DAH LAMA TAK BELI KASUT DAN JAM TANGAN

DAH LAMA TAK BELI KASUT DAN JAM TANGAN | MEMANG rasa dah lama juga Sis tak membeli kasut dan juga jam tangan. Last beli kasut masa beli kasut but awal tahun lepas, buat pakai gi event, now macam lama tak pakai but, selesa dengan kasut sarung lembut. Kalau jam tu bukan takde jam, tapi jam apple watch Sis tu asyik lupa je nak cas, tu yang bila nak keluar jerr, 'alaaa jam tak cas', selalu kena bebel dengan Suami hahahaha.. 

Gitulah kan, bila nak kemain lagi, semangat siang malam cas, bila dah jemu, ermmm nak cas pun malas hohoho.. better pakai je laa jam bateri biasa, lagi senang.. punn tak beli-beli. Bila Suami ajak beli, cehhh jual mahal kunun. Dan dah nama pun rezeki, anak-anak ni macam tau-tau dan faham jerr apa yang Mak dia kata dalam hati, tup-tup, harijadi baru ni, anak Sis,Yana belanja sepasang kasut Skechers dan juga seminggu sebelum date harijadi Sis, si Kakaknya pula hantar melalui pos, sepasang jam tangan Fossil.. 

Dah Lama Tak Beli Kasut Dan Jam Tangan

Yang bestnya Yana laaa, dia tipu Sis kata minta teman dia beli selipar baru, sebab selipar lama tak muat, Sis fikir maybe sebab kaki dah bengkak. Bila Sis tanya nak beli kat mana, katanya ajak pergi Midvalley,Sogo sebab ada Skechers. So okaylah dia datang rumah dan kami pergi Sogo. 

Sampai sana dia bawa pergi makan dulu dan beli barang baby di Baby Shop. Sis layankan ajaa laa walau dalam hati kata, 'barang baby dah banyak tapi beli lagi bebanyakkk' .. ermmmm.. then lepas tu Yana bawa masuk kedai Skechers dan belek-belek kasut. Dia tanya staff tu, 'Mana kasut yang baru sampai semalam?'. Terus staff tu tunjuk rak kasut tu, dan tiba-tiba Yana kata, 'Mak pilihlah nak mana? Adik gan Kidir (menantu) nak belikan'.. Erkkkkkk... 

Terkejutlah Sis kann, katanya hadiah harijadi dari dia dan Kidir .. alhamdulilah, Maknya terus gelojoh pilih satu-satu hahahahahaha.. bila pegang Yana sound, 'Tak payah tengok harga, pilih je nak mana' hahahahahahaha.. Yehaa bertambah lagi laa koleksi Skechers Sis hehehe.. 

Dah Lama Tak Beli Kasut Dan Jam Tangan

Masa Sis keluar tu pun Sis pakai kasut Skechers gak, tapi jenis Go Walk, memang selesa gilerr pakai, dah hampir 4 tahun kasut tu, pun Yana belikan juga. Alah membeli menang memakai kata orang, harga memang agak mahal, tapi keselesaan dan ketahanan dia sangat berbaloi. 

Ketika mengerjakan Umrah, kasut jenis Go Walk tu laa Sis pakai hari-hari, berselang-selang dengan kasut Larrie yang Sis beli baru untuk pergi Umrah. Bestnya tumit kaki sikit pun tak sakit walau jalan lama dan turun naik bas dan bukit. Memang best laa Skechers ni. Dah tua-rua ni kan, pakai laa yang tapak lembut-lembut jerr.. 

Dan kali ni pilihan Sis, Sis amik jenis Air-Cooled ni plak. Kata staff tu baru jer sampai semalamnya, ada 3 warna pilihan, sebab yang lama dah ada Hitam dan Kelabu, so kali ni amik color Nude. Boleh matching-matching pakai. Ikutkan nak amik jenis jeans, tapi Yana kata susah nak matching. 

Dah Lama Tak Beli Kasut Dan Jam Tangan

Alhamdulilah, jadilah kann, dapat kasut dapat jam tangan. Cuma tak sangka si Kakaknya akan bagi hadiah harijadi, sebab seminggu sebelum tu memang sibuk dengan persiapan dia nak bertunang, so mesti banyak dia guna duit, tak sangka pulak ada hadiah dia beli. Harga mahal juga tu, sebab ada resit dalamnya.. 

Tak rugi memberi pada Mak Ayah ni, lagi banyak memberi lagi bertambah rezeki anak-anak kann. Kita pula sebagai Mak Ayah kena sentiasa doakan anak-anak moga segala urusan mereka dipermudahkan. Bila doa kita tu Allah angkat, walau rezeki tu sikit, pasti akan mencukupi untuknya.. inshaallah.. 

Dan yang paling kelakarnya, hadiah dari anak bujang Sis, dia bagi Sis bouquet air tin Nescafe sebanyak 9 tin beserta bunga sekali hahahaha.. 'Engko perli Mak ke Mat oiii' hahahahaha.. adeiii Ayah dia kemain gelakkan jerr.. takpe Amat, Mak hargai dan terima kasih atas ingatannya.. tapi.... dah kenapa Engko pulak yang perabiskan semua air tin tu Mat oiiii... buruk siku tauuuu hahahahaha.. 

Ayahnya bagi apa? 'Kebahagiaan' ❤ ..


P/S: Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.. aku bersyukur.. 

12 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Seronoknyaaaa...betul Sis..seronok anak- anak belanja...SA baru ni pun dapat handbag dan wallet baru..nanti la SA amik gambar...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa SA, rezeki dari anak-anak, Mak terima aja hehehe

      حذف
  2. alhamdulillah..rezeki la hadiah dr anak2...murah rezeki diaorang

    ردحذف
  3. bestnya dapat hadiah dari anak2 mcm tu. anak2 pun mesti seronok dapat berbelanja untuk mak ayah. impian seorang ank

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, anak yang belanja, dia sendiri pun happy Maknya happy...

      حذف
  4. bestnyaaa dapat hadiah. tapi air nescafe tu rare. fav sy jugak.. hehe

    ردحذف
  5. dua hadiah tu memang berbaloi. warna nude tu tak mudah nampak kotor ke sislin? sayang sangat. jam tu memang cantik sangat tapi kena jaga berlian dia tu, bila tertanggal satu rasa kurang berseri. kongsi pengalaman saya pakai jam ada blink2 gitu la..

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr Mar, memang cepat nampak kotor tapi sebab takde color Nude tu, tu yang amik tu.. Jam tu memang pakai time keluar tertentu jer, sayang nak pakai lasak kannn..

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment