Bersempena pembukaan yang bakal berlangsung, ST Rosyam Mart hari ini melancarkan inisiatif "Misi Menawan Tampoi", sebuah inisiatif berteraskan komuniti yang bertujuan menawan hati pengguna di Tampoi sambil membangkitkan keterujaan menerusi pelbagai promosi menarik, tawaran eksklusif dan aktiviti yang mengujakan.
Pasar raya borong dan runcit 24 jam yang bakal dibuka ini merupakan satu pencapaian penting buat ST Rosyam Mart apabila Tampoi menjadi cawangan ke-10 nya serta cawangan pertama di Johor dan wilayah Selatan. Dengan keluasan kira-kira 70,000 kaki persegi, ia juga bakal menjadi ST Rosyam Mart terbesar setakat ini serta pasar raya ketiga syarikat yang beroperasi di dalam pusat beli-belah.
Pasar raya ini akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap merangkumi hasil segar, daging dan makanan laut berkualiti, barangan keperluan harian, produk isi rumah, produk jenama selebriti serta barangan runcit secara pukal pada harga borong, disertakan dengan lebih daripada 20 perkhidmatan pelanggan percuma.
Majlis pra-pelancaran yang berlangsung di Grand Paragon Hotel hari ini menghimpunkan wakil pemaju Paragon Market Place, Polis Kampung Melayu Majidee, ahli majlis Majlis Bandar Raya Johor Bahru, ketua-ketua kampung, wakil rumah ibadat, para peniaga Paragon Market Place serta rakan-rakan media.
Selain mengumumkan tarikh pembukaan rasmi, ST Rosyam Mart turut memperkenalkan Peraduan Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta, termasuk sebuah kondominium percuma, kereta serta pelbagai hadiah menarik lain. Pelanggan yang berbelanja minimum RM300 di mana-mana pasar raya Sri Ternak atau ST Rosyam Mart layak menyertai peraduan ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen "Misi Menawan Tampoi", ST Rosyam Mart turut memperkenalkan drama web berasaskan kecerdasan buatan (AI) sebanyak 11 episod berjudul "Misi Untuk Rakyat", yang mengisahkan perjalanan empat kakitangan ST Rosyam Mart dalam mengharungi pelbagai cabaran untuk menghantar bekalan ke Tampoi. Episod akhir siri ini akan ditayangkan sempena Majlis Pembukaan Rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Majlis Pembukaan Rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026 jam 8:30 pagi, serta menikmati promosi pembukaan eksklusif, pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa.
Untuk maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart, layari www.sriternak.com atau ikuti Facebook, Instagram, and TikTok.
P/S : Akhirnya sampai juga ST Mart ke Johor kannn! Tak sabar nak soping!..

.jpeg)

kat my area ni..yg terdekat kat setiawangsa...tak pernah gi pun...ari tu pernah konar konon2 nak singgah tapi tak de parking so tak pernah lg lah shopping kat situ
ردحذف