TAMATLAH SUDAH AL-KISAH JAMALI - BULAN HENTI BIACARA. Innalilahiwainnailaihirojiun buat Abang Jamali. 28 episod yang buat Sis tertunggu-tunggu nak menonton gara-gara lakonan menceriakan dari watak Jamali ni yang di lakonkan oleh Azhan Rani. Korang pun sama kan? Hihihi..
Tiap episod ada jerr dia punya lawak bodoh dan buat kita geram bila tengok ceritanya. Kadang tu rasa marah pun ada, kelakar pun yaa, paling banyak, 'apa ke bengap' la ko Jamali hahahaha.. dengan Suami Sis sekali pun terjebak sama, kelakar laaaa..
Dan semalam episod akhir drama Bulan Henti Bicara ni. Tamatlah sudah al-kisah Jamali. Engko mati makan cendawan akhirnya hahahaha. Terima kasih Jamali menghiburkan kami dalam drama ini. Ada juga tauladan dan banyaknya pengkhianatan. Sos yang baik di jadikan tauladan, yang jahat, jangan jadi ikutan yaaa..
Bulan Henti Bicara
Watak Jamali yang hangat diperkatakan ketika ini merujuk kepada karakter antagonis utama yang tular dalam drama hits Astro Ria, Bulan Henti Bicara (2026). Watak tersebut dijayakan dengan sangat cemerlang oleh pelakon Azhan Rani.
Drama ini mengisahkan tentang Jamali, seorang lelaki yang mempunyai personaliti yang sangat kompleks, dia seorang yang baran, bermulut celopar tanpa 'tapis', tetapi dalam masa yang sama mempunyai sisi kelakar, penyayang terhadap anak-anak, dan sangat dahagakan kasih sayang seorang isteri. Ketiadaan bimbingan sejak kecil menyebabkan dia membesar menjadi seorang lelaki yang bermasalah.
Konflik Rumah Tangga: Jamali berkahwin dengan Yah (Faziah). Disebabkan keegoan dan konflik berpanjangan, Yah bertindak meletakkan ubat di dalam minuman Jamali sehingga menyebabkan Jamali mengalami masalah mati pucuk.
Kehadiran Zulfa: Jamali kemudiannya terpikat dan berkahwin dengan Zulfa. Namun, dia tidak sedar bahawa Zulfa hanya berpura-pura melayaninya secara manja dan menggoda demi menjatuhkannya. Zulfa menggunakan kelemahan Jamali (yang berasa bersalah kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab batin) untuk memerangkapnya.
Gila Talak & Balas Dendam: Setelah rahsia terbongkar, Jamali menangis teresak-esak semasa menceraikan Zulfa. Dia menjadi "gila talak" dan sangat marah apabila mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya adalah angkara racun/ubat daripada Yah.
Pengakhiran Tragis & Kelakar: Pada penghujung cerita, walaupun Jamali terkenal "kebal" kerana sering terlepas daripada racun sebelum ini, dia akhirnya tewas. Dalam keadaan kelam-kabut (sehingga tersalah sangka anaknya Alip sebagai musuhnya, Afghan), Jamali akhirnya terkena racun yang diletakkan oleh Zulfa dalam minumannya, manakala Yah pula akhirnya mengejutkan semua orang apabila kembali boleh berjalan.
P/S : Now Sis tengah layan drama Terikat Janji 163 episod .. baru layan 21 episod. Drama ni lagi gerammm aku nengok!!Dasar penyondol!! ..



Weijj ko pun terjebak sama eh hahaha tp ako x tgk proper laa just layan dia punya promo² kat ig je la 😅😅
ردحذفTak tengok pulak drama ni. Nak tengok nantilah boleh marathon terus dah tamat ni. Lambat sikit into scen. Hihihi...
ردحذف