CUTI HARI HOL - PAGI-PAGI CARI IKAN. Harini adalah cuti umum bagi negeri Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Jadi harini Suami cuti tak kerja. Makanya pepagi dah di ajaknya keluar jalan-jalan cari sarapan dan ikan.
Suami memang pantang nampak live ada jualan ikan, lagi kalau ada ikan merah fresh, memang di ajaknya walk-in. Entah apa harini tiba ajak Sis pegi kedai ikan JB Frozen Seafood di Ungku Mohsin yang selalu Sis beli on9 live di TikTok tu.
Sepanjang jalan di suruh on live tu, nak pastikan betul tak harini ada ikan merah, kang dah datang jauh-jauh takde pulak. Tapi dah bagitau Suami, kalau takde ikan merah, Sis nak beli siakap, terasa nak masak stim limo, sedapkan..
Sebelum tu kami pergi makan nasi padang dulu di KG Melayu, biasalah port biasa kami hihihi. Lepas makan terus gerak ke Ungku Mohsin cari Apakkk!!.
Masa sampai tu, Apak tengah live lagi. Ikan banyak baru sampai, segar-segar. Boleh walk-in beli terus atau korang lock dalam live then pick-up terus, atau delivery ke rumah, pun boleh!. Selalunya Sis lock live pagi, nanti malam ikan dah sampai.
Suami beli 3 ekor ikan merah dan 2 ekor ikan siakap besar. Wuuuu sedapnya, nanti nak masak stim, masak lomak cili, atau masak berlada, dapnyaaa.. total beli RM79, size besar yaa! Dan siap potong bersih, senang balik tetus simpan.
Nak balik tu ternampak ikan salmon dah pek-pek, Suami beli dalam sekilo lebih rm68, dapat 5 pek (9 keping). Wuuu nak grill buat menu sihat, sedapnyaaaa ..
P/S : So harini tak blogwalking, keluar dating hihihi







Murah ea harga dia. Salmon kat sini 2 keping dah dekat rm50. Huhuhu
ردحذفInilah namanya manfaatkan cuti Hari Hol sebaiknya! Pagi-pagi lagi dah keluar berburu ikan segar. Kalau dapat ikan segar dari pasar pagi-pagi macam ni, masak apa pun gerenti manis dan sedap kan! 🐟😊
ردحذفMurahnya ikan salmon itu.
ردحذف