhamdulilah Allah beri sedap. Sis buat sekilo aja ikan kembong besar. Ngam-ngam laa kuah pekat dan elok kejadiannya. Masa mula rasa, macam agak tawar, tapi mereka kata okay jerr.. ikut hati Sis nak pedas lebih sikit tapi kesihan pulak kang ada yang tak boleh tahan pedas. Pedas pada sambal belacan aja. 

Yang minta resepi, susah Sis nak menulis, sebab selalu masak tu 'campak-campak' ikut suka tekak rasa aja. Lepas makan, mereka berehat sekejap, mandi, solat dan lepas Asar kami keluar jalan-jalan cari makan. Jalan mana? Makan mana? Nanti sambung di posting lain, sebab banyak persinggahannya hahahaha.. 


P/S : Masih amik mood nak sambung cerita di Bandung ni.. sila jangan menekan-nekan :p

إرسال تعليق

6 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wakakaaa tq kakak sbb masakkan laksa johor tp kurang sbb x makan asam pedas ayam awak 🤣🤣🤣

    Pape pun tq tau surprise nya tu haha btul² tanjat ms masuk pintu.nasib x tercampak sume brg wkakaka

    Next time kita plan cuti day trip tu eh wakakaka ada bran 😜😜

    ردحذف
  2. Jakarta dan Malaysia sudah akrab ni..persahabatan..pasti bertemu lagi suatu masa..

    ردحذف
  3. Msana satu Sis Lin..blogger terkenal rupanya..alhamdulillah

    ردحذف
  4. Laksa johor uncle makan pakai tangan...

    ردحذف
  5. Wahhh.. special request. Mesti rasa authentic Laksa Johor tu. Homemade lagiii.
    Nengok pun dah rasa sedap.

    ردحذف
  6. hi sis lin. 1st time ni saya singgah blog sis. salam perkenalan! cantiknya ur house!! waaa terernya u masak..nampak sedap tu! kebetulan td dinner i mkn laksa johor jugak! suami beli kat pasar mlm ;) memang sedap sbb ada pakcik yg selalu jual laksa johor tu (harga Rm10 sebekas)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!